Share

BAB 24

Rumah Usang, Pinggir Istana Besar Sakti Kota.

WARDAH mengerling sekilas kepada Sultan Nadim Alam atau lebih dikenalinya sebagai Ethan Smith. Sungguh, tidaklah dia sangka bahawa pesakit mental yang dijadikan sebagai subjek kajian kesnya ketika menyelesaikan pengajian peringkat Master’s tempoh hari sukakannya dalam diam.

Figura Ethan yang sekejap mengalirkan air mata sedih dan sekejap ketawa gembira dipandang dengan pelbagai rasa yang berbaur dalam diri. Dia ingatkan selepas sesi rawatan yang berlangsung selama tiga tahun itu telah selesai, keadaan lelaki berusia 23 tahun itu semakin pulih.

Namun, adalah sangat mengejutkan apabila Aina memberitahu pula bahawa lelaki ini tidak lagi memakan ubat dan meneruskan sesi rawatan dengan doktor lain setelah dia menamatkan sesi viva-voce pengajiannya pada tiga bulan lepas. Jadi, sebagai doktor yang pernah merawat Ethan, terbit jugalah rasa geram kepada lelaki ini.

"Macam mana kau boleh ada dekat

Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status