OBSES (BAHASA MALAYSIA)
S.SYAZAN
Misteri kehilangan wanita secara misteri telah menimbulkan pelbagai persoalan. Dua orang lelaki kembar, Naqui dan Haris Naufal merupakan dalang di sebalik jenayah terancang ini. Mereka menjadi sasaran pihak polis walaupun kes mereka sentiasa di jaga pihak tertentu. Ikmal yang mendapat kes ini cuba merungkai rahsia mereka yang sentiasa menjadi berita utama wartawan. Dunia ini penuh dengan kegelapan dan tangan kotor yang mencemarkan dunia. Maka muncul seorang lelaki yang mempunyai gelaran sebagai malaikat maut membanteras jenayah dengan cara permainan penjenayah. Kejahatan perlu dibalas dengan kejahatan. Tiada lagi peluang kedua.
Adakah rahsia mereka akan terbongkar?
Tamat
TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)
Mengisahkan tentang 3 orang sahabat baik Luqman,Kamarul dan Iskandar yang akrab sejak dari kecil. Hubungan yang seperti kekeluargaan itu diuji apabila hadirnya seorang pelajar perempuan yang baru masuk ke sekolah itu. Ditakdirkan berlakunya tragedi misteri menyebabkan mereka saling menuduh antara satu sama lain sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan lalu memecah belahkan hubungan mereka.
Kau rilek jap. Tak kan sebab perempuan nak gaduh
~ Iskandar
Ustaz kata kami sesat,entah entah ustaz tu yang sesat
~ Haris
Biar aku tamatkan perkara yang telah aku mulakan
~ Luqman
On going
Siling ( BAHASA MALAYSIA )
*Di Sini Tempat Persembunyianku*
Sebuah bungkusan asing telah menjentik rasa ingin tahu D, seorang remaja lelaki yang bercita-cita ingin menjadi superhero. Isi benda alah berkenaaan menyebabkan dirinya seumpama dihambat keras untuk menyiasat.
Pulau Batu atau juga dikenali sebagai Pulau Penyakit dan Pulau Keramat merupakan tempat serta petunjuk dari isi sampul tersebut. Setibanya D di pulau itu, pelbagai kejadian aneh bergentayangan di sana.
Selesaikan teka-teki, tumpaskan dalang, selamatkan orang lain, dan sekaligus memecahkan misteri-misteri di segenap penjuru Pulau Batu. Mior dicurigai kerana sejarah lampau tempat tersebut berkait rapat dengan si pak cik angkat.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. D nekad terjun ke dalam kawah maut yang dilumuri dengan kisah duka dan darah.
On going
Wanitaku (Bahasa Malaysia)
Mina Aqilah
Kerana terdesak inginkan perkerjaan, Maya Ariana rela bertunang dengan Safwan Imran. Dia sanggup mendengar segala hinaan dari keluarga tunangnya. Namun, tidak kepada Izz Adam, adik kepada Safwan.
Bertembung sahaja mereka berdua, pasti akan terletusnya perang. Kalau tidak berkelahi itu memang ajaiblah.
Sayang, pertunangan Maya dan Safwan tidak bertahan lama. Lafaz putus dikatakan apabila menyaksikan kecurangan Safwan. Begitu juga dengan Izz yang bertunang dengan sepupu Maya, Imanina.
Entah bagaimana Maya dan Izz bernikah selepas kejadian itu. Itulah orang tua-tua kata, jangan benci lama-lama, nanti jatuh cinta. Haih, tak nak aku jatuh cinta dengan dia!
On going
Shh... ( BAHASA MALAYSIA )
Mahligai Seri Pelangi adalah sebuah tempat yang menggilis nasib dan juga impian para anak yatim piatu berkenaan. Sisi gelap pun muncul sebaik sahaja diri mereka ditempatkan di sana. Ia sekaligus menyebabkan mangsa-mangsa keadaan itu merubah persepsi mereka yang sepatutnya dilindungi jua dikasihi.
Cerita mereka tidak seindah yang tertera pada papan tanda rumah kebajikan tersebut. Mereka diseksa-dimarahi serta dipukul setiap hari oleh pihak yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Hal itu membuatkan kesemua mereka ingin lari kerana tidak tahan lagi.
Sehinggalah ada sebuah tragedi hitam yang mengakibatkan banyak nyawa melayang. Puncanya tiada siapa yang tahu.
Namun begitu, seorang gadis yang bernama Fio telah selamat daripada terus tenggelam dalam lubuk neraka ciptaan manusia berkenaan.
Fio berfikir, dia boleh selamat setelah keluar dari sana. Ternyata, tidak. Trauma menghantui. Kekesalan menghambat diri.
Perlahan-lahan, segala asbab pun terungkai selepas dia menemui sesuatu iaitu...
jeritan maut dari dalam peti.
On going
HASRAT (BAHASA MALAYSIA)
NADZMI SAAD, hidupnya tidak pernah ada istilah bahagia. Dipisahkan dengan ibu kandungnya sejak berusia lapan tahun, ianya bukanlah sesuatu yang mudah diterima olehnya. Zaman kanak-kanaknya berlalu begitu sahaja, bersama kenangan pahit dan penuh derita baginya.
Sejak dahulu lagi, hubungan Nadzmi dengan ayahnya begitu dingin. Dia sendiri tidak mahu selalu bertegur sapa dengan ayahnya termasuklah ibu tirinya. Baginya merekalah punca kepada derita yang dihadapinya sekarang.
Umurnya kini 15 tahun. Dia berfikir, hasrat yang selama ini dipendam untuk membebaskan diri daripada 'penjara derita' ini perlu dia laksanakan meskipun tidak dia ketahui akan segala onak dan durinya. Penderitaan itu sudah tidak mampu ditanggung lebih lama lagi, ianya sudah semakin kuat mencengkam dirinya.
Adakah hasratnya itu tercapai demi sebuah kebebasan dan kasih sayang yang telah dia dambakan selama ini?
On going
Satu Bintang (Bahasa Malaysia)
Ana Emelly, seorang gadis yatim yang seringkali diseksa oleh ibu kandung sendiri untuk melunaskan api dendam kesumat di dalam hati. Dia tidak meminta untuk dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan, tetapi itulah yang menjadikan dia seorang yang mempunyai kelebihan luar biasa.
Sejak kecil dia mempunyai rakan imaginasi yang diberi nama Elley Walker, dia menyangka rakan itu hanyalah khayalan semata-mata untuk membebaskan diri daripada kesakitan hidup di dunia realiti. Tetapi! Siapa sangka? Ternyata Elley Walker memang benar-benar wujud di sebalik bayang-bayang dan mempunyai satu misi untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman musuh. Tanpa Ana sedar juga, selama ini Elley adalah penjaganya yang tidak terlihat dek mata kasar.
"Kau wujud? Kenapa selama ni kau tak pernah beritahu aku yang kau betul-betul wujud?" - Ana Emelly.
"Sebab aku takut...." - Elley Walker
Elley memerlukan Ana untuk menyempurnakan misi di sebalik dunia kerana gadis itu sahaja yang mempunyai kunci dan satu-satunya bintang yang boleh menyelamatkan kedua-dua buah dunia.
Bahkan gadis semuda Ana terpaksa menerima dan hadapi sebuah pengembaraan dunia yang tidak pernah dia terfikir untuk laluinya.
DEAR LOVE ( BAHASA MALAYSIA)
sesungguhnya cinta itu akan menjadi indah apabila tiada pengkhianatan..
"KENAPA AKU SEPERTI PERNAH BERTEMU DENGANNYA?"
KAPT.ZAKUAN EDAN
"DAH BERKALI AKU KATAKAN CINTA! KAU HARUS LENYAPKAN DIA DARI HIDUP KAU!!"
ALISYA KIRANA
On going
PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]
Nursally
Kehidupan Aria Charissa yang dahulunya bahagia kini hancur apabila ibunya meninggal dunia. Tambah pula papanya berkahwin baru membuatkan hatinya bertambah sakit. Hubungan dia antara mama tirinya juga tidaklah begitu baik. Cukup sekadar meraih hati papa.
Eiyad Lutfi yang entah dari mana datang mendekati Aria Charissa secara perlahan. Ada rahsia yang disimpannya. Tapi lama kelamaan hatinya tertaut kepada Aria Charissa. Gadis yang lain daripada perempuan lain yang dikenalinya.
Bukan hanya Eiyad Lutfi yang menyukainya, Aysar Idlan juga turut menaruh rasa cinta semenjak pertemuan pertama mereka di universiti. Hari demi hari dia ganggu Aria Charissa. Walaupun dia tahu hati gadis itu keras. Tapi dia tak pernah putus semangat daripada mendapatkan cintanya.
Tapi kenyataan yang disembunyikan oleh Eiyad amat menyedihkan. Setelah mencintai gadis itu, adakah dendam yang tersemat dalam hati akan dilupakan.
On going
TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)
Isya Rasyuka jatuh cinta buat pertama kali di dalam hidupnya. Lelaki bertuah itu adalah Aqif Azka. Ketampanan dan sifat gentleman lelaki itu sangat menepati ciri-ciri lelaki idamannya.
"Aku nak tegur dia tapi aku takut dia tak layan. Aku nak puji dia hensem tapi aku takut dia label aku pelik pulak. Aku nak beritahu dia yang aku sukakan dia tapi aku takut dia gelak. Wahai Aqif Azka, kalau kau nak tahu, aku selalu senyum macam orang gila bila nampak kau. Bila kau nak notice aku?" - ISYA RASYUKA
Bagi Aqif Azka pula, dia langsung tidak rasa bertuah apabila mengetahui dirinya disukai oleh Isya Rasyuka. Dia menyampah kerana Isya Rasyuka sentiasa berusaha untuk mendekatinya. Dia merancang sesuatu dengan rakan-rakannya agar Isya Rasyuka tidak lagi suka padanya. Rancangannya berjaya dan Isya Rasyuka tidak lagi mendekatinya malah perempuan itu pula yang menghindarkan diri daripada bertemu dengannya.
"Kenapa dengan aku ni? Takkanlah aku jealous tengok dia dengan mamat tu? Eh, buat apa pulak aku nak jealous? Aku bukan suka dia pun." - AQIF AZKA
Kemunculan Adi Adham sebagai penyelamat Isya Rasyuka pada malam rancangan itu berlaku telah membuka ruang hati Isya Rasyuka untuk bercinta lagi. Layanan yang diberikan oleh Adi Adham membuatkan Isya Rasyuka merasakan cinta itu indah. Namun siapa sangka Adi Adham menyimpan sebuah rahsia besar.
"I bukan yang terbaik tapi I janji, I akan mencintai you sepenuh hati." - ADI ADHAM
Berjayakah Isya Rasyuka menemui cinta sejati? Atau cinta sejati hanyalah cerita dongeng semata-mata?
On going
Silent Letters (Bahasa Malaysia)
Dalam waktu singkat semuanya kian berubah. Adakah perasaan gembira hadir saat dia keluar dari duka yang sudah lama dia pendam?
Iman Aulia - Hidupnya terasa begitu gelap saat kedua ibu bapa kandungnya sendiri menganggap dirinya adalah punca kematian kakak kembarnya. Begitu pilu sekali hatinya saat dituduh atas tragedi pahit itu.
Saat dia menginjak 17 tahun, satu keputusan besar telah dibuat untuk mengubah segalanya. Hanya dengan satu lafaz semuanya telah berubah. Adakah benar keputusannya itu?
Arif Raykarl - Sikapnya yang suka membuat masalah itu sering dipandang serong oleh semua orang. Digeruni kerana sikapnya. Ditakuti kerana takut menjadi mangsanya. Apakah benar setiap manusia yang jahat tersimpannya sisi yang baik?
Dalam diam dia merindui sahabat kecilnya yang hilang entah ke mana. Dia begitu ingin berjumpa dengan sahabatnya itu. Saban hari dia sentiasa mengingati kenangan di saat mereka menjadi rakan sepermainan itu.
"Siapa budak lelaki ini? Kenapa aku langsung tak ingat?" - Iman Aulia
"Bila kali terakhir kita jumpa? Aku rasa dah lama sangat kau menghilang" - Arif Raykarl.
Antagonis hadir ingin menghancurkan segalanya. Hanya kerana perasaan cemburu, nyawa sanggup dijadikan taruhan. Tragedi hitam berulang kembali. Kini semua kisah manis telah hilang begitu sahaja.
"Apa yang aku nak tak ada sesiapa boleh rampas" - Nellysha Umaira
On going
Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)
Rapuhnya hati seorang anak lelaki apabila melihat ibu dan ayah seringkali berkelahi antara satu sama lain,
menyebabkan dia nekad mahu mengejar impian.
Namun, kedatangan seorang gadis bernama Bella Kim telah mewujudkan rasa cintanya yang mendalam.
Tetapi...
“Apa yang awak buat ni? Saya cuma anggap awak kawan je. Tak lebih dari itu!” – BELLA KIM
Pahit perlu ditelan sendiri, dalam waktu yang sama kehadiran seorang gadis bernama Jung Sherin menambahkan lagi api yang sedang marak membara.
“Woojin! Saya cuma nak bantu awak, tak lebih daripada apa yang awak tengah fikirkan pasal saya.” – JUNG SHERIN
“Dahlah perempuan, jangan masuk campur urusan aku boleh tak?” – NAM WOOJIN.
Keeogan yang menguasai, akhirnya memakan dirinya sendiri!
Satu-persatu orang yang disayangi pergi menjauhi.
Apakah kesudahan Nam Woojin? Mampukah dia hadapi semua itu dengan rasa tenang hati? Semuanya dalam sebuah kisah Cheonsa, Saranghae!
Tamat
Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]
Kisah seorang gadis lorong yang cuba mencari kebahagiaan ditengah perit kehidupan. Terpaksa merelakan diri dijual kepada lelaki bernama Tuan Muaz, seorang duda kaya lantaran himpitan hidup yang makin mencabar.
Mampukah Nurul Amani mempertahankan maruah diri dari dinodai oleh lelaki yang lebih layak bergelar bapa kepadanya itu?
"Dan aku akan pastikan, kau akan simpan dara kau, hanya untuk aku." Tuan Muaz
On going
Nikah Gantung (Bahasa Malaysia)
Pink Rose
Rumah tangga yang dibina oleh Maleek dan Puteri sedikit berbeza dengan pasangan suami isteri pada umumnya. Selepas proses akad nikah, mereka masih tidak dibenarkan untuk tinggal bersama.
Mengapa?
Ada syarat yang Tan Sri Baharudin kenakan kepada anak serta menantunya sebelum mereka dibenarkan duduk serumah.
"Kamu berdua, masih tidak dibenarkan tinggal bersama seperti suami isteri kebiasaannya."
"But why, daddy?" Puteri memprotes.
"Sebab, perkahwinan kamu berdua, masih digantung!"
Pelbagai cabaran perlu mereka hadapai dalam tempoh Nikah Gantung ini. Jiwa dewasa yang saling mengingini terpaksa dipendam demi tuntutan syarat yang telah ditetapkan.
Mampukah Maleek menahan imannya tatkala melihat isterinya yang semakin menggoda tanpa boleh berbuat apa-apa? Dan berapa lamakah tempoh Nikah Gantung yang Tan Sri tetapkan pada mereka?
On going
GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)
Senyum... kerana senyum, aku hilang orang yang aku sayang. Aku tak akan biarkan senyuman itu mekar dibibir aku lagi.
Esra Elvina. Hidupnya di masa lalu menjadikan dia seorang yang dingin dan terlihat misteri. Bibirnya yang tidak pernah mengukir senyum membuatkan orang sekeliling menganggapnya manusia pelik. Dia merupakan pembantu peribadi 'segera' kepada selebriti terkenal, Erbach Arsalan.
Kehadirannya di dalam Villa Edmond, telah membuatkan kehidupan lelaki itu menjadi huru-hara. Perkenalan mereka bermula dengan pergaduhan.
Sikap Elvina yang tidak mudah untuk dibuli membuatkan Erbach Arsalan tercabar. Lelaki itu mencuba pelbagai cara untuk menyingkirkan Elvina, tetapi gagal. Pelbagai adegan lucu dan pergaduhan wujud ketika dia menjalankan misi untuk 'menyingkir' si gadis.
Tanpa Erbach menyangka, Elvina telah mengambil berat terhadapnya walaupun dia melayan Thufaila bagaikan boneka. Sikap Elvina yang sedemikian rupa membuatkan hati Erbach terjentik perasaan bahagia. Namun, kerana ego dia hanya menafikan perasaannya.
Erbach Arsalan hidup dalam suasana yang serba mewah sejak kecil. Tetapi dia merasa sunyi kerana hidup dalam suasana yang mementingkan harta berbanding kasih dan sayang. Setelah mengenali sikap sebenar Elvina, dia dapat merasakan kehangatan kasih sayang yang telah Elvina pamerkan depannya, walaupun kasih itu tidak pernah terlafaz dari bibir.
"Aku selalu berjanji dengan diri aku supaya menjaga kau, selagi kau perlukan aku. Jadi, izinkan aku jadi pelindung tak bersayap kau."
Erbach Arsalan terpanar. Setiap butir bicara yang terpacul dari bibir si gadis, seolah-olah membawa maksud tersirat.
Janji? Kenapa dia perlu berjanji untuk menjaganya?
"Kau hadir tak diundang, tiba-tiba nak jadi guardian angel untuk aku pula. Jangan susahkan hidup kau untuk aku!"
"I know who are you, and i still remember the first day I meet you."
Siapa dia yang sebenarnya? kenapa dia hadir bagai suatu misteri?
On going
Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)
Dibesarkan oleh ibu tunggal membuatkan Falisha membesar menjadi seorang gadis yang kuat dan bertanggungjawab. Fokusnya cuma satu, iaitu membahagiakan ibu dan adiknya, Fariha. Untuk itu, dia bekerja keras demi masa depan mereka sekeluarga. Soal jodoh, biarlah masa yang menentukan.
Perkenalan dengan Haziq dan Zarif membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan Falisha. Dia mula belajar menerima seorang lelaki dalam hidupnya. Namun, kerana sebuah rahsia, dia melamar Zarif untuk menjadi suaminya. Keputusan Falisha membuatkan Haziq kecewa.
Saat bahagia mula dirasa, rahsia yang selama ini ditutup rapi terungkai jua. Menghancurkan hati yang baru mula belajar mencinta.
"You janji nak bagi peluang untuk I, untuk kita. Tapi, kenapa you mungkir janji?"-Haziq
"Sorry... let me explain."-Falisha
"Aku tak perlukan penjelasan daripada penipu macam kau."-Zarif
Apakah rahsia yang Falisha simpan sebenarnya?
Abandoned promise, apakah benar janji tinggal janji? Atau ia cuma sebuah akad yang tertangguh?
On going
NUKILAN CINTA [BAHASA MALAYSIA]
Angkara dendam lampau terhadap Abangnya, Aisya terpaksa menanggung akibatnya. Hubungan cinta dia dengan Riyad yang terbina hampir lima tahun musnah begitu sahaja akibat fitnah yang menimpa.
Ketika dia menghilang hadir seorang jejaka kembali membuka pintu hatinya. Namun takdir seakan menghalang apabila berlaku satu insiden yang menyebabkan perkahwinan mereka tidak dapat diteruskan.
Bunga lily putih sangat popular dikalangan muda mudi yang sedang jatuh cinta. Maknanya, lily putih ini sangat laku dipasaran pada hari kekasih selain dari bunga ros merah. Selain itu, untuk pasangan yang akan menikah, biasanya seorang lelaki akan menggunakan bunga lily putih sebagai salah satu cara untuk menyatakan lamaran kepada wanitanya. Selain memberikan suasana romantis, bunga lily putih ini juga melambangkan adanya perasaan yang tulus dan cinta suci yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata namun dapat diwakili oleh kehadiran bunga lily putih tersebut.-Aisya Yanie
Perkara paling mahal dalam hidup seseorang itu adalah "harga cinta yang setia".-Tengku Riyad Zulqarnain
Seperti hujan,
terkadang hadirku tidak kau inginkan,
namun, yang harus kau fahami,
aku adalah peneduhmu dia saat kau merasa sepi.-Syed Zafran
Yang pasti BAHAGIA KITA RASA
Meski jalan bahagia kita berliku
Segala rintangan kita harungi bersama
kerana kamu adalah 'NUKILAN CINTA'ku
On going
PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)
'Pandai bukan syarat menjadi seorang pelajar terunggul, tetapi keperibadian seseorang pelajar itu.'
Kisah kehidupan seorang remaja bernama Zain bersama rakan-rakannya yang baru sahaja menginjak usia remaja. Dikala itu, Adrian yang cemburu terhadap Zain menyebabkan dia telah merencana pelbagai strategi untuk mengenakan Zain supaya dia dapat menggondol populariti 'musuh'nya itu.
Tetapi, adakah ianya akan berjaya? Bagaimanakah Zain mampu menghadapinya? (Blurb bahagian 1)
On going
Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]
"Kalau kami kahwin, bumi ini harus dibelah jadi dua! Satu bahagian aku, satu bahagian dia."
Memanglah Fatin dan Murad kawan baik. Tapi, macam mana pula dia nak memupuk rasa cinta terhadap satu sama lain kalau sudah memang cinta itu tidak pernah hadir!
"Jom, kita cuba!"
"Kalau tak boleh juga?"
"Apahal pula tak boleh?"
"Sebab kau Murad, dan aku Fatin!"
Persoalannya, berjayakah Fatin dan Murad menempuhi jalan ke pelaminan kalau sudah kedua-duanya 'hopeless' dalam beromantisan?
"Kau orang berdua memang... Hopeless Romantis!"
On going
ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)
Real love doesn't meet you at your best. It meets you in your mess.
Siapa sangka disebalik seorang lelaki yang ego terselit kisah pilu duka dan kecewa?
Dan siapa pula sangka di sebalik wajah dan senyuman manis wanita itu terselit ada rahsia silam yang pahit.
ADRA SOFEA-Pemilik nama yang sungguh indah rupanya. Baik budi pekertinya. Akibat ditipu oleh sahabatnya Jasmin, dia terperangkap dalam kelab Diamonds.
THAQEEF ILHAM-Pemilik kelab malam Diamonds yang gah di Kuala Lumpur. Akibat kecewa dengan bekas tunang, dia tegar mempermainkan hati dan maruah seorang wanita.
"Jadikan saya yang halal untuk awak,Thaqeef..Saya mohon, nikahi saya. Biarpun hanya 100hari.Saya rela. Saya janji tak akan tuntut apa-apa pun hak. Saya janji saya akan patuh segala arahan awak." -ADRA SOFEA
"Be prepared. You will be mine, baby Adra-THAQEEF ILHAM
Dalam ego Thaqeef ada manjanya, perkahwinan mereka bagaikan roller coaster.
Dan di saat Adra tak mampu menolak rasa hati, dan di saat Thaqeef masih dalam berteka-teki Adra memilih untuk pergi dengan cara yang sangat Thaqeef benci.
Cukupkah 100hari untuk mereka mengukir bahagia atau itu hanya kisah dongeng semata-mata.
WARNING :MATURE CONTENT
IG:RIDZWANDA8
.
Tamat