Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
The First Snow (Bahasa Malaysia)

The First Snow (Bahasa Malaysia)

Lucyana
Amsyar Munirah, seorang gadis remaja yang masih menuntut di sekolah tinggi sama seperti remaja lain. Sikapnya yang lasak dan seakan-akan lelaki menyebabkan semua orang menyangka dirinya benar-benar seorang lelaki. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menyembunyikan identiti perempuannya. Sehinggalah muncul seorang lelaki yang secara tidak sengaja mengetahui dia adalah seorang perempuan. Kasyaf Safwan, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam kehidupan Amsyar Munirah. Merupakan pelajar pertukaran dari Malaysia ke Korea Selatan. Kemunculannya sering kali membawa masalah dalam kehidupan Amsyar Munirah yang pada awalnya dia sangkakan adalah seorang lelaki. "Boleh tak, kau jangan masuk campur hal aku? Rimaslah!" - KASYAF SAFWAN. "Masalahnya, kau yang suka tarik aku dalam masalah kau! Banyak mulut pula!" - AMSYAR MUNIRAH Dalam waktu yang sama, terdapat sekumpulan pelajar lelaki yang dianggotai 7 orang pelajar berpengaruh di sekolah tersebut telah mengetahui identiti sebenar Amsyar Munirah secara tidak sengaja. Tetapi, dua daripada anggota kumpulan itu mempunyai kesengalan yang agak luar biasa. "Ni semua salah kau, kalau kau tak tekan suis tu tadi. Tak adanya dia pengsan!" - PARK JAEBUM "Tak sengajalah, nak buat apa ni?" - PARK JINYOUNG Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah identiti Amsyar Munirah akan diketahui ramai? Semuanya dalam The First Snow!
103.5K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)

GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)

Rabetkha
Senyum... kerana senyum, aku hilang orang yang aku sayang. Aku tak akan biarkan senyuman itu mekar dibibir aku lagi. Esra Elvina. Hidupnya di masa lalu menjadikan dia seorang yang dingin dan terlihat misteri. Bibirnya yang tidak pernah mengukir senyum membuatkan orang sekeliling menganggapnya manusia pelik. Dia merupakan pembantu peribadi 'segera' kepada selebriti terkenal, Erbach Arsalan. Kehadirannya di dalam Villa Edmond, telah membuatkan kehidupan lelaki itu menjadi huru-hara. Perkenalan mereka bermula dengan pergaduhan. Sikap Elvina yang tidak mudah untuk dibuli membuatkan Erbach Arsalan tercabar. Lelaki itu mencuba pelbagai cara untuk menyingkirkan Elvina, tetapi gagal. Pelbagai adegan lucu dan pergaduhan wujud ketika dia menjalankan misi untuk 'menyingkir' si gadis. Tanpa Erbach menyangka, Elvina telah mengambil berat terhadapnya walaupun dia melayan Thufaila bagaikan boneka. Sikap Elvina yang sedemikian rupa membuatkan hati Erbach terjentik perasaan bahagia. Namun, kerana ego dia hanya menafikan perasaannya. Erbach Arsalan hidup dalam suasana yang serba mewah sejak kecil. Tetapi dia merasa sunyi kerana hidup dalam suasana yang mementingkan harta berbanding kasih dan sayang. Setelah mengenali sikap sebenar Elvina, dia dapat merasakan kehangatan kasih sayang yang telah Elvina pamerkan depannya, walaupun kasih itu tidak pernah terlafaz dari bibir. "Aku selalu berjanji dengan diri aku supaya menjaga kau, selagi kau perlukan aku. Jadi, izinkan aku jadi pelindung tak bersayap kau." Erbach Arsalan terpanar. Setiap butir bicara yang terpacul dari bibir si gadis, seolah-olah membawa maksud tersirat. Janji? Kenapa dia perlu berjanji untuk menjaganya? "Kau hadir tak diundang, tiba-tiba nak jadi guardian angel untuk aku pula. Jangan susahkan hidup kau untuk aku!" "I know who are you, and i still remember the first day I meet you." Siapa dia yang sebenarnya? kenapa dia hadir bagai suatu misteri?
103.7K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
345678
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status