Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]

Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]

nurshaza
Hidup penuh dengan unsur kemisterian membuatkan kehidupannya terumbang-ambing. Sekejap ke sini kemudian sekejap ke sana. Seorang demi seorang yang wujud dalam hidupnya sehingga terjadinya cinta empat segi tanpa sengaja. "Aara, you will be mine. I fall in love with you, my dear." - AHMED IVANDER Tanpa dia sedar, dirinya sudah membuatkan lelaki yang merupakan majikannya sendiri jatuh hati pada dirinya dalam diam. Walhal lelaki itu sudah berumah tangga. "Saya mohon. Bagilah saya peluang. Peluang terakhir." - ARIF HALFI Munculnya suami yang tidak menjadi membuatkan kehidupannya semakin bercelaru. Dirinya sendiri buntu. "Aku nampak air mata kau jatuh. And you can't lie to me. Don't be a liar. I hate it." - RERY EL-SHARIF Berjumpa pula dengan seorang lelaki yang suka menyakitkan hati. Bertambah-tambah serabut hidupnya begini. "Apa yang aku tahu, Tuhan uji kau sebab Tuhan tau yang kau kuat." - RAE EL-SHARIF Si adik kepada lelaki yang menyakitkannya itu pandai pula menenangkan hatinya. Tapi tidak kekal. Tak lama itu, Rae bersikap dingin dengannya. Dia sendiri tidak tahu apa kesilapannya pada lelaki itu. "Aku akan kembali dekat kau. Kau tunggu aku..." - RERY EL-SHARIF Air mata menjadi teman setiap kehidupannya hariannya. Siapa yang sebenarnya berjaya menghuni hatinya? Dan kenapa hidupnya perlu ada perpisahan? Tidak layakkan untuk dia bahagia?
105.1K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)

Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)

Fazilah Rahman
Cinta tak kesampaian mengisahkan tentang Ainan yang jatuh cinta dengan rakan sekerjanya. Konflik yang berlaku dalam rumahtangga Ainan dan Aazad yang telah lama berlaku membuatkan Ainan semakin tertekan. Setiap hari Ainan pasti akan mempamerkan wajah yang ceria demi menutup segala kelukaan dan tekanan yang dihadapinya. Sikap Aazad yang sentiasa acuh tidak acuh dengan perasaan Ainan semakin mendera emosi Ainan dan membuatkan Ainan semakin tertekan. Keculasan Aazad dalam pemberian nafkah juga telah mendera emosi Ainan. Tidak cukup dengan itu, sikap Aazad yang mula naik tangan membuatkan Ainan semakin tertekan. Sikap ambil berat Ridhwan telah membuahkan rasa kasih dan cinta di dalam hati Ainan. Namun mengenangkan statusnya sebagai isteri orang, Ainan terpaksa memendam perasaan. Ridhwan yang telah tertarik dengan Ainan ketika kali pertama bertentang mata turut terluka apabila mengetahui apa yang telah menimpa Ainan. Satu hari Ridhwan bertindak berani dengan meluahkan rasa sayang dan cintanya kepada Ainan. Apakah penerimaan Ainan saat mengetahui bahawa Ridhwan juga mempunyai perasaan yang sama? Apa pula yang berlaku dalam rumahtangga Ainan dan Aazad? Menyintaimu adalah satu anugerah. Jika aku mampu memilikimu, tidak mungkin akan aku sia-siakan. ~Ridhwan Hadirmu mendamaikan hatiku. Membuahkan rasa bahagia yang selalu aku dambarkan. Terasa sentiasa disayangi dan dihargai. Namun aku sedar siapa aku. ~Ainan Memilikimu sebagai suri hatiku adalah anugerah yang terindah dalam hidupku. Kau hadirkan rasa bahagia yang tidak pernah aku kecapi. Maaf kerana aku gagal membahagiakan mu. ~Aazad
103.7K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
MELODI TERINDAH

MELODI TERINDAH

AISY LOVE
Kisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia bersama gadis comel yang bernama Hanan itu dengan lamaran pertamanya, tiba-tiba satu rahsia besarnya terbongkar menyebabkan gadis itu dari cinta bertukar benci terhadapnya. Pelbagai konflik yang terjadi dalam hidup Ahmad Wahyu dan Hanan Falisya. Dugaan demi dugaan terus belenggu hidupnya. Konflik dengan keluarga, putus tunang, kemalangan yang melibatkan nyawa, mimpi pelik. Dan apakah kesudahan kisah hidupnya?Adakah Wahyu akan mendapatkan kembali cintanya yang telah hilang itu?Adakah konflik antara dia dengan keluarganya berterusan tiada berpenghujung? Dan apakah punca kemalangan yang melibatkan nyawa itu?Adakah ada kaitan dengan Hanan?Mimpi apakah yang mengganggu tidurnya saban malam? "Aku berharap cinta kita seindah melodi yang tercipta"-Wahyu "Aku berharap melodi terindah itu sentiasa mengiringi kisah cinta kita hingga ke akhirnya."-Hanan Hanya dengan sebuah lirik cinta yang terindah tercipta telah menyatukan mereka berdua. Dan apa akan terjadi seterusnya? Pelbagai persoalan bermain diminda.Jika ingin tahu jawapannya ,jangan lupa terus membaca novel MELODI TERINDAH yang akan merungkai segala persoalan anda.
102.3K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
323334353637
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status