Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)

KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)

Airin Abdul
"Esok, tepat jam lapan pagi, kau mesti ada depan office aku. No more excusses Ain Nur Jannah. Kalau kau nak tengok muka gemuk kau viral, silakan bantah cakap aku" - Nuh Al-Edruz. "Huh! Hancur percutian aku. Tak guna betullah kau Nuh Al-Edruz. Dasar peguam gemuk!" - Ain Nur Jannah. Disebabkan satu kejadian yang berlaku, hidup Ain Nur Jannah sentiasa diburu. Langsung tiada ketenangan sejak kehadiran peguam gila Nuh Al-Edruz. Segalanya bagai dirancang dan perancangnya adalah peguam gila itu. "Aku mandul! Semua salah kau! Aku nak kau bertanggungjawab! Jadi isteri aku!" - Nuh Al-Edruz. Dapatkah Ain Nur Jannah menerima perkahwinan atas dasar penipuan? Penipuan yang sengaja dilakukan oleh seorang suami. Benarkah rasa benci tidak akan bertukar sayang? "Jangan tinggalkan abang, sayang. Abang sayangkan Ain. Abang cintakan Ain. Seluruh hidup Nuh Al-Edruz hanya untuk Ain Nur Jannah" - Nuh Al-Edruz. Bila kebenaran terungkap, adakah cinta lenyap? "Kalau kau sayangkan aku, kalau kau cintakan aku, lepaskan aku Nuh. Biar aku hidup tanpa bayangan kau. Kau tipu aku! Kau perangkap aku dalam hubungan gila ni! Atas dasar apa perkahwinan ini perlu dipertahankan lagi?" - Ain Nur Jannah. Kau Aku Kita Gemuk menyingkap rasa cinta yang berbeza. Cinta si gemuk buat si gemuk. Masihkah ada rasa bahagia buat mereka kecapi bersama?
103.3K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
NOTICE ME, MR. CRUSH (BAHASA MALAYSIA)

NOTICE ME, MR. CRUSH (BAHASA MALAYSIA)

Rabetkha
Halmy Ikram Lima tahun yang lepas ... Seorang lelaki yang berakhlak mulia dan paling penting dia pandai menjaga ikhtilatnya. Kerana akhlaknya aku terpesona. Tanpa aku sedar, dia membalas cinta aku sepenuh jiwa. Bila kasih bersemi, ikatan pertunangan tercipta. Namun ikatan itu tidak kekal lama bila dia pergi tanpa khabar berita. Halmy Ikram Lima tahun kemudian ... Seorang lelaki yang angkuh dan paling menjengkelkan dalam hidupku. Paling aku tak sangka, sikapnya berubah 360 darjah. Dia bukan crush aku yang dulu. Dia sangat berbeza. "Sorry, I memang tak kenal you. Jangan ganggu kerja I boleh tak? I benci lah dengan perempuan desperate macam you ni." Itulah ayat dia yang paling menyakitkan hati. Tapi tak apa, aku dah tak peduli. Aku taknak hilang dia macam dulu. Tanpa berputus asa, aku berusaha mendekati dia walaupun dia tetap berkeras beritahu yang dia tak pernah kenal aku. Biarlah orang kata pergi cari timba... Dulu dia yang beria-ia melamar aku. Sekarang ini biar aku pula terkejar-kejarkan dia. Apa yang pasti, aku nak kahwin dengan dia. "Halmy Ikram, hate me if you dare!" Berkat usaha aku, akhirnya dia termasuk dalam perangkapku. Namun, di saat aku dan dia mahu menjalin bahagia, aku dikejutkan dengan satu khabar berita. Khabar berita tentang rahsia kehilangan dia satu masa lalu. Mampukah kasih tercipta andai keraguan mula mekar dalam jiwa?
102.9K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
373839404142
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status