I Sold My Innocence

I Sold My Innocence

last update最後更新 : 2023-11-14
作者:  rosellemarie0530連載中
語言: Filipino
goodnovel18goodnovel
10
1 評分. 1 評論
27章節
3.6K閱讀量
閱讀
加入書架

分享:  

檢舉
作品概覽
目錄
掃碼在 APP 閱讀

故事簡介

WARNING:SPG/R-18/MATURE CONTENT Paano mo matutunang mahalin ang lalaking binayaran lamang ang iyong puri para makuha ka niya? Kaya mo ba siyang tanggapin na kahit buhay ng mga magulang mo ay nagawa nyang pagbantaan mapasakanya ka lamang? Mahulog man ang loob mo matanggap mo kaya na pampalit kalang sa dati nyang minamahal? Lumaki si Marie sa Farmhaouse sa gitna ng kanilang farmland at nakagisnan ang Home Study kay Teacher Anne hanggang sa ngayong desi sais na sya.Binibigay sa kanya lahat ng mga matatandang magulang ang lahat ng naisin niya maliban sa paglabas sa kanilang farmland at makipag social sa syudad. Maging ang mga high tech gadgets at stable na internet connection ay mayroon siya. Sa loob ng kanyang silid malaya niyang nagagawa lahat ng gusto nya. Maging ang paglalive streaming sa mga porn sites ay nagagawa nya out of her curiousity. Hindi sinasadyang nakuha nya ang atensyon ng bilyonaryong bachelor na isang negosyante na si Miguel Marquez. Ano ang naghihintay na pangyayari para kay Marie? Gayung porsigido si Miguel na malocate ang lokasyon at mahanap siya.

查看更多

第 1 章

Seeing Myself

Pengakuannya,

Membunuh perlahan rasa yang pernah ada di lubuk

hatiku,

Hingga aku lelah untuk menafsirkannya.

Terakhir kali, aku akan kehilangan dirinya. - TINI

BUTIRAN hujan turun dengan lebatnya pada lewat petang itu. Alam seolah-olah turut berduka dengan apa yang terjadi. Tini duduk termenung di bilik. Seharian berkurung tanpa menjamah apa pun makanan. Di tangannya masih tergenggam erat foto Tina, kakaknya. Tina menggamit kenangan.

“Kalaulah Kak Tina masih ada, semuanya takkan jadi macam ni. Kak Tina banyak mengajar Tini erti kehidupan. Kak Tina tabah menghadapi hidup ini walaupun dibelenggu hidup yang penuh dengan ranjau dan duri...” rintih Tini diselangi bunyi derasnya rintik hujan yang menimpa bumbung rumah.

“Ada apa ni, Tini? Kenapa berkurung saja ni? Menangis?” Wan Saloma yang entah bila masuk ke bilik bersuara, menghentikan lamunan resah Tini seketika. Dia terkejut.

“Mak!” Cuma itu yang keluar dari bibir Tini yang saat ini tidak dioles sebarang pelembab bibir atau gincu.

“Ya, ada apa?” tanya Wan Saloma lalu duduk mengadap Tini  sebaik sahaja duduk di birai katil.

“Tini cuma teringatkan Kak Tina.”

Hanya itu alasan yang diberi.

Tini tidak mahu emaknya berasa sedih dengan apa yang terjadi. Namun, dia yakin Wan Saloma tahu ada sesuatu yang berlaku kepadanya. Riak wajah tuanya mengatakan segalanya.

“Cuba bagitahu mak, kenapa? Apa dah jadi, Tini?”

Beberapa saat memandang emaknya, akhirnya air mata yang bertakung mahu tumpah juga. Benar-benar tidak mahu menolong untuk menutup kemurungannya hari ini.

Terbayang peristiwa yang membuatnya murung hari ini.

Sukri hanya diam beberapa minit di hadapan Tini. Pandangannya kosong. Ada sesuatu yang Sukri ingin luahkan. Tini sangat yakin. Cukup pasti.

Tapi kenapa Sukri diam? Kenapa dia tidak berkata sesuatu? Gadis itu benar-benar takut melihat diamnya Sukri. Ada apa sebenarnya ini? Sukri tidak pernah seperti ini. Diamnya dia menjerat rasa penasaran di fikiran Tini.

Tini, kau simpanlah semua barang-barang kakak kau ni. Aku dah tak sanggup lagi nak simpan. Makin lama ia ada dengan aku, makin sedih rasanya, Tini. Semua kenangan dengan dia, aku tak boleh lupa.”

Terkejut Tini dengan penjelasan Sukri.

Ada apa ini sebenarnya?

“Ambillah Tini. Simpanlah semuanya. Tolonglah Tini. Lakukanlah untuk aku,” rayu Sukri lagi.

Tergamam Tini dengan pengakuan Sukri. Kenapa Sukri berbuat begitu? Tini tidak ada jawapannya. Apakah Sukri sudah ingin melupakan Tina? Atau Sukri sudah tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan keluarganya setelah kedegilan ayah untuk tidak berdamai dengan keluarga Sukri, Tini juga tidak pasti.

“Dah tiba masanya untuk aku pergi dari tempat ni. Aku rasa macam orang bodoh di mata ayah kau. Ayah kau tu, hatinya dibuat daripada batu ke apa? Tak boleh ke dia berdamai dengan keluarga aku, Tini? Dah bertahun-tahun aku tunggu dia maafkan aku. Sampai bila aku nak tunggu lagi? Aku penat dengan semua ni,” cerita Sukri, kelihatan sangat hiba.

“Aku pun ada perasaan juga. Marah, sedih, sakit hati. Semua kesalahan dia letak atas bahu aku. Aku dah tak larat nak pikul lagi, Tini.”

Itu alasan Sukri untuk semua beban yang ditanggung selama ini. Sukri sudah meluahkan segalanya. Entah mengapa, kata-kata Sukri membuat hati Tini benar-benar sakit.

“Sukri... janganlah macam ni. Tini sanggup merayu pada ayah. Biar ayah berdamai dengan keluarga Sukri. Memang itu pun yang selalu Tini buat. Tapi tolonglah jangan pergi. Natasha perlukan Sukri. Dia amanat dari kakak," rayu Tini kepada lelaki itu.

“Bagilah Tini sikit masa lagi. Tini akan pujuk ayah. Tini yakin ayah akan berubah. Tini tak boleh jaga Natasha sorang diri. Natasha perlukan awak, Sukri. Macam mana Tini nak jaga Natasha kalau awak tak ada, Sukri?”

Entah kebodohan dari mana Tini merayu Sukri. Dia juga tidak tahu kenapa sanggup berbuat begitu, sedangkan dia dan Sukri tidak mempunyai apa-apa hubungan pun.

“Aku bukan ayah Tasha, Tini. Itu kau kena faham. Aku bukan sesiapa pun untuk Tasha. Kenapa kau buat aku macam ni? Cukuplah Tini. Aku nak pergi cari ketenangan. Aku kena teruskan hidup aku,” tolak Sukri.

Terpempan Tini di situ. Sakit rasanya dengan penolakan Sukri.

“Aku tak nak hidup macam ni lagi, Tini. Tolonglah jangan paksa aku lagi. Ayah kau benci aku, seolah-olah aku yang bunuh Tina. Seolah-olah aku yang jadikan Tasha anak yatim. Semua ini tak masuk akal. Kau faham tak, Tini?”

Tini tertunduk hiba. Serasa titik-titik bening di mata mulai bergenang. Tiba-tiba, tangan Sukri diraih Tini. Biarlah dia dipandang bodoh di mata Sukri. Kali ini dia tidak peduli. Dia tidak mahu Sukri pergi. Natasha tidak boleh kehilangan Sukri.

“Tini!” Sukri melepaskan pegangan tangan Tini. “Sudahlah. Aku minta maaf semuanya. Dari dulu sampai sekarang, aku tak pernah marahkan kau. Emak kau juga. Kau baik sangat pada aku. Cuma hati aku sakit dengan tindakan ayah kau. Dia tuduh aku yang bukan-bukan.” Sukri memberi alasan lagi.

“Ayah kau tu dah melampau, Tini. Janganlah halang aku pergi. Mungkin dalam beberapa bulan aku akan balik ke sini lagi. Kau jagalah Tasha. Aku tahu kau boleh.”

Tini terduduk, tidak dapat berbuat apa-apa. Cubaannya memujuk Sukri untuk menghalang lelaki itu pergi tidak memberi apa-apa makna. Sukri tetap dengan pendiriannya. Saat menatap foto Tina yang diberi Sukri tadi, mata Tini berkaca menahan titik jernih dari mengalir.

“Sukri minta Tini simpankan semua barang-barang Kak Tina. Ini gambar Kak Tina yang dah bertahun-tahun Sukri simpan. Kenapa macam ni, mak?”

Tini meluru memeluk Wan Saloma. Saat ini, bahu emaknya benar-benar dia perlukan untuk sandaran.

“Betul ke Tini? Apa, Sukri dah sedia nak lupakan Tina ke?” Pertanyaan Wan Saloma serasa menambah sakit di kepala Tini.

“Tak tahu, mak. Katanya dia nak pergi.” Itu jawapan yang Tini beri sekali gus membuat Wan Saloma tersentak.

“Apa? Sukri nak pergi mana? Kenapa? Apa dah jadi?” Bertalu-talu pertanyaan Wan Saloma tak mungkin ada jawapan untuk dijawab.

“Tak tahu, mak. Dia datang minta maaf dan suruh Tini simpan semua barang-barang Kak Tina. Kenapa jadi macam ni, mak?”

Wan Saloma melihat bahu Tini bergetar. Kenapa pula dengan Tini kali ini?

“Mak, pujuklah Sukri. Janganlah biar dia pergi. Tolonglah, mak. Tasha perlukan dia, mak!” rayu Tini pada Wan Saloma hingga membuat wanita tua itu tercengang.

“Tini, cuba bagitahu mak. Tini ada apa-apa dengan Sukri ke?”

Pertanyaan Wan Saloma membuat Tini terkejut. Kenapa emaknya bertanya seperti itu? Apa yang harus dia jawab? Berterus terang? Apa itu lebih baik dengan situasi sekarang? Oh Tuhan! Dia tidak kuat untuk mengatakannya.

“Ada apa, mak?” Tini memutar kembali pertanyaan Wan Saloma sebentar tadi.

“Natasha itu alasan untuk tidak lepaskan Sukri pergi kan, Tini?” Kata-kata Wan Saloma melonglaikan Tini. Dia terjerat.

“Mak pujuklah ayah, mak. Janganlah bermusuh lagi dengan keluarga Sukri. Dah lama sangat dua keluarga ni berdendam, mak. Dah tiba masanya kita berdamai. Sanggup ke mak tengok sorang lagi anak mak mengikut jejak kakak, mak?”

Entah apa yang ada di fikiran Wan Saloma kali ini Tini sudah tidak peduli lagi. Dia sudah terlalu lama memendamnya.

Kali ni, apa pun penerimaan Wan Saloma, Tini sudah meluahkan semuanya. Tidak berbaki lagi...

arenayidin

18 Julai 2021

展開
下一章
下載

最新章節

更多章節

致讀者

Maligayang pagdating sa aming mundo ng katha - Goodnovel. Kung gusto mo ang nobelang ito o ikaw ay isang idealista,nais tuklasin ang isang perpektong mundo, at gusto mo ring maging isang  manunulat ng nobela online upang kumita, maaari kang sumali sa aming pamilya upang magbasa o lumikha ng iba't ibang uri ng mga libro, tulad ng romance novel, epic reading, werewolf novel, fantasy novel, history novel at iba pa. Kung ikaw ay isang mambabasa, ang mga magandang nobela ay maaaring mapili dito. Kung ikaw ay isang may-akda, maaari kang makakuha ng higit na inspirasyon mula sa iba para makalikha ng mas makikinang na mga gawa, at higit pa, ang iyong mga gawa sa aming platform ay mas maraming pansin at makakakuha ng higit na paghanga mula sa mga mambabasa.


評論

hares mondejar
hares mondejar
maganda at hindi boring...
2023-10-17 22:15:32
1
1
27 章節
探索並免費閱讀 優質小說
GoodNovel APP 免費暢讀海量優秀小說,下載喜歡的書籍,隨時隨地閱讀。
在 APP 免費閱讀書籍
掃碼在 APP 閱讀
DMCA.com Protection Status