Share

JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)
JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)
Author: ANISYA AZIZ

JDMA-PROLOG

“ TERIMA KASIH semua kerana sudi hadir pada malam ini dan terima kasih diatas semua ucapan hari lahir buat saya. Berdirinya saya disini bukan sahaja ingin mengucapkan terima kasih , namun dengan besar hati saya ingin mengumumkan bahawa puteri kesayangan saya iaitu Aura Felisya bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung bulan ini.” 

Pengumuman Dato Khalid meriuhkan suasana . Tetamu yang hadir bersorak-sorak riang sambil bertepuk tangan . Mereka makin tidak sabar untuk mengetahui siapakah bakal suami  perempuan idaman lelaki itu.

Wajarnya jika Aura dijadikan idaman para jejaka. Seindah Aura namanya begitulah juga dirinya. Mempunyai wajah seperti kacukan Rusia , Arab , Thailand , Jerman dan semua yang cantik-cantik sesuai dengan dirinya sedangkan parentsnya orang Malaysia je. Matanya adalah punca utama tarikan semua jejakan. Besar tu tak sangat tapi menawan tu lain macam. Alis bulu matanya yang panjang menambahkan kecantikan diwajah Aura. Hidung, mulut tak payah cakap memang fuhh boleh kata perfect! Kalau nak puji wajah cantik Aura memang seminggu pun tak akan habis punya.

“ Saya ingin bakal suami Aura sendiri yang memperkenalkan dirinya dihadapan. Silakan.” Jemput Dato Khalid dengan sopan. 

Tetamu yang bersorak terus diam kerana sibuk mencari jejakan bertuah tersebut. 

Diam. 

Masih tiada sesiapa yang berdiri untuk kehadapan. Aura mula gelisah . Matanya melilau mencari susuk tubuh Adrian Mikail . 

‘Ian , mana awak ni?’ Luah hati Aura. Jiwanya diragut perasaan takut

Suasana yang sunyi bertukar riuh apabila seorang jejaka tampan mula berdiri sambil membetulkan kotnya lalu terus berjalan dengan penuh berkarisma kehadapan.

‘Pwttt handsomenya!’

‘Fuhh ni terlebih kacak ni!’

‘Untungnya Aura’ 

Tetamu yang hadir mula berbisik sesama mereka apabila melihat jejaka tampan berjalan menuju kearah Aura. Wajah kacaknya mampu membuat semua yang hadir terpegun. 

‘Siapa dia? Mana Ian? Ya Allah apa dah jadi ni?’ Jiwa Aura meronta-ronta ingin memberitahu semua tetamu bahawa lelaki ini bukanlah bakal suaminya. Namun, semua itu hanya mampu berlegar di ruangan jiwa, tidak pula ianya terluah.

Zaffrel Luftman berdiri diantara Dato Khalid dan Aura lalu mengambil mic ditangan Dato Khalid dengan sopan. Dato Khalid yang masih terkejut dengan keadaan yang terjadi hanya mendiamkan diri. 

“Assalamualaikum , selamat malam semua. Kenalkan, saya Zaffrel Luftman bin Dato Malek , CEO MR Holdings dan juga bakal suami Aura Felisya.” 

Kata-katanya yang keluar dari mulut Zaffrel menggembirakan tetamu yang hadir. Mereka semua gembira apabila bakal suami Aura amat padan sekali dengan Aura. Namun tidak bagi Aura. Hatinya bagai disiat-siat hebat. Dia tidak mampu menerima semua ini. 

‘Ian awak pergi mana? Kenapa awak buat saya macam ni? Ian datanglah dekat sini . Saya perlukan awak’

“ Tahniah Aura” Beberapa tetamu yang hadir menyedarkan Aura ke alam nyata.

‘Be professional Aura. Jaga maruah keluarga.’ Aura menguatkan diri untuk kelihatan gembira dihadapan semua tetamu.

“Terima kasih.” Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Aura. Dia hanya ingin penjelasan sekarang ini. Penjelasan yang selayaknya dituntut olehnya saat ini.

Aura mendekati Zaffrel lalu memandang tegang kearah lelaki tersebut namun Zaffrel hanya beriak biasa . Fuhh tenangnya kau lepas kau buat masalah ye.

“Ikut saya sekarang! We need to talk!” Tegas Aura memberi arahan lalu terus berjalan kearah kolam renang yang terlindung daripada tetamu yang hadir.

“Kau siapa? Kenapa kau mengaku yang kau bakal suami aku ? Kau tahu tak dengan tindakan kau ni kau dah buat masalah besar tahu tak !” Marah Aura dengan tindakan Zaffrel sebentar tadi.

“Kalau aku tak mengaku depan orang ramai tadi masalah akan jadi lebih besar. “ Jawapan Zaffrel menaikkan lagi amarah Aura.

“Kalau kau tak buat semua ni, masalah tak akan timbul. Kalau Adrian yang datang bukan kau masalah ni tak akan terjadi. Yang kau memandai mengaku tu kenapa?” Aura sedaya upaya mengawal kemarahannya agar tidak diperhati oleh tetamu yang hadir. 

“ Kau yakin yang Adrian kau tu nak mengaku yang dia bakal suami kau? For your information, Adrian kau dan lari dengan perempuan lain la.” Selamba sahaja Zaffrel menyatakan hal sebenar tanpa memikirkan kesannya terhadap Aura.

“Kau merepek apa hah! Kau ingat aku nak percayakan kau yang entah dari mana datang ! Jangan kau cuba nak burukkan Adrian.” Tengkin Aura namun masih dalam kawalan . Kalau tetamu tahu ni memang parahlah.

“ Tanyalah dia mana dia sekarang, kalau betul dia ikhlas cintakan kau kenapa mesti dia malukan kau. Nasib aku ada , kalau aku takda tak ke malu keluarga kau. Dah la aku lapar aku nak makan . Bye.” Ucap Zaffrel lalu terus meninggalkan Aura yang terkulat-kulat disitu.

Tanpa menunggu lama Aura terus mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi Adrian Mikail.

Beberapa saat sahaja panggilan bersambung.

“Hello Ian. Awak kat mana? Kenapa awak tiba-tiba saja hilang? Saya ada buat salah ke?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Aura. 

“Maafkan saya Aura. Saya tak boleh teruskan perkahwinan kita. Mungkin awak bukan jodoh saya.” Jawapan Adrian lansung tidak memikirkan perasaan Aura.

“Jawapan bodoh apa awak bagi ni? Habis saya macam mana? Awak ingat saya sampah ke? Awak...” 

Tutt..tutt...

Air mata yang ditahan terus keluar sebaik sahaja panggilan ditamatkan oleh Adrian. Aura terduduk dibucu dinding sambil menyembamkan wajahnya kelutut. Dia menangis semahu-mahunya. Dirinya dipermainkan oleh lelaki yang amat dicintainya.

“Aura,” tegur Zaffrel perlahan-lahan. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan saat ini.

Aura mengangkat wajahnya memandang Zaffrel. Wajahnya yang lencun dengan air mata dibiarkan sahaja. Wajah Zaffrel dipandang kosong.

“Kahwin dengan aku.” Ujar Aura lalu terus bangun masuk kedalam rumahnya itu. Dia tidak kuat lagi. 

Zaffrel kelu seketika. Kata-kata Aura bermain difikirannya. Kahwin dengan dia? Dia nak kahwin dengan aku?

“Zaff,” panggil Dato Khalid dari arah belakang Zaffrel. Zaffrel terus menoleh kebelakang.

“Apa dah jadi sebenarnya ni Zaff?” Soal Dato Khalid dengan lembut. 

“ Adrian dah larikan diri.” 

“Hurmm saya dah agak dah. “ jawab Dato Khalid.

“Maksud Dato , Dato dah boleh agak semua ni berlaku?” Soal Zaffrel.

Dato Khalid hanya mengangguk . Dia kembali memandang lama wajah Zaffrel .Zaffrel yang sedar akan pandangan itu mula tidak selesa. Aku ada buat salah ke?

“Betul ke Zaff akan kahwin dengan Aura...?”

Comments (1)
goodnovel comment avatar
alanasyifa11
kayaknya bakal menarik nih,btw author bakal update tiap berapa hari yah..? author ada sosmed engga?
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status