MY HEROINE TUANKU PUTERI

MY HEROINE TUANKU PUTERI

By:  Angel_k20  Completed
Language: Bahasa_melayu
goodnovel12goodnovel
Not enough ratings
34Chapters
2.4Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

WARDAH AZKIYA - Setelah tiga tahun berkelana di negara orang, akhirnya dia pulang ke tanah air. Namun, tugasnya sebagai doktor psikiatri tiba-tiba bertukar berat apabila hanya dia sahaja yang boleh menyedarkan kapten pasukan Psychic Eagle daripada koma. AHWAZ ZULFAN - Disebabkan permainan maya bernama RS, atlet e-sport negara yang disegani dunia ini terkandas di dalam dunia digital. Gara-gara Reaper, jasadnya statik di alam realiti, namun jiwanya terperangkap di dalam BTA2121. "Sudikah tuan hamba mengikut beta pulang, Kazz?" - Puteri Indah Kencana. "Siapa kau sebenarnya... tuanku puteri?" - Sultan Nadim Alam. Di saat Wardah berjaya mengembalikan memori Ahwaz, Reaper muncul menuntut dirinya. Kata lelaki itu, Puteri Indah Kencana adalah miliknya. Baik Ahwaz ataupun lelaki lain, mereka semua tidak boleh menjadikan Wardah sebagai isteri mereka. Masa kian menghambat, Wardah tertambat. Jika dia terlambat, maka Ahwaz akan bersemadi di dunia digital. Dia... tidak mahu perkara itu terjadi. Selama-lamanya, jejaka itu adalah belahan jiwanya walaupun hubungan mereka tidak direstui. Jadi, walau apa pun yang berlaku, dia bertekad untuk menjadi heroin yang akan menyelamatkan heronya. Bunny kan, hanya milik Kazz seorang!

View More
MY HEROINE TUANKU PUTERI Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
No Comments
34 Chapters
PROLOG
Ruang Rahsia, Istana Besar Sakti Kota.   "TUAN hamba perlu menolong beta. Tolong beta dapatkan Puteri Indah Kencana," desak Sultan Nadim kepada Ahwaz. "Ampun, tuanku. Patik... patik..." Ahwaz tunduk memandang lantai. Sumpah, dia tidak berani membohongi gadis kerabat diraja kerajaan Gelang Putih tersebut. Dia bukannya pengecut, tetapi dia berpegang kepada pendustaan adalah salah satu perkara yang mendatangkan dosa. "Tuan hamba hanya perlu menjadi beta. Itu pun payah ke, Satria?" sembur Sultan Nadim tanpa berlapik lagi. Dia murka dengan pendatang tanpa izin ini! Melihatkan itu, sekali lagi Ahwaz berasa resah. Pengecut? Tidak. Dia bukannya takutkan si raksasa yang berada di depan matanya ketika ini. Tetapi, dia kebengangan. Kenapa dia yang perlu melalui semua ini? Dia Ahwaz Zulfan dari tahun 2021, bukan Sultan Nadim dari tahun 1021. Hanya kerana muka mereka seiras, ia tidak b
Read more
BAB 1
Dunia Digital, Ruth Seed (RS). "KAPTEN, cepat keluar dari sini!" jerit Night."Kau orang selamatkan diri dulu!" laung Ahwaz sehabis kuat.Suasana cemas di lapangan peperangan semakin mencengkam. Entah di mana silapnya, pasukan Psychic Eagle yang diketuai olehnya diserang hendap oleh kumpulan Black Greeth. Sumpah dia tidak menjangkakan bahawa strategi yang dirangkanya dapat dihidu oleh mereka."Kapten!" desak Night lagi.Suara panik kawan baiknya membuatkan Ahwaz menarik nafas panjang seraya berusaha menahan diri daripada bertindak melulu. Tidak, dia tidak boleh bertindak bodoh dalam melawan Reaper, si ketua musuh yang sedang menyeringai galak kepadanya dalam riak mengejek."Aku akan pastikan kau takkan mampu kembali ke realiti, Kazz," tuturnya pula sambil mengacukan pedang ke muka Ahwaz."Tak guna!" Ahwaz menentang tajam mata lawannya."Sampai bila-bila pun, Malay
Read more
BAB 2
Bum! Street... Ahwaz dan Night, kedua-duanya jatuh tergolek di atas tanah. Dua orang sahabat baik itu termengaduh sesama sendiri, tetapi Ahwaz terlebih dahulu pantas memicit butang kecil di alat pembuka permainan di pergelangan tangan Night. "Pergi, Night!" ujarnya seraya tersenyum pahit sebelum perlahan-lahan, matanya memberat dan berubah kabur. "Kapten..." Suara laungan Night terus sirna daripada pendengaran dek dalam sekelip mata, figura sahabatnya turut sirna di udara. "Selamat meninggal, Kazz," ucap Reaper pula seraya menghilangkan diri. 'Ya Allah, adakah ini pengakhiran aku?' Ahwaz tersenyum pahit sebelum perlahan-lahan, dia memejam mata. Dia... terlalu sakit untuk mengungkap kata. Akibat terkena balingan batang bet, kepalanya berasa teramat sakit bagaikan digodam bertalu-talu dengan batang besi. Dia juga sudah tidak tahu lagi keadaan sekelilingnya. Apa yang dia tahu, formasi permainan digital maya RS sedang meng
Read more
BAB 3
Jabatan Psikiatri, Malaysia Sport Centre Hospital. PAGI itu, cuaca sangat baik. Setelah semalam bumi ditimpa hujan, kini sang mentari mulai muncul memberikan senyuman kepada warga dunia. Dan, hari ini juga, Wardah berasa jiwanya agak tenang berbanding dengan sebelum ini. Seketika, gambar ibu bapanya di atas meja ditenung lembut sebelum perlahan-lahan, bibirnya mengulaskan senyuman.Apa khabar agaknya ibu bapanya di kampung? Sudah agak lama dia tidak bertanya khabar. Maklumlah, dia selalu sibuk. Hospital tempatnya berkhidmat ini memang gah dan terkenal di seantero dunia. Jadi, sesuai dengan nama baiknya, hospital ini selalu padat dengan pesakit berprofil tinggi dari seluruh dunia. Makanya, dia sendiri turut terpalit sama dengan kesibukan tersebut."Dr. Azkiya, pengarah nak jumpa."Dalam sibuk dia mengelamun, satu suara halus tiba-tiba menerpa deria pendengarannya. Tanpa ketukan, tanpa salam. Aina, si jururawat merangkap teman
Read more
BAB 4
Unit Kecemasan Khas, Malaysia Sport Centre Hospital. FIGURA Ahwaz yang sedang 'lena' di atas katil dipandang sayu. Sungguh, Wardah merindui wajah tersebut namun apakan daya, dia hanyalah gadis biasa. Dia bukan orang kayangan seperti yang diidamkan Puan Suhana. Dia hanyalah burung pipit yang terbang tidak sama tinggi dengan enggang.Disebabkan itulah, dia mengambil keputusan untuk mengundur diri sebelum wanita elegan tersebut mengambil tindakan drastik tidak membenarkan Ahwaz menyertai lagi sukan berprestij tersebut. Walhal, e-sport adalah jiwa dan raga serta segala-galanya bagi atlet sukan maya negara itu.Puan Suhana mahu anak lelaki tunggalnya mewarisi empayar perniagaannya. Tetapi, Ahwaz pula menentang hasrat ibunya dek dia lebih meminati bidang sukan maya. Pertelingkahan berlaku antara dua beranak tersebut. Namun, orang yang dipersalahkan atas semua yang terjadi adalah dia, Wardah Azkiya.Katanya Puan Suhana, dia menyeba
Read more
BAB 5
Suara ajakan Aina serta-merta mengembalikan Wardah ke alam realiti. Nampak sangatlah jauh benar fikirannya mengembara sehingga ke tiga tahun lepas. Ya, sudah tiga tahun dia memutuskan pertunangan dengan Ahwaz hanya disebabkan dia mahu menjaga kerjaya lelaki itu. Dalam masa tiga tahun itu jugalah, dia membawa diri ke Sweden dan menyambung pelajaran peringkat Master's di sana."Ha, yalah," jawab Wardah.Ya, anggap saja pertolongannya kali ini hanyalah untuk membalas jasa Ahwaz 14 tahun yang lepas. Semoga ada sinar untuk Ahwaz pulih seperti sediakala dan meneruskan lagi e-sport yang dicintainya. Sudahnya, pantas dia berjalan keluar dari unit itu lalu membuntuti Aina ke makmal untuk membuat persediaan ke dunia digital. Unit Kecemasan Khas, Malaysia Sport Centre Hospital. "FUH, selamat!" Aina mengurut dada.Hampir naik gila dia dan semua orang yang berada di situ tadi apabila melihat carta graf ritma jantung
Read more
BAB 6
Dunia Digital Back to Ancient, BTA2121. Kamar Peraduan Utama, Istana Besar Sakti Kota. AHWAZ membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya berasa sangat sakit bagaikan dipalu dengan lesung. Otaknya terasa ingin bersepai pecah! Ketika ini, pandangannya kabur dan segala-galanya berpusing hebat. Seketika, dia memejamkan kembali matanya sambil tangannya dibawa mengurut dahi. "Anakanda dah bangun? Syukur pada Tuhan." Tiba-tiba, Ahwaz berasa tangannya disentuh lembut dan kepalanya dipicit perlahan oleh suatu tangan. Ya, suara daripada seorang wanita berpakaian bangsawan itu sangat mendamaikan jiwanya yang berasa bagaikan tidak keruan tadi. Dalam diam, picitan itu  dinikmati sekejap sebelum perlahan-lahan, dia memfokuskan pandangannya kepada wanita separuh usia tersebut. "Anakanda nak air?" soal wanita itu lagi. Geleng. Ahwaz berasa tidak dahagakan air, tetapi dia dahagakan kasih sayang seseorang. Ulah wanit
Read more
BAB 7
Balairung Seri Istana Sukma, Negeri Sakti Kota.BUNYI kicauan burung yang berkicau riang di luar istana mengganggu konsentrasi menungan Ahwaz. Sejak sedar daripada pengsan semalam, macam inilah dia. Termenung dan terpungguk sendirian tanpa tanda mahu bercakap dengan sesiapa pun. Masa yang ada pula dihabiskan di atas karpet yang dijadikan sejadah."Tuanku," tegur Panglima Tangkas.Namun, malang baginya apabila teguran tersebut dibiarkan sepi tanpa sahutan daripada sang sultan. Pelik. Sejak sembuh daripada gering, Sultan Nadim Alam yang dikenalinya kelihatan berubah perangai. Baginda... kelihatan seperti orang lain. Tetapi, lelaki berkumis nipis dan berambut panjang itu bertindak mengabaikan sahaja perasaannya."Tuanku, saudagar permata dari negara China sudah pun sampai di pelabuhan," lapor pula ketua pengawal istana merangkap pembantu peribadi Ahwaz."Baiklah. Dalam masa tiga hari, panggil mereka menghadap beta." Tanpa perasaan, Ah
Read more
BAB 8
Kamar Peraduan Puteri, Istana Makmur Gelang Putih.   "CANTIK tuanku hari ni," puji Inang Sejahtera sambil tangannya lembut menyisir rambut sang puteri asuhannya. Kata-kata ketua dayang merangkap inang pengasuh kepada Puteri Indah Kencana disambut dengan senyum simpul oleh Wardah. Pujilah mana-mana pun sama ada si puteri itu ataupun dia sendiri, memang tak apa. Tidak timbul pun rasa cemburu dek wajah figura yang terpantul cermin itu pun boleh menceritakan segala-galanya. Alahai, takkan nak panas hati dengan diri sendiri, kan? "Mana ayahanda, inang?" tanya Wardah dengan selamba. Semalam, gigih dia mengkhatamkan sejarah negeri dan peribadi Puteri Indah Kencana. Melalui Inang Sejahtera, segala-galanya mengenai hal ehwal di sini diketahuinya. Namun, apa yang menariknya adalah hubungan diplomasi antara negeri ini dengan Sakti Kota yang dilembayungi oleh Sultan Nadim Alam. Seperti namanya si sultan, nama negeri itu juga
Read more
BAB 9
Balairung Seri Istana Makmur, Gelang Putih. AHWAZ menumpukan lagi perhatiannya kepada wajah penguasa negeri Gelang Putih di hadapannya. Sebenarnya, dia agak gerun dengan lelaki yang digelar sebagai Raja Dewata Perwira ini. Yalah, ayahanda kepada gadis yang bakal dipinangnya memang dikenali sebagai raja naga dek perangainya yang garang semacam naga. "Beta amat gembira dengan kesudian tuanku memperisterikan anakanda tunggal beta." Tutur kata Raja Dewata Perwira yang bersalut teruja disambut dengan senyuman oleh Ahwaz. Sejujurnya, bukanlah kehendaknya semua perkara ini berlaku. Ah, tolonglah! Dia tak nak berkahwin dengan Puteri Indah Kencana. Dia hanya mahu memperisterikan Wardah Azkiya. Tapi, itulah... "Beta juga gembira kerana tuanku sudi melepaskan puteri kesayangan tuanku kepada beta," jawab Ahwaz. Sekonyong-konyongnya, Ahwaz berasa geli anak tekak mengucapkan perkataan tersebut. Dia gembira dapat berkahwin dengan sang puteri
Read more
DMCA.com Protection Status