Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)

Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)

Kasturi Madu
Berkahwin dengan kawan baik abah? Eiiuu bunyinya pun dah sangat menggelikan. Tapi apa pilihan yang Naura Khalisha ada apabila abah kesayangannya itu memaksa si anak gadis yang baru berusia 23 tahun itu menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki yang telah pun berusia hampir 47 tahun itu. Mahu pitam dia dibuatnya. Hafiz Rahim tak menyangka jodoh yang ditunggu-tunggu selama ini adalah anak kawan baiknya sendiri. Dia dengan hati yang terbuka menerima Naura sebagai isterinya yang sah. Bermacam ragam Hafiz kena hadap apabila menjadi suami kepada Naura. Naik pening kepalanya harus melayan tingkah Naura. Kadang-kadang Naura seperti sengaja mahu menguji tahap kesabarannya. Elok melayari bahtera perkahwinan, satu rahsia yang disimpan kemas oleh Hafiz terbongkar juga. Hati yang sudah diberikan kepada lelaki yang bergelar suaminya itu hancur remuk. Naura benar-benar dirundum rasa kecewa. "Sampai hati pak cik tipu saya," - Naura Khalisha. "Abang takde niat pun nak tipu Naura sayang," - Hafiz Rahim. Adakah mereka akan kekal menjadi suami isteri atau perpisahan adalah jalan terbaik buat Naura dan Hafiz? Dan apakah rahsia sebenarnya yang telah disembunyikan oleh Hafiz daripada pengetahuan Naura?
1011.7K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Dendam Pendekar Peniru

Dendam Pendekar Peniru

Fright Night
Banny hanyalah seorang budak kecil berusia 6 tahun dan tanpa ilmu bela diri apa lagi ilmu tenaga dalam suatu hari kampung halaman banny yang bernama kampung bangau. Di serang oleh kumpulan pendekar golongan hitam semua penduduk kampungnya habis di bunuh oleh kumpulan itu dan banny melarikan diri di hutan dan hampir mati di makan makhluk haus darah dan dari sana banny terjumpa pendekar golongan hitam yang mempunyai tubuh abadi dan berguru apa kah banny akan menjadi pendekar golong hitam juga *cover from pixabay & edit from pixelLab
9.15.2K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
The First Snow (Bahasa Malaysia)

The First Snow (Bahasa Malaysia)

Lucyana
Amsyar Munirah, seorang gadis remaja yang masih menuntut di sekolah tinggi sama seperti remaja lain. Sikapnya yang lasak dan seakan-akan lelaki menyebabkan semua orang menyangka dirinya benar-benar seorang lelaki. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menyembunyikan identiti perempuannya. Sehinggalah muncul seorang lelaki yang secara tidak sengaja mengetahui dia adalah seorang perempuan. Kasyaf Safwan, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam kehidupan Amsyar Munirah. Merupakan pelajar pertukaran dari Malaysia ke Korea Selatan. Kemunculannya sering kali membawa masalah dalam kehidupan Amsyar Munirah yang pada awalnya dia sangkakan adalah seorang lelaki. "Boleh tak, kau jangan masuk campur hal aku? Rimaslah!" - KASYAF SAFWAN. "Masalahnya, kau yang suka tarik aku dalam masalah kau! Banyak mulut pula!" - AMSYAR MUNIRAH Dalam waktu yang sama, terdapat sekumpulan pelajar lelaki yang dianggotai 7 orang pelajar berpengaruh di sekolah tersebut telah mengetahui identiti sebenar Amsyar Munirah secara tidak sengaja. Tetapi, dua daripada anggota kumpulan itu mempunyai kesengalan yang agak luar biasa. "Ni semua salah kau, kalau kau tak tekan suis tu tadi. Tak adanya dia pengsan!" - PARK JAEBUM "Tak sengajalah, nak buat apa ni?" - PARK JINYOUNG Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah identiti Amsyar Munirah akan diketahui ramai? Semuanya dalam The First Snow!
103.6K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)

TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)

Sistqah
Isya Rasyuka jatuh cinta buat pertama kali di dalam hidupnya. Lelaki bertuah itu adalah Aqif Azka. Ketampanan dan sifat gentleman lelaki itu sangat menepati ciri-ciri lelaki idamannya. "Aku nak tegur dia tapi aku takut dia tak layan. Aku nak puji dia hensem tapi aku takut dia label aku pelik pulak. Aku nak beritahu dia yang aku sukakan dia tapi aku takut dia gelak. Wahai Aqif Azka, kalau kau nak tahu, aku selalu senyum macam orang gila bila nampak kau. Bila kau nak notice aku?" - ISYA RASYUKA Bagi Aqif Azka pula, dia langsung tidak rasa bertuah apabila mengetahui dirinya disukai oleh Isya Rasyuka. Dia menyampah kerana Isya Rasyuka sentiasa berusaha untuk mendekatinya. Dia merancang sesuatu dengan rakan-rakannya agar Isya Rasyuka tidak lagi suka padanya. Rancangannya berjaya dan Isya Rasyuka tidak lagi mendekatinya malah perempuan itu pula yang menghindarkan diri daripada bertemu dengannya. "Kenapa dengan aku ni? Takkanlah aku jealous tengok dia dengan mamat tu? Eh, buat apa pulak aku nak jealous? Aku bukan suka dia pun." - AQIF AZKA Kemunculan Adi Adham sebagai penyelamat Isya Rasyuka pada malam rancangan itu berlaku telah membuka ruang hati Isya Rasyuka untuk bercinta lagi. Layanan yang diberikan oleh Adi Adham membuatkan Isya Rasyuka merasakan cinta itu indah. Namun siapa sangka Adi Adham menyimpan sebuah rahsia besar. "I bukan yang terbaik tapi I janji, I akan mencintai you sepenuh hati." - ADI ADHAM Berjayakah Isya Rasyuka menemui cinta sejati? Atau cinta sejati hanyalah cerita dongeng semata-mata?
103.2K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
111213141516
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status