All Chapters of Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia) : Chapter 21 - Chapter 30
38 Chapters
Bab 19 : CBYS
Yusra dan Fairuz berjalan seiringan menuju ke kedai runcit Ustaz Luqman. Masing-masing menyepi. Pergi ke kedai pun atas desakan Haji Shafie. Mungkin Haji Shafie mahu Fairuz dan Yusra berkenalan dengan lebih rapat lagi.           "Pergilah masuk cari barang, aku tunggu kat luar je." Tengku Fairuz kemudiannya berlalu ke bangku yang disediakan di tepi kedai. Manakala Yusra Saidah melangkah masuk ke kedai dan mula mencari barang yang dipesan oleh ibunya sebentar tadi.          "Eh pengantin baru, datang beli barang ke?" sapa satu suara dibelakang Yusra. Yusra menoleh. Kak Maryam sudah tersenyum sumbing. Kak Zainab pun sama. Yusra meneguk air liur berkali-kali. 'Ah, sudah apa lah yang akan jadi kali...' Yusra mengeluh. Hari sebelum ni dia dah kena kecam, hari ini entah-entah kena kecam lagi. Dia mengeluh lagi. Senyuman diukir paksa, tidak mahu mencari pa
Read more
Bab 20 : CBYS
Teratak Qaseh tersegam indah dihadapan Yusra Saidah. Terlopong sekejap Yusra. 'Mak aih besar giler rumah! desis hatinya. Liurnya di teguk berkali-kali. Tengku Fairuz mematikan enjin kereta dan mula membuka pintu. Segera dia keluar dari kereta Toyota Corrolla Altis miliknya. Yusra disebelah langsung tidak dihiraukan. Yusra termangu seketika sebelum dia mengambil keputusan untuk membuka pintu kereta.          Tengku Fauziah sudah tersenyum lebar di muka pintu. Menunggu kedatangan pengantin baru. Fairuz bersalam dengan uminya dan melangkah masuk. Yusra masih terpinga-pinga di sisi kereta.         "Ruz, kenapa tinggal Yusra kat kereta?" Tanya Tengku Fauziah tatkala melihat anak keduanya menonong berjalan seorang diri tanpa meghiraukan isterinya.  Fairuz berhenti melangkah. Dia menoleh ke belakang. Mendengus kecil seraya membuka kaca mata Rayban. Dia memusing badannya dan menghampiri Yusra.  
Read more
Bab 21 : CBYS
Tengku Fairuz membuka pintu kamarnya. Mencari kelibat Yusra Saidah. Terlihat sekujur tubuh sedang lena di atas sofa. Fairuz melangkah masuk dan menutup pintu biliknya. Yusra yang sedang lena didekati. Dia melabuhkan duduknya di tepi sofa. Cuba mengambil peluang untuk memerhati raut wajah yang sedang lena itu. Muka yang putih kemerahan- merahan itu kelihatan cantik walaupun sedang beradu. Mata itu cantik, mata bulat dan besar. Ya, dia tahu mata Yusra cantik dan dia suka curi-curi merenung mata itu. Hidung pula cantik terletak walaupun tidak mancung sangat. Bibir mungil itu kelihatan sentiasa segar dan sentiasa warna kemerahan walaupun tanpa secalit lipstik. Bila tersenyum terserlah lekuk lesung pipit di kiri dan kanan pipinya. Rambut Yusra bukan hitam lebat tetapi berwarna keperangan. Rambut itu ikal mayang paras dada. Cantik persis bidadari! Fairuz meneguk liur. Mengiakan kata-kata Syahmi sebentar tadi dan dia akui Yusra memang cantik. Natural
Read more
Bab 22 : CBYS
Fairuz menghulurkan tali leher berwarna biru kepada Yusra. Yusra terpinga-pinga namun disambut jua.         "Nak buat apa ni?" tanya Yusra lurus. Tali leher itu dipandang dengan pandangan kosong. Macam mana nak buat? Yang kena simpul-simpul tu ke?         "Eh.. kau ingat aku nak bagi kau untuk apa ni? Aku nak pakai la. Apasal la kau ni Yusra." Fairuz sudah berdiri di hadapan Yusra.         Sedikit menunduk bagi menyamai ketinggian Yusra yang di paras dagunya. Yusra meneguk liur. Tali leher itu dilingkarkan ke leher suaminya. Masih lagi memikirkan macam mana caranya mahu menyimpul tali leher.        "Kau dah kenapa ni Yusra? Yang kau tenung tie tu bagai nak tembus tu kenapa? Cepat la ikatkan tie ni."          "Hah? tapi..."         "Kau tahu t
Read more
Bab 23 : CBYS
Tengku Fauziah masih memerhati menantunya. Tidak puas hati dengan baju yang baru dipakai oleh Yusra Saidah.         "Long, kalau tukar baju ni boleh ke?" Tengku Fauziah bertanya kepada kakak iparnya, Tengku Salimah. Tengku Salimah mengangguk berkali-kali. Yusra dan Fairuz mula berkerut dahi. Saling berpandangan.         "Wait... why umi?" Tengku Fairuz bertanya dengan kerutan di dahi.          Sekali lagi pakaian yang membaluti tubuh isterinya dipandang. Yusra kelihatan anggun dan sopan dalam busan gaun labuh berwarna emerald green itu. Sangat cantik pada matanya tapi kenapa umi mahu tukar?         Yusra hanya membisu. Tidak mahu masuk campur urusan mereka. Kalau berkenan yang ni, dia tiada masalah. Lagipun baju yang dipakai ini pun sudah kelihatan terlalu mewah bagi dia, anak orang kampung. 
Read more
Bab 24 : CBYS
Winter Blue menjadi tema pilihan untuk meraikan majlis menyambut menantu bagi pihak keluarga Fairuz. Segala atur cara majlis diuruskan oleh Tengku Faisal dan isterinya bersama perancang majlis perkahwinan terkenal tanah air. Semuanya dirancang dengan sempurna untuk memberikan kejutan buat anak menantunya.Segalanya perlu nampak sempurna dengan dekorasi yang menarik dengan menggunakan warna segar seratus peratus. Pelamin mewah dihiasi dengan juraian kristal yang bergantungan memukau pandangan tetamu yang hadir bagi meraikan cinta pasangan mempelai. Pelamin itu diserlahkan lagi dengan hiasan bunga-bunga dari tona warna lembut dan segar. Sekali pandang seperti berada di kayangan. Juraian Tirai batu kristal yang digantung di langit ruang legar kelihatan seperti ketulan ais. Manakala taburan serbuk putih di atas lantai melambangkan salji. 'Effect Smoke Machine' juga digunakan untuk memberikan kesan kabus supaya kelihatan sejuk dan menyerikan dewan makan u
Read more
Bab 25 : CBYS
Dari jauh Tengku Faiz Iskandar merenung Yusra Saidah yang sedang berdiri disamping Tengku Fairuz, sedang bergambar bersama keluarganya. Yusra tersenyum manja bila diusik Fairuz. Cantiknya dia senyum! Terbentuk lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Teringat pada Saidah, Saidah pun cantik. Wajah putih kemerahan dan ada lesung pipit di kiri dan kanan. Tapi sedikit perbezaan Yusra Saidah dengan 'Saidah dia', iaitu raut wajah. Yusra Saidah nampak matang walaupun usianya masih awal 20-an. Agaknya 'Saidah dia' sekarang macam mana ya?          "Jauh termenung Is," tegur Syed Ammar disebelah. Faiz menoleh. Ammar sudahpun mencapai sudu dan garpu untuk mulakan santapannya.          "Tak termenung sangat pun Amm.. Tengok Ruz je. Tak sangka dia kahwin dulu dari aku," ujar Faiz. Matanya kembali mencari wajah Yusra Saidah, bukan Fairuz yang dicari.          "
Read more
Bab 26 : CBYS
"Assalamualaikum Mak Nah.. Siti, selamat pagi!" Yusra menyapa Mak Nah sebaik kaki jejak dapur.       Mak Nah yang tengah mengacau kuew tiaw goreng sebagai sarapan pagi mereka menoleh. Tangannya berhenti mengacau seketika, mengukir senyuman buat Yusra dan kembali mengacau kuew tiaw goreng. Salam Yusra dijawab didalam hati. Siti di sebelah Mak Nah juga tersenyum.         "Ada nasi lebih tak Mak nah?" tanya Yusra. Mak Nah menoleh pada Yusra. Tangannya berhenti mengacau. Berkerut dahi memikirkan sesuatu.         "Nasi lebih? Ada Mak Nah simpan dalam peti. Kenapa Yusra tanya?"        "Suami kesayangan Yusra  tu, dia nak Yusra masak nasi goreng ayam dengan sotong goreng kunyit untuk pagi ni," jawab Yusra. Kakinya sudah melangkah ke peti sejuk. Mencari nasi yang disimpan oleh Mak Nah.   
Read more
Bab 27 : CBYS
Fairuz diam. Yusra juga diam. Masing-masing rasa selesa dengan suasana sepi yang meyelubungi diri masing-masing. Fairuz di atas katilnya bersama ipad di tangan manakala Yusra di sofa bersama telefon bimbitnya. Layan games lagi bagus dari layan perasaan. Sejak menjadi isteri kepada Fairuz, hidupnya sunyi. Sunyi bukan kerana tiada hiburan tapi sunyi kerana tiada teman untuk berborak dan meluahkan perasaan. Sesekali layan gelagat Farhana dan Farhan itu seronok tapi yang tak seronoknya bila terpaksa hadap muka kering Fairuz kalau Furqan ada sekali. Macam kes semalam la, punya lah kelat muka Fairuz macam baru lepas telan buah asam gelugur. Muka jealous ke muka tak puas hati ke, tak tahu lah. Sekali sekala dia ada WhatsApp dengan Aishah tu pun kalau Aishah tidak sibuk dengan kuliah dan assignmentnya.Fairuz melirik pandangan pada Yusra. Sesekali tengok Yusra tersenyum mengadap telefon itu membuatkan dia terfikir, siapa Yusra yang sebelum ini ya? Dia kekasi
Read more
Bab 28 : CBYS
Aishah melangkah ke ruang tamu penthouse Syahmi dan Nabila. Membuntuti langkah Faiz Iskandar dan Syed Ammar. Mukanya masam mencuka jelas menunjukkan yang dia kurang selesa berada di sini. Syed Ammar pula dengan selamba memaksa dia mengikut segala kehendaknya. Macam-macam diugut kalau tidak ikut!      "Aishah..." Yusra menyebut perlahan dan mula tersenyum. Sekurang-kurangnya dia ada teman berborak selain Nabila.      Aishah mengangkat muka bila terdengar ada seseorang menyebut namanya. Terpandang Yusra tengah memangku salah seorang bayi kembar Syahmi. Moodnya mula berubah. Alhamdulillah, jumpa Yusra di sini. Banyak cerita yang nak dikongsikan dengan Yusra. Terutama sekali pasal lelaki tu. Dia mengalih pandangan kepada Syed Ammar. Syed Ammar mencebik bibir serta menjongket sebelah bahunya. Hishh makin sakit hati Aishah melihatnya! Aishah menjeling.      "Aishah, ni
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status