All Chapters of Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia) : Chapter 31 - Chapter 38
38 Chapters
Bab 29 : CBYS
Sudah dua bulan berlalu selepas Tengku Faiz Iskandar dan Tengku Fatihah kembali ke England bagi meneruskan segala urusan yang tertangguh. Satu kelegaan yang sangat besar buat Yusra. Hubungan Tengku Fairuz dan Yusra Saidah makin menampakkan ada keserasian walaupun mereka masih dalam fasa perkenalan. Sehingga sekarang, mereka masih menetap di Teratak Qaseh. Sejak Fairuz mengambil alih jawatan arwah datuknya di Mentari Holding, bebanan kerjanya makin bertambah-tambah. Yusra yang pada mulanya agak kekok dengan kesibukkan Fairuz, namun sekarang dia sudah dapat membiasakan diri. Kata ibu mertuanya, Fairuz mewarisi sikap ayah mertuanya, gilakan kerja dan serius menjalankan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Yusra sendirian di kamarnya. Menanti kepulangan suaminya yang makin kerap balik lewat malam. Hatinya gelisah dan resah menunggu. Sesekali jam dinding di toleh, jam sudah pun menunjukkan jam 1 pagi. Namun mata belum merasa mengantuk, hatinya dipaut ra
Read more
Bab 30 : CBYS
Bumi Melbourne, Australia. Tak Yusra sangka akhirnya dia berpeluang menjejak kaki ke bumi kanggaru ini. Dia begitu seronok dan teruja kerana inilah kali pertama dia ke luar negara.  Kalau dulu dia teruja ke Australia kerana dia akan melanjutkan pelajarannya ke sini.  Disebabkan ada hal yang meghalang, dia kuburkan saja niatnya itu. Namun kali ini dia tetap teruja walaupun cuma untuk beberapa hari. Kata Fairuz, anggaplah ini sebagai 'pre-honeymoon' mereka, masa untuk melupakan segala masalah yang melanda rumahtangga mereka dan masa untuk mereka berkenalan dengan lebih erat lagi. 'Pre-honeymoon', ada ke? Yusra melangkah ke pintu slidding bilik Hotel mereka menginap. Ditolak perlahan pintu slidding dan menapak ke balkoni. Angin sejuk pagi menerpa tubuhnya. Baju dan tudung yang dipakai bergerak-gerak ditiup angin. Pandangannya dihalakan pada panorama indah di depan matanya, Bandar Melbourne yang penuh dengan bangunan yang tersegam indah. Indah
Read more
Bab 31 : CBYS
Pagi-pagi lagi Fairuz dah membawa Yusra ke  Fitzroy Garden. Melihat Yusra teruja dan gembira dia rasa senang hati. Dia suka melihat senyuman terukir di bibir Yusra. Senyuman bersama dua ulas lesung pipit terhias di pipi. Cantik!       Fitzroy Garden merupakan sebuah taman landskap yang popular di Melbourne. Taman ini cukup luas, seluas 24 hektar. Ada banyak tempat yang menarik. Setiap tempat ada keunikannya tersendiri. Pokok-pokok menghiasi di sepanjang jalan cukup menyejukkan pandangan. Tasik juga turut menghiasi di setiap ceruk Fitzroy Garden.       Ada pokok yang diukir dengan lukisan pari-pari kecil. Cantik dan cukup berseni hasil buatannya. Seterusnya mereka ke Cook's Cottage iaitu rumah yang dibina oleh ibu bapa Kapten James Cook. Kemudian mereka ke kampung model Tudor. Cantik seni bina rumah model ni. Setiap tempat, pelbagai kisah yang ingin diceritakan. Yusra tidak melepaskan peluang untuk mengamb
Read more
Bab 32 : CBYS
Malamnya Fairuz cuma memesan room service untuk makan malam mereka. Tidak larat untuk keluar, mereka sama-sama letih dan penat menempuhi perjalanan di sepanjang Great Ocean Road siang tadi.        Masing-masing membisu melayan perasaan semasa makan. Fairuz perasan Yusra tidak beberapa selera dengan makanannya. Mushrooms soup dikuis-kuis dengan sudu. Mulutnya pula mengunyah paksa garlic bread di tangannya.        "Kenapa tak makan?" Tanya Fairuz. Keningnya bertaut. Rasanya ini makanan kegemaran Yusra kalau mereka ke Restoran wastern. Yusra mengangkat muka. Mukanya cemberut. "Saya tak nak makan ni." Jawab Yusra.        "La... kenapa? Tadi kau jugak cakap kau nak makan Mushrooms soup with garlic bread. Sekarang tak nak makan pula? Dah tu kau nak makan apa?"        Yusra menjatuhkan matanya pada pinggan di hadapan F
Read more
Bab 33 : CBYS
Seminggu sudah berlalu sejak mereka balik dari bercuti. Fairuz seperti biasa, kembali sibuk dengan kerjanya. Manakala Yusra hanya bersendirian di Teratak Qaseh. Umi dan Abah ke England, menghadiri majlis konvokesyen Fatihah. Tengku Furqan dan anak-anak ikut sekali. Tengku Farra masih di asrama. Mak Nah dan Pak Mail awal-awal lagi minta cuti mahu balik kampung melawat anak menantunya sementara majikannya tiada di sini. Siti pula terpaksa balik ke kampung. Jaga ibunya yang sakit.Selesai semua kerja, Yusra menapak ke taman mini yang terletak di belakang Teratak Qaseh. Dia suka melepak di sini. Tenang dan damai jiwanya. Dia duduk berehat di gazebo. Telefon di tangannya berbunyi menanyakan ada notification masuk. Segera di buka aplikasi WhatsApp dan nama suaminya tertera di skrin.~Wife, Malam ni kita dinner kat luar. Nanti cari paperbag dalam wardrobe. Jam 8pm aku tunggu kat depan pintu.~     <Fairuz>Wife? Ya, Fairuz suka memanggilnya
Read more
Bab 34 : CBYS
"Haaacooo! Haaacooo!" Yusra bersin lagi. Hidungnya digosok-gosok. Kepala mula terasa berat. Tangan naik menyentuh dahi, tak panas pun tapi dah rasa lain macam. Dia sedikit terkejut bila ada tangan lain sentuh dahinya dari belakang dengan belakang telapak tangan. Yusra yang sedang duduk di kerusi meja makan selepas selesai makan tengahari, sedikit menggeras tubuhnya bila Fairuz buat begitu. Fairuz berdiri di belakangnya. Dada mula berdebar dengan sentuhan Fairuz. Kenapa selalu macam ni?        Fairuz pusing tubuh berdiri di hadapan Yusra. Tangannya diletakkan di leher Yusra pula.       "Badan kau panas ni. Kau naik rehat dulu. Nanti aku bawakan hot chocolate dengan ubat." Fairuz memberikan arahan dan Yusra hanya mengangguk. Sebolehnya dia mahu cepat-cepat jauhkan diri dari Fairuz. Adanya Fairuz dekat dengan dia, membuatkan seluruh jantungnya berlari dari tempo.  
Read more
Bab 35 : CBYS
"Qazrina?"        Yusra Saidah menyebutnya perlahan namun masih didengari oleh Fairuz. Tubuh Fairuz sedikit menggeras mungkin kerana terkejut mendengar nama yang disebut Yusra. Tambahan lagi, mereka baru sahaja berbincang tentang 'dia'. Kata orang ni petanda 'panjang umur'. Yusra menghulurkan telefon itu kepada Fairuz dan Fairuz mengambil. Sekilas dia lihat skrin telefon. Masing-masing saling berpandangan sehingga telefon Fairuz senyap dengan sendiri. Yusra menarik nafas lega bila telefon itu diam. Namun sekali lagi telefon pintar Fairuz berbunyi. Fairuz melihat skrin telefonnya, 'Qazrina' lagi. Fairuz serba salah. Mahu menjawab panggilan itu ataupun tidak.      "Jawab jelah, mana lah tahu, kot-kot urgent." Yusra bersuara mematikan renungan Fairuz pada telefonnya. Sedikit bingit telinganya mendengar lagu entah apa tajuk tu menjerit minta dijawab panggilan telefon.
Read more
Bab 36 : CBYS
"Papa, Pak Ngah, sini tengok Mak Ngah," jerit Tengku Farhana. Tengku Farhan duduk di sisi Yusra, meminta maaf berkali-kali kerana rasa bersalah.         Tengku Furqan dan Tengku Fairuz bungkam seketika sebelum masing-masing bergegas bangun menghampiri Yusra yang sudah terduduk di atas batu-batu kecil di tepi kolam ikan koi.        "Kenapa ni Yusra?" tanya Fairuz kerisauan. Dia duduk dihadapan Yusra. Muka Yusra yang berkerut menahan sakit itu dipandang. Tangan Yusra memegang pegelangan kaki.        "Mak Ngah jatuh tadi masa kejar abang." Mendengarkan jawapan yang keluar dari mulut Tengku Farhana, membuatkan Fairuz mencerun pandangan pada Yusra. Tengku Farhan sudah berlari ke sebelah Papanya takut dimarahi Pak Ngahnya.        "Seronok main kejar-kejar sampai lupa awak tu dah jadi isteri orang?" j
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status