Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)

SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)

Iqmal Izzat
Pertemuan antara Amir dan Sofea, menggelopakkan bunga-bunga cinta menjadi kalungan indah. Melakar satu impian untuk direalisasikan bersama. Tetapi, mereka dipisahkan kerana perbezaan darjat yang ibarat langit dengan bumi. Mereka bertemu semula di perantauan setelah bertahun berpisah, tetapi segalanya telah berubah. Sementara Syahir di tanah air, tidak pernah berhenti meneroka ke setiap lorong dan lokasi yang penuh dengan noda dan kegelapan untuk mencari si Salina. Dengan niat untuk menyatukan kembali keluarga sahabatnya, supaya janji yang telah dipateri oleh Amir kepada ibunya dapat ditunaikan. Menyuntik semangat juang tidak semudah menarik rambut di dalam tepung. Sememangnya terlalu payah untuk mencipta bahagia yang seindah pelangi, kerana hujan panas terlebih dahulu membasahi perjuangan mereka.
3.4K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
MY HEROINE TUANKU PUTERI

MY HEROINE TUANKU PUTERI

Angel_k20
WARDAH AZKIYA - Setelah tiga tahun berkelana di negara orang, akhirnya dia pulang ke tanah air. Namun, tugasnya sebagai doktor psikiatri tiba-tiba bertukar berat apabila hanya dia sahaja yang boleh menyedarkan kapten pasukan Psychic Eagle daripada koma. AHWAZ ZULFAN - Disebabkan permainan maya bernama RS, atlet e-sport negara yang disegani dunia ini terkandas di dalam dunia digital. Gara-gara Reaper, jasadnya statik di alam realiti, namun jiwanya terperangkap di dalam BTA2121. "Sudikah tuan hamba mengikut beta pulang, Kazz?" - Puteri Indah Kencana. "Siapa kau sebenarnya... tuanku puteri?" - Sultan Nadim Alam. Di saat Wardah berjaya mengembalikan memori Ahwaz, Reaper muncul menuntut dirinya. Kata lelaki itu, Puteri Indah Kencana adalah miliknya. Baik Ahwaz ataupun lelaki lain, mereka semua tidak boleh menjadikan Wardah sebagai isteri mereka. Masa kian menghambat, Wardah tertambat. Jika dia terlambat, maka Ahwaz akan bersemadi di dunia digital. Dia... tidak mahu perkara itu terjadi. Selama-lamanya, jejaka itu adalah belahan jiwanya walaupun hubungan mereka tidak direstui. Jadi, walau apa pun yang berlaku, dia bertekad untuk menjadi heroin yang akan menyelamatkan heronya. Bunny kan, hanya milik Kazz seorang!
3.2K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
Penerbangan Cinta Kau & Aku (Bahasa Malaysia)

Penerbangan Cinta Kau & Aku (Bahasa Malaysia)

HeyL AryaN
Aryan Syah... Seorang jejaka kacukan melayu dan arab. Berusia 28 tahun dan membesar di Abu Dhabi, UAE. Bekerja sebagai seorang juruterbang. Impiannya untuk berpindah ke Kuala Lumpur Malaysia adalah untuk mencari ayah kandungnya yang terpisah semenjak 25 tahun yang lalu. Dia juga diterima sebagai juruterbang di syarikat penerbangan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Di hari pertamanya menjalankan tugas bersama syarikat penerbangan terbarunya, satu insiden yang telah mempertemukan Aryan Syah dengan Ezma Umaira... "Helo! Apa ni? Lain kali berjalan tu mata pandang depan! Jangan main langgar aje! Apa, ingat kita ni awan ke apa? Main langgar aje!" _ Ezma Umaira. "Err... sorry, I yang silap. Tergesa-gesa sangat tad." _ Aryan Syah. "Sorry-sorry naik lori! Dah... ke tepi sikit, nak cepat ni." _ Ezma Umaira. Tanpa disedari, mereka ditugaskan di dalam penerbangan yang sama. Semenjak itu, mereka kerap berjumpa dan ditugaskan dalam satu penerbangan yang sama. Bermula dari pertelingkahan dan salah faham antara mereka, kini kedua-duanya umpama anjing dengan kucing namun tanpa disedari bibit-bibit cinta juga berputik dan hubungan mereka direstui oleh kedua-dua pihak. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ribut di tengah hari. Di saat kebahagiaan hidup berumahtangga dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka, kehadiran Adriana Sofea, yang sudah lama mengenali Aryan Syah dan menagih cinta dari jejaka itu menyebabkan hubungan mereka dilanda badai taufan. Lebih-lebih lagi ketika Adriana Sofea ditugaskan bersama dalam penerbangan yang diketuai oleh Aryan Syah dan terpaksa berjauhan dengan isteri dan keluarganya, Adriana Sofea mengambil peluang keemasan itu untuk menambat hati Aryan Syah. Berjayakah niat jahat Adriana Sofea untuk mencuri hati Aryan Syah? Bagaimana kesudahannya dan apa yang akan Ezma Umaira lakukan?
102.8K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
282930313233
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status