Lucian D'Ambrosio
Beberapa perahu terbalik apabila sebuah kapal persiaran moden yang mewah dan canggih muncul di permukaan air pada posisi yang sama seperti posisi kapal layar tadi tenggelam.
Kapal persiaran itu, nampak megah dan mahal. Seakan-akan hotel bertingkat-tingkat dibina di atas kapal itu. Gaya binaannya juga menjadikan orang yang berada di perahu tadi seperti berada di zaman yang berbeza. Mereka semua terpegun melihat kapal yang baru sahaja timbul itu, bagaikan melihat sesuatu yang datang dari masa hadapan. Di dinding kapal tersebut, terukir satu ungkapan.
'Lucian D'Ambrosio'
ตอนยอดนิยม