Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
Eleftheria (BAHASA MELAYU)

Eleftheria (BAHASA MELAYU)

Asterly
Cinta pertama, Selalu dikatakan cinta pertama adalah cinta yang terus melekat di hati. Sukar sekali hati ini melupakan orang pertama yang membuat hati berdetak laju dan nafas bagai tersekat di dada. Bagaimana pula dengan cinta yang menghadirkan kelukaan di hati seseorang seperti Shayra? Cinta yang memaksanya menukar nama dan identiti. Dari Shayra ke Qistina. Tatkala hati sudah nekad mahu hidup tanpa cinta, hadir duda anak satu Eijaz yang mengajar Shayra cinta juga satu kebahagiaan. "Awak tak akan boleh terima saya sekiranya masa lalu saya terbuka di hadapan awak." - Qistina. "Masa lalu saya juga penuh kegelapan, Qis. Apa kata kita cuba bawa cahaya kembali ke dalam kehidupan kita?"-Eijaz Cinta mula bersemai di hati ketika dia mendapat berita ayahnya meninggal di dalam satu kebakaran. Kembali ke tempat yang membuat hatinya terluka membuka lembaran yang menakutkan buat Shayra. "Tik tok, tik tok. Hanya aku saksi pembunuhan yang kau lakukan. Hari ini ayahmu, esok siapa yang tahu?" Nota misteri itu mula menjadi mimpi ngeri buat Qistina. Dia mula mempersoalkan kebakaran yang akhirnya membunuh ayahnya. Mampukah dia mempertahan cintanya ketika nyawa orang yang dia sayangi terancam? Siapa pula yang berdendam sehingga tidak mampu melihat senyum di wajah Qistina. NOTE 1. COVER DARI PEXELS (FREE) 2. ELEFTHERIA berasal dari perkataan Greek membawa maksud Freedom (kebebasan)
106.7K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)

Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)

Fazilah Rahman
Cinta tak kesampaian mengisahkan tentang Ainan yang jatuh cinta dengan rakan sekerjanya. Konflik yang berlaku dalam rumahtangga Ainan dan Aazad yang telah lama berlaku membuatkan Ainan semakin tertekan. Setiap hari Ainan pasti akan mempamerkan wajah yang ceria demi menutup segala kelukaan dan tekanan yang dihadapinya. Sikap Aazad yang sentiasa acuh tidak acuh dengan perasaan Ainan semakin mendera emosi Ainan dan membuatkan Ainan semakin tertekan. Keculasan Aazad dalam pemberian nafkah juga telah mendera emosi Ainan. Tidak cukup dengan itu, sikap Aazad yang mula naik tangan membuatkan Ainan semakin tertekan. Sikap ambil berat Ridhwan telah membuahkan rasa kasih dan cinta di dalam hati Ainan. Namun mengenangkan statusnya sebagai isteri orang, Ainan terpaksa memendam perasaan. Ridhwan yang telah tertarik dengan Ainan ketika kali pertama bertentang mata turut terluka apabila mengetahui apa yang telah menimpa Ainan. Satu hari Ridhwan bertindak berani dengan meluahkan rasa sayang dan cintanya kepada Ainan. Apakah penerimaan Ainan saat mengetahui bahawa Ridhwan juga mempunyai perasaan yang sama? Apa pula yang berlaku dalam rumahtangga Ainan dan Aazad? Menyintaimu adalah satu anugerah. Jika aku mampu memilikimu, tidak mungkin akan aku sia-siakan. ~Ridhwan Hadirmu mendamaikan hatiku. Membuahkan rasa bahagia yang selalu aku dambarkan. Terasa sentiasa disayangi dan dihargai. Namun aku sedar siapa aku. ~Ainan Memilikimu sebagai suri hatiku adalah anugerah yang terindah dalam hidupku. Kau hadirkan rasa bahagia yang tidak pernah aku kecapi. Maaf kerana aku gagal membahagiakan mu. ~Aazad
103.7K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
303132333435
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status