Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)

Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)

Fayyadh Rizqi - Nur Qaseh Maisarah!! Nur Qaseh Maisarah - Selamat tinggal Fayyadh! Nur Qaseh Maisarah, nama seindah orangnya. Tetapi, nasib selalu tidak menyebelahinya. Dia selalu bernasib malang dalam bab percintaan. Ammar Mukhriz - Qaseh, awak terlalu baik untuk saya. Setiap lelaki yang datang dalam hidupnya bagaikan hanya sebuah persinggahan. Dia tidak jauh berbeza dengan hentian rehat di R&R. Hafiz Amsyar - Saya akan jadi orang pertama yang akan datang meminang awak. Setiap yang datang akan memberi harapan dan janji-janji yang belum pasti. Dia juga bodoh kerana terlalu cepat percaya. Padahal sudah banyak kali terkena. Fidaiy - Qaseh, are you okay? Iman - Will you marry me? Kehadiran Fidaiy mencuit lagi hatinya. Sikap mengambil berat yang dipamerkan oleh lelaki itu membuatkan dia sentiasa rasa selamat. Pada masa yang sama, teman lamanya kembali menghubungi dia dan menyatakan hasratnya yang sudah lama berputik. Siapakah yang akan memiliki hatinya? Pada siapakah yang harus dia percaya? Adakah dia bakal menjadi tempat persinggahan untuk ke sekian kalinya? Segalanya bakal terungkai di dalam “Akhiri Kisah Cinta Ku”.
Romance
104.0K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
MY HEROINE TUANKU PUTERI

MY HEROINE TUANKU PUTERI

Angel_k20
WARDAH AZKIYA - Setelah tiga tahun berkelana di negara orang, akhirnya dia pulang ke tanah air. Namun, tugasnya sebagai doktor psikiatri tiba-tiba bertukar berat apabila hanya dia sahaja yang boleh menyedarkan kapten pasukan Psychic Eagle daripada koma. AHWAZ ZULFAN - Disebabkan permainan maya bernama RS, atlet e-sport negara yang disegani dunia ini terkandas di dalam dunia digital. Gara-gara Reaper, jasadnya statik di alam realiti, namun jiwanya terperangkap di dalam BTA2121. "Sudikah tuan hamba mengikut beta pulang, Kazz?" - Puteri Indah Kencana. "Siapa kau sebenarnya... tuanku puteri?" - Sultan Nadim Alam. Di saat Wardah berjaya mengembalikan memori Ahwaz, Reaper muncul menuntut dirinya. Kata lelaki itu, Puteri Indah Kencana adalah miliknya. Baik Ahwaz ataupun lelaki lain, mereka semua tidak boleh menjadikan Wardah sebagai isteri mereka. Masa kian menghambat, Wardah tertambat. Jika dia terlambat, maka Ahwaz akan bersemadi di dunia digital. Dia... tidak mahu perkara itu terjadi. Selama-lamanya, jejaka itu adalah belahan jiwanya walaupun hubungan mereka tidak direstui. Jadi, walau apa pun yang berlaku, dia bertekad untuk menjadi heroin yang akan menyelamatkan heronya. Bunny kan, hanya milik Kazz seorang!
3.2K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
Shh... ( BAHASA MALAYSIA )

Shh... ( BAHASA MALAYSIA )

Halima Abdul Muis
Mahligai Seri Pelangi adalah sebuah tempat yang menggilis nasib dan juga impian para anak yatim piatu berkenaan. Sisi gelap pun muncul sebaik sahaja diri mereka ditempatkan di sana. Ia sekaligus menyebabkan mangsa-mangsa keadaan itu merubah persepsi mereka yang sepatutnya dilindungi jua dikasihi. Cerita mereka tidak seindah yang tertera pada papan tanda rumah kebajikan tersebut. Mereka diseksa-dimarahi serta dipukul setiap hari oleh pihak yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Hal itu membuatkan kesemua mereka ingin lari kerana tidak tahan lagi. Sehinggalah ada sebuah tragedi hitam yang mengakibatkan banyak nyawa melayang. Puncanya tiada siapa yang tahu. Namun begitu, seorang gadis yang bernama Fio telah selamat daripada terus tenggelam dalam lubuk neraka ciptaan manusia berkenaan. Fio berfikir, dia boleh selamat setelah keluar dari sana. Ternyata, tidak. Trauma menghantui. Kekesalan menghambat diri. Perlahan-lahan, segala asbab pun terungkai selepas dia menemui sesuatu iaitu... jeritan maut dari dalam peti.
92.4K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
272829303132
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status