Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]

Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]

nurshaza
Hidup penuh dengan unsur kemisterian membuatkan kehidupannya terumbang-ambing. Sekejap ke sini kemudian sekejap ke sana. Seorang demi seorang yang wujud dalam hidupnya sehingga terjadinya cinta empat segi tanpa sengaja. "Aara, you will be mine. I fall in love with you, my dear." - AHMED IVANDER Tanpa dia sedar, dirinya sudah membuatkan lelaki yang merupakan majikannya sendiri jatuh hati pada dirinya dalam diam. Walhal lelaki itu sudah berumah tangga. "Saya mohon. Bagilah saya peluang. Peluang terakhir." - ARIF HALFI Munculnya suami yang tidak menjadi membuatkan kehidupannya semakin bercelaru. Dirinya sendiri buntu. "Aku nampak air mata kau jatuh. And you can't lie to me. Don't be a liar. I hate it." - RERY EL-SHARIF Berjumpa pula dengan seorang lelaki yang suka menyakitkan hati. Bertambah-tambah serabut hidupnya begini. "Apa yang aku tahu, Tuhan uji kau sebab Tuhan tau yang kau kuat." - RAE EL-SHARIF Si adik kepada lelaki yang menyakitkannya itu pandai pula menenangkan hatinya. Tapi tidak kekal. Tak lama itu, Rae bersikap dingin dengannya. Dia sendiri tidak tahu apa kesilapannya pada lelaki itu. "Aku akan kembali dekat kau. Kau tunggu aku..." - RERY EL-SHARIF Air mata menjadi teman setiap kehidupannya hariannya. Siapa yang sebenarnya berjaya menghuni hatinya? Dan kenapa hidupnya perlu ada perpisahan? Tidak layakkan untuk dia bahagia?
105.1K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)

GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)

Rabetkha
Senyum... kerana senyum, aku hilang orang yang aku sayang. Aku tak akan biarkan senyuman itu mekar dibibir aku lagi. Esra Elvina. Hidupnya di masa lalu menjadikan dia seorang yang dingin dan terlihat misteri. Bibirnya yang tidak pernah mengukir senyum membuatkan orang sekeliling menganggapnya manusia pelik. Dia merupakan pembantu peribadi 'segera' kepada selebriti terkenal, Erbach Arsalan. Kehadirannya di dalam Villa Edmond, telah membuatkan kehidupan lelaki itu menjadi huru-hara. Perkenalan mereka bermula dengan pergaduhan. Sikap Elvina yang tidak mudah untuk dibuli membuatkan Erbach Arsalan tercabar. Lelaki itu mencuba pelbagai cara untuk menyingkirkan Elvina, tetapi gagal. Pelbagai adegan lucu dan pergaduhan wujud ketika dia menjalankan misi untuk 'menyingkir' si gadis. Tanpa Erbach menyangka, Elvina telah mengambil berat terhadapnya walaupun dia melayan Thufaila bagaikan boneka. Sikap Elvina yang sedemikian rupa membuatkan hati Erbach terjentik perasaan bahagia. Namun, kerana ego dia hanya menafikan perasaannya. Erbach Arsalan hidup dalam suasana yang serba mewah sejak kecil. Tetapi dia merasa sunyi kerana hidup dalam suasana yang mementingkan harta berbanding kasih dan sayang. Setelah mengenali sikap sebenar Elvina, dia dapat merasakan kehangatan kasih sayang yang telah Elvina pamerkan depannya, walaupun kasih itu tidak pernah terlafaz dari bibir. "Aku selalu berjanji dengan diri aku supaya menjaga kau, selagi kau perlukan aku. Jadi, izinkan aku jadi pelindung tak bersayap kau." Erbach Arsalan terpanar. Setiap butir bicara yang terpacul dari bibir si gadis, seolah-olah membawa maksud tersirat. Janji? Kenapa dia perlu berjanji untuk menjaganya? "Kau hadir tak diundang, tiba-tiba nak jadi guardian angel untuk aku pula. Jangan susahkan hidup kau untuk aku!" "I know who are you, and i still remember the first day I meet you." Siapa dia yang sebenarnya? kenapa dia hadir bagai suatu misteri?
103.8K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Akhiri Penderitaanku

Akhiri Penderitaanku

Aireen Arianna
Difitnah dan ditinggalkan oleh si suami menjadi titik permulaan derita hidup Roselle Riana. Lebih teruk lagi apabila dia disahkan hamil. "Macam mana nasib anak aku nanti! Macam mana Hana! Aku tak kuat!"- Roselle Riana. "Aku yakin kau mampu Ros, aku sentiasa ada untuk kau. Bangkit demi anak kau!"- Hana Umaira Empat tahun berlalu, Roselle bahagia bersama anaknya namun dugaan lain pula datang menimpa. "Ziyad perlukan pembedahan segera, nyawa nya dalam bahaya" Bagaimana? Bagaimana dia mahu mencari duit sebanyak dua puluh ribu? Suaminya dijumpai demi menyelamatkan nyawa si permata hati. "Kalau awak masih tak percaya Ziyad tu anak awak, pergi buat ujian DNA. Itu akan menjadi bukti yang saya tak pernah bersalah"- Roselle Riana. "Baiklah aku akan bantu kau, tapi... ada syaratnya" - Zhafran Cairil Ingatlah bahawa peluang kedua tidak ada bagi yang tidak pernah menghargai.
2.4K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
404142434445
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status