Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]

Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]

Pink Rose
Tiga orang jejaka tampan yang berkerjaya sebagai penyiasat persendirian atau Personal Spy, tentu saja wajah mereka sentiasa serius dan tegang. Lebih-lebih lagi tika menjalankan tugas. Namun siapa sangka, mereka bertiga ini memiliki pribadi yang penyayang apabila mereka menggalas tugas sebagai PAPA kepada seorang gadis kecil bernama Naurah. Naurah Aulia Binti Zahaedi. Gadis kecil berusia 5 tahun itu merupakan anak kepada salah saorang dari ketiga jejaka tersebut. Dia amat mendamba kehadiran seorang mama dari papanya, sebagai pengganti Rania, wanita yang telah meninggal dunia ketika melahirkannya. Namun, Zahaedi atau lebih mesra disapa Zd itu sudah lama mengunci pintu hatinya untuk mana-mana wanita, selepas pemergian Rania. Lalu bagaimana dia hendak memenuhi keinginan anaknya? Maleek. Salah satu dari mereka yang turut membahasakan dirinya Papa kepada Naurah. Telah terjebak menjalankan sebuah tugas khusus yang kurang digemarinya. Iaitu menjaga dan mengawasi anak gadis kepada seorang VVIP bernama Puteri Zaharah. Gadis yang berpewatakan liar itu kerap membuat dirinya meradang apabila ia enggan memberi kerjasama. Dengan pakaian yang serba terbuka, Puteri Zaharah kerap kali membuat Maleek hampir tewas. Mujur iman didada masih menghalang dirinya dari terus hanyut kedalam buai cinta Puteri Zaharah. Namun, mampukah dia bertahan jika begini berterusan? Ataukah cintanya memang telah ditakdirkan buat Puteri Zaharah? Lalu bagaimana dengan Zahaedi dan anaknya? Mampukah dia memenuhi permintaan gadis kecil itu.
3.0K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Miliki Bayangmu (Malaysia)

Miliki Bayangmu (Malaysia)

Flizwn 33
"Walaupun saya masih hidup, awak boleh berkahwin dengan orang lain, kan?" Hanzalah berpaling ke belakang, memandang Khadeeja yang tegak berdiri merenungnya tanpa segarit senyuman. Cuba memahami ayat yang diluahkan isterinya itu. "Tapi... kalau saya nak kahwin dengan orang lain, awak kena mati dulu... kan?" Tenang Khadeeja bersuara dengan mata yang terkedip lemah. Nafas perlahan terhembus di antara dua bibir yang terbuka sedikit. Hanzalah menelan air liur apabila tekak terasa kering. Matanya menangkap pemutar skru yang dicari sedari tadi, kini digenggam erat di tangan Khadeeja. _______________________________________ Kejadian misteri yang terjadi semakin menguji perkahwinan tanpa cinta mereka. Bergelut untuk meneruskan kehidupan bersama dan mencari sebab untuk mengekalkannya Memang susah bila hidup dengan dia yang asing. Memang susah untuk berkongsi kehidupan peribadi. Memang susah bila terasa kita berjuang sendiri. Tapi sebenarnya, lebih susah bila kita tak pernah usaha untuk membuka hati.
102.5K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
67891011
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status