Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)

SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)

Iqmal Izzat
Pertemuan antara Amir dan Sofea, menggelopakkan bunga-bunga cinta menjadi kalungan indah. Melakar satu impian untuk direalisasikan bersama. Tetapi, mereka dipisahkan kerana perbezaan darjat yang ibarat langit dengan bumi. Mereka bertemu semula di perantauan setelah bertahun berpisah, tetapi segalanya telah berubah. Sementara Syahir di tanah air, tidak pernah berhenti meneroka ke setiap lorong dan lokasi yang penuh dengan noda dan kegelapan untuk mencari si Salina. Dengan niat untuk menyatukan kembali keluarga sahabatnya, supaya janji yang telah dipateri oleh Amir kepada ibunya dapat ditunaikan. Menyuntik semangat juang tidak semudah menarik rambut di dalam tepung. Sememangnya terlalu payah untuk mencipta bahagia yang seindah pelangi, kerana hujan panas terlebih dahulu membasahi perjuangan mereka.
3.4K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
Kekasih Hati Cik Dingin

Kekasih Hati Cik Dingin

HeyL AryaN
Perlanggaran yang tak dijangka telah mempertemukan Rayyan Zafrul dengan Zuriana Imani. "Maaf, saya tak sengaja." _ Zuriana Imani. "Hoi! Berjalan tu mata letak dekat mana? Kat lutut? Kat punggung?" _ Rayyan Zafrul. "Kan saya dah minta maaf..." _ Zuriana Imani. "Senang aje nak minta maaf, ni baju aku dah basah ni, nak buat macam mana?" _ Rayyan Zafrul. Semenjak peristiwa di restoran makanan ringan hari itu, mereka berdua kerap berjumpa dan hubungan mereka semakin rapat. Dalam diam Zuriana Imani jatuh cinta pada Rayyan Zafrul. Namun sebaik sahaja Rayyan Zafrul membaca diari milik Zuriana Imani dan mengetahui gadis itu mencintai dirinya dalam diam, segalanya berubah.
103.3K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)

MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)

Arena Yidin
“Jika aku salah kerana ada rasa ini padamu, maka salahlah semua apa yang ada di kehidupanku. Jika aku benar melunaskan rasa peduli pada Anak kecil ini hingga tumbuh dewasa, maka benarlah tanggungjawab yang kulakukan sejak dulu.” SUKRI Perjuangan Sukri dan Tini dalam membesarkan Natasha, anak Tina yang telah meninggal dunia menuntut banyak pengorbanan. Hingga satu masa, Tini sendiri merasa lelah untuk terus berjuang. Dia merasa kalah dengan himpitan kasih sayang silam. Begitu juga Sukri, berasa ingin mengundur diri saat keikhlasan dia tidak dihargai. “Tini dah tak sanggup lagi. Tasha bayangkan Kak Tina jadi mama dia. Tini terlupa yang Tini ini cuma pengasuhnya. Tini sudah kalah...” TINI Semuanya jadi berantakan setelah Natasha meningkat dewasa. Dia mempersoalkan semuanya. Bagi Natasha, dia berhak untuk memiliki ibu dan bapa seperti orang lain. Namun kenyataan Sukri dan Tini bukan ibu bapa kandungnya buat dia memberontak dan kecewa. “Kenapa mama dengan ayah nak marah? Tasha berhak tahu siapa ayah Tasha yang sebenar. Tasha tak kira, Tasha nak tahu semuanya...” NATASHA. Akhirnya, sebuah rahsia telah mengungkapkan segalanya. Namun segalanya menyesak dada. Kenyataan tak seindah impian. Hati Natasha dirobek dengan kenyataan yang ayah kandungnya adalah pemilik penghuni penjara. Dia malu dan merasa terhina. Sukri dan Tini pasrah dengan kenyataan. Sebuah dendam lama adalah titik dari segala yang Natasha lalui sekarang. Apakah Sukri dan Tini mampu bertahan, membesarkan Natasha yang sudah hilang semangat untuk meneruskan hidupnya?
103.8K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)

KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)

Airin Abdul
"Esok, tepat jam lapan pagi, kau mesti ada depan office aku. No more excusses Ain Nur Jannah. Kalau kau nak tengok muka gemuk kau viral, silakan bantah cakap aku" - Nuh Al-Edruz. "Huh! Hancur percutian aku. Tak guna betullah kau Nuh Al-Edruz. Dasar peguam gemuk!" - Ain Nur Jannah. Disebabkan satu kejadian yang berlaku, hidup Ain Nur Jannah sentiasa diburu. Langsung tiada ketenangan sejak kehadiran peguam gila Nuh Al-Edruz. Segalanya bagai dirancang dan perancangnya adalah peguam gila itu. "Aku mandul! Semua salah kau! Aku nak kau bertanggungjawab! Jadi isteri aku!" - Nuh Al-Edruz. Dapatkah Ain Nur Jannah menerima perkahwinan atas dasar penipuan? Penipuan yang sengaja dilakukan oleh seorang suami. Benarkah rasa benci tidak akan bertukar sayang? "Jangan tinggalkan abang, sayang. Abang sayangkan Ain. Abang cintakan Ain. Seluruh hidup Nuh Al-Edruz hanya untuk Ain Nur Jannah" - Nuh Al-Edruz. Bila kebenaran terungkap, adakah cinta lenyap? "Kalau kau sayangkan aku, kalau kau cintakan aku, lepaskan aku Nuh. Biar aku hidup tanpa bayangan kau. Kau tipu aku! Kau perangkap aku dalam hubungan gila ni! Atas dasar apa perkahwinan ini perlu dipertahankan lagi?" - Ain Nur Jannah. Kau Aku Kita Gemuk menyingkap rasa cinta yang berbeza. Cinta si gemuk buat si gemuk. Masihkah ada rasa bahagia buat mereka kecapi bersama?
103.3K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
333435363738
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status