Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)

Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)

Kasturi Madu
Berkahwin dengan kawan baik abah? Eiiuu bunyinya pun dah sangat menggelikan. Tapi apa pilihan yang Naura Khalisha ada apabila abah kesayangannya itu memaksa si anak gadis yang baru berusia 23 tahun itu menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki yang telah pun berusia hampir 47 tahun itu. Mahu pitam dia dibuatnya. Hafiz Rahim tak menyangka jodoh yang ditunggu-tunggu selama ini adalah anak kawan baiknya sendiri. Dia dengan hati yang terbuka menerima Naura sebagai isterinya yang sah. Bermacam ragam Hafiz kena hadap apabila menjadi suami kepada Naura. Naik pening kepalanya harus melayan tingkah Naura. Kadang-kadang Naura seperti sengaja mahu menguji tahap kesabarannya. Elok melayari bahtera perkahwinan, satu rahsia yang disimpan kemas oleh Hafiz terbongkar juga. Hati yang sudah diberikan kepada lelaki yang bergelar suaminya itu hancur remuk. Naura benar-benar dirundum rasa kecewa. "Sampai hati pak cik tipu saya," - Naura Khalisha. "Abang takde niat pun nak tipu Naura sayang," - Hafiz Rahim. Adakah mereka akan kekal menjadi suami isteri atau perpisahan adalah jalan terbaik buat Naura dan Hafiz? Dan apakah rahsia sebenarnya yang telah disembunyikan oleh Hafiz daripada pengetahuan Naura?
1011.6K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)

SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)

Iqmal Izzat
Pertemuan antara Amir dan Sofea, menggelopakkan bunga-bunga cinta menjadi kalungan indah. Melakar satu impian untuk direalisasikan bersama. Tetapi, mereka dipisahkan kerana perbezaan darjat yang ibarat langit dengan bumi. Mereka bertemu semula di perantauan setelah bertahun berpisah, tetapi segalanya telah berubah. Sementara Syahir di tanah air, tidak pernah berhenti meneroka ke setiap lorong dan lokasi yang penuh dengan noda dan kegelapan untuk mencari si Salina. Dengan niat untuk menyatukan kembali keluarga sahabatnya, supaya janji yang telah dipateri oleh Amir kepada ibunya dapat ditunaikan. Menyuntik semangat juang tidak semudah menarik rambut di dalam tepung. Sememangnya terlalu payah untuk mencipta bahagia yang seindah pelangi, kerana hujan panas terlebih dahulu membasahi perjuangan mereka.
3.3K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
Penerbangan Cinta Kau & Aku (Bahasa Malaysia)

Penerbangan Cinta Kau & Aku (Bahasa Malaysia)

HeyL AryaN
Aryan Syah... Seorang jejaka kacukan melayu dan arab. Berusia 28 tahun dan membesar di Abu Dhabi, UAE. Bekerja sebagai seorang juruterbang. Impiannya untuk berpindah ke Kuala Lumpur Malaysia adalah untuk mencari ayah kandungnya yang terpisah semenjak 25 tahun yang lalu. Dia juga diterima sebagai juruterbang di syarikat penerbangan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Di hari pertamanya menjalankan tugas bersama syarikat penerbangan terbarunya, satu insiden yang telah mempertemukan Aryan Syah dengan Ezma Umaira... "Helo! Apa ni? Lain kali berjalan tu mata pandang depan! Jangan main langgar aje! Apa, ingat kita ni awan ke apa? Main langgar aje!" _ Ezma Umaira. "Err... sorry, I yang silap. Tergesa-gesa sangat tad." _ Aryan Syah. "Sorry-sorry naik lori! Dah... ke tepi sikit, nak cepat ni." _ Ezma Umaira. Tanpa disedari, mereka ditugaskan di dalam penerbangan yang sama. Semenjak itu, mereka kerap berjumpa dan ditugaskan dalam satu penerbangan yang sama. Bermula dari pertelingkahan dan salah faham antara mereka, kini kedua-duanya umpama anjing dengan kucing namun tanpa disedari bibit-bibit cinta juga berputik dan hubungan mereka direstui oleh kedua-dua pihak. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ribut di tengah hari. Di saat kebahagiaan hidup berumahtangga dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka, kehadiran Adriana Sofea, yang sudah lama mengenali Aryan Syah dan menagih cinta dari jejaka itu menyebabkan hubungan mereka dilanda badai taufan. Lebih-lebih lagi ketika Adriana Sofea ditugaskan bersama dalam penerbangan yang diketuai oleh Aryan Syah dan terpaksa berjauhan dengan isteri dan keluarganya, Adriana Sofea mengambil peluang keemasan itu untuk menambat hati Aryan Syah. Berjayakah niat jahat Adriana Sofea untuk mencuri hati Aryan Syah? Bagaimana kesudahannya dan apa yang akan Ezma Umaira lakukan?
102.7K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
161718192021
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status