Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]

Papa-Papaku Mr. Spy [Bahasa Malaysia]

Pink Rose
Tiga orang jejaka tampan yang berkerjaya sebagai penyiasat persendirian atau Personal Spy, tentu saja wajah mereka sentiasa serius dan tegang. Lebih-lebih lagi tika menjalankan tugas. Namun siapa sangka, mereka bertiga ini memiliki pribadi yang penyayang apabila mereka menggalas tugas sebagai PAPA kepada seorang gadis kecil bernama Naurah. Naurah Aulia Binti Zahaedi. Gadis kecil berusia 5 tahun itu merupakan anak kepada salah saorang dari ketiga jejaka tersebut. Dia amat mendamba kehadiran seorang mama dari papanya, sebagai pengganti Rania, wanita yang telah meninggal dunia ketika melahirkannya. Namun, Zahaedi atau lebih mesra disapa Zd itu sudah lama mengunci pintu hatinya untuk mana-mana wanita, selepas pemergian Rania. Lalu bagaimana dia hendak memenuhi keinginan anaknya? Maleek. Salah satu dari mereka yang turut membahasakan dirinya Papa kepada Naurah. Telah terjebak menjalankan sebuah tugas khusus yang kurang digemarinya. Iaitu menjaga dan mengawasi anak gadis kepada seorang VVIP bernama Puteri Zaharah. Gadis yang berpewatakan liar itu kerap membuat dirinya meradang apabila ia enggan memberi kerjasama. Dengan pakaian yang serba terbuka, Puteri Zaharah kerap kali membuat Maleek hampir tewas. Mujur iman didada masih menghalang dirinya dari terus hanyut kedalam buai cinta Puteri Zaharah. Namun, mampukah dia bertahan jika begini berterusan? Ataukah cintanya memang telah ditakdirkan buat Puteri Zaharah? Lalu bagaimana dengan Zahaedi dan anaknya? Mampukah dia memenuhi permintaan gadis kecil itu.
3.1K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Keutuhan Cinta

Keutuhan Cinta

Tengku nurnabilah
Angkara dia perhubungan Farhan dan Nadia Jamine hancur. Lebih teruk apabila pernikahan mereka hampir dibatalkan oleh disebabkan orang ketiga dalam perhubungan mereka. “Aku sanggup tunggu dia selama tiga tahun tetapi kenapa dia buat aku macam ni, huh!? ”- Nadia “Kau harus banyakkan bersabar dan kuat. Kau perlu tahu aku sentiasa ada bersama dengan kau”- Amalina Setelah beberapa minggu Nadia dan Farhan mula untuk berbaik namun ada lagi permasalahan yang timbul. Munculnya orang ketiga dengan perasaan yang tidak bersalah iaitu Zety. Bagaimana? bagaimana Nadia harus kuat untuk menghadapi semua permasalahan ini. “Ini semua salah faham Nadia, awak perlu dengar penjelasan dari saya dahulu sebelum awak membuat keputusan yang salah”- Farhan “Apa lagi penjelasan yang awak mahu beritahu kepada saya, saya sudah lihat semuanya dengan mata saya”- Nadia “Tak, ini bukan salah faham. Farhan beritahu sajalah perkara sebenar kepada Nadia tentang perhubungan kita sudah hampir dua bulan”- Zety “Apa!? Perhubungan korang dah hampir dua bulan? Awak memang penipu Farhan saya benci awak! - Nadia Ingatlah bahawa perasaan bukan satu permainan yang boleh dibuat main. Seseorang wanita akan terus menyayangi dan mencintai lelaki itu jika dia jujur terhadapnya jika seorang wanita itu terlalu sakit hati dan akan membuat keputusan yang luar jangkaan. Hargai lah seseorang sebelum kehilanganya.
2.9K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)

KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)

Airin Abdul
"Esok, tepat jam lapan pagi, kau mesti ada depan office aku. No more excusses Ain Nur Jannah. Kalau kau nak tengok muka gemuk kau viral, silakan bantah cakap aku" - Nuh Al-Edruz. "Huh! Hancur percutian aku. Tak guna betullah kau Nuh Al-Edruz. Dasar peguam gemuk!" - Ain Nur Jannah. Disebabkan satu kejadian yang berlaku, hidup Ain Nur Jannah sentiasa diburu. Langsung tiada ketenangan sejak kehadiran peguam gila Nuh Al-Edruz. Segalanya bagai dirancang dan perancangnya adalah peguam gila itu. "Aku mandul! Semua salah kau! Aku nak kau bertanggungjawab! Jadi isteri aku!" - Nuh Al-Edruz. Dapatkah Ain Nur Jannah menerima perkahwinan atas dasar penipuan? Penipuan yang sengaja dilakukan oleh seorang suami. Benarkah rasa benci tidak akan bertukar sayang? "Jangan tinggalkan abang, sayang. Abang sayangkan Ain. Abang cintakan Ain. Seluruh hidup Nuh Al-Edruz hanya untuk Ain Nur Jannah" - Nuh Al-Edruz. Bila kebenaran terungkap, adakah cinta lenyap? "Kalau kau sayangkan aku, kalau kau cintakan aku, lepaskan aku Nuh. Biar aku hidup tanpa bayangan kau. Kau tipu aku! Kau perangkap aku dalam hubungan gila ni! Atas dasar apa perkahwinan ini perlu dipertahankan lagi?" - Ain Nur Jannah. Kau Aku Kita Gemuk menyingkap rasa cinta yang berbeza. Cinta si gemuk buat si gemuk. Masihkah ada rasa bahagia buat mereka kecapi bersama?
103.6K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)

TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)

Sistqah
Isya Rasyuka jatuh cinta buat pertama kali di dalam hidupnya. Lelaki bertuah itu adalah Aqif Azka. Ketampanan dan sifat gentleman lelaki itu sangat menepati ciri-ciri lelaki idamannya. "Aku nak tegur dia tapi aku takut dia tak layan. Aku nak puji dia hensem tapi aku takut dia label aku pelik pulak. Aku nak beritahu dia yang aku sukakan dia tapi aku takut dia gelak. Wahai Aqif Azka, kalau kau nak tahu, aku selalu senyum macam orang gila bila nampak kau. Bila kau nak notice aku?" - ISYA RASYUKA Bagi Aqif Azka pula, dia langsung tidak rasa bertuah apabila mengetahui dirinya disukai oleh Isya Rasyuka. Dia menyampah kerana Isya Rasyuka sentiasa berusaha untuk mendekatinya. Dia merancang sesuatu dengan rakan-rakannya agar Isya Rasyuka tidak lagi suka padanya. Rancangannya berjaya dan Isya Rasyuka tidak lagi mendekatinya malah perempuan itu pula yang menghindarkan diri daripada bertemu dengannya. "Kenapa dengan aku ni? Takkanlah aku jealous tengok dia dengan mamat tu? Eh, buat apa pulak aku nak jealous? Aku bukan suka dia pun." - AQIF AZKA Kemunculan Adi Adham sebagai penyelamat Isya Rasyuka pada malam rancangan itu berlaku telah membuka ruang hati Isya Rasyuka untuk bercinta lagi. Layanan yang diberikan oleh Adi Adham membuatkan Isya Rasyuka merasakan cinta itu indah. Namun siapa sangka Adi Adham menyimpan sebuah rahsia besar. "I bukan yang terbaik tapi I janji, I akan mencintai you sepenuh hati." - ADI ADHAM Berjayakah Isya Rasyuka menemui cinta sejati? Atau cinta sejati hanyalah cerita dongeng semata-mata?
103.5K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
12
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status