Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)

Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)

Sm.mh
Yusra Saidah. Nama yang cukup indah. Raut wajah yang mampu menggetarkan hati seorang lelaki bernama Tengku Faiz Iskandar. Sekilas pandang dia tahu gadis itu turut menyukainya. Rezeki bagaikan turut menyebelahinya. Ada makna rupanya disebalik kepulangannya ke Malaysia, cuti semester kali ini. Namun, itu 7tahun berlalu. Dan hari ini, Yusra Saidah. Meskipun hanya menatap sekeping gambar gadis itu, Tengku Fairuz tahu hatinya sudah terpaut. Kerana janji yg terpatri antara dua insan, telah mengikat satu ikatan suci antara mereka. Yusra Saidah milik Tengku Fairuz sepenuhnya. Tiada sesiapa yang mampu menidakkannya. "Bukan senang untuk aku hidup dengan dia. Hati dia ada orang lain." Luah Tengku Fairuz kepada temannya, Syed Ammar. "Aku janji Shah, aku akan cuba cintakan suami aku seperti mana aku cintakan Abang Faiz dulu. Lagipun aku tahu Abang Faiz dah lama buang aku dari hati dia." Sayu suara Yusra Saidah bersama linangan air mata di pipi. "Abang cari Idah. Merata abang cari tapi abang tak jumpa. Abang tak pernah lupakan Idah. Idah dah janji dengan abang, Idah akan tunggu abang balik tapi kenapa bila abang balik, Idah dah bahagia dengan dia?" - Tengku Faiz Dulu kita bahagia tapi bahagia kita tidak selamanya kerana Dia sudah tetapkan yang jodoh itu bukan milik kita. Betapa kuat kita menggengam, akhirnya kita sendiri yang akan terasa sakit.
103.5K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Miliki Bayangmu (Malaysia)

Miliki Bayangmu (Malaysia)

Flizwn 33
"Walaupun saya masih hidup, awak boleh berkahwin dengan orang lain, kan?" Hanzalah berpaling ke belakang, memandang Khadeeja yang tegak berdiri merenungnya tanpa segarit senyuman. Cuba memahami ayat yang diluahkan isterinya itu. "Tapi... kalau saya nak kahwin dengan orang lain, awak kena mati dulu... kan?" Tenang Khadeeja bersuara dengan mata yang terkedip lemah. Nafas perlahan terhembus di antara dua bibir yang terbuka sedikit. Hanzalah menelan air liur apabila tekak terasa kering. Matanya menangkap pemutar skru yang dicari sedari tadi, kini digenggam erat di tangan Khadeeja. _______________________________________ Kejadian misteri yang terjadi semakin menguji perkahwinan tanpa cinta mereka. Bergelut untuk meneruskan kehidupan bersama dan mencari sebab untuk mengekalkannya Memang susah bila hidup dengan dia yang asing. Memang susah untuk berkongsi kehidupan peribadi. Memang susah bila terasa kita berjuang sendiri. Tapi sebenarnya, lebih susah bila kita tak pernah usaha untuk membuka hati.
102.5K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Dendam: Darah Perampas Cinta

Dendam: Darah Perampas Cinta

Ameen Typewriter
Ben, lelaki yang aktif di waktu malam dalam melakukan kerja-kerja jahatnya, iaitu membunuh wanita dan lelaki. Setiap mangsanya adalah pasangan yang menjalinkan hubungan sulit di belakang pasangan halal masing-masing. Gerak kerjanya teratur, sehingga sukar dijejaki pihak polis. Oleh sebab itu, beliau mendapat gelaran Vampire of Bad Couple. Kehidupan Irfan Haziq bersama ahli keluarganya runtuh disebabkan hadirnya orang ketiga dalam rumah tangga ibu bapanya. Oleh sebab perasaan cinta, Zulaikha tegar meminta untuk diceraikan hanya kerana ingin bersama dengan kekasih gelapnya, Yusuf. Perkara tersebut menyebabkan dia memasang dendam yang mendalam terhadap ibu dan bapa tirinya.
102.1K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
272829303132
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status