Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
OBSES (BAHASA MALAYSIA)

OBSES (BAHASA MALAYSIA)

S.SYAZAN
Misteri kehilangan wanita secara misteri telah menimbulkan pelbagai persoalan. Dua orang lelaki kembar, Naqui dan Haris Naufal merupakan dalang di sebalik jenayah terancang ini. Mereka menjadi sasaran pihak polis walaupun kes mereka sentiasa di jaga pihak tertentu. Ikmal yang mendapat kes ini cuba merungkai rahsia mereka yang sentiasa menjadi berita utama wartawan. Dunia ini penuh dengan kegelapan dan tangan kotor yang mencemarkan dunia. Maka muncul seorang lelaki yang mempunyai gelaran sebagai malaikat maut membanteras jenayah dengan cara permainan penjenayah. Kejahatan perlu dibalas dengan kejahatan. Tiada lagi peluang kedua. Adakah rahsia mereka akan terbongkar?
3.3K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)

Cinta Tak Kesampaian (Bahasa Malaysia)

Fazilah Rahman
Cinta tak kesampaian mengisahkan tentang Ainan yang jatuh cinta dengan rakan sekerjanya. Konflik yang berlaku dalam rumahtangga Ainan dan Aazad yang telah lama berlaku membuatkan Ainan semakin tertekan. Setiap hari Ainan pasti akan mempamerkan wajah yang ceria demi menutup segala kelukaan dan tekanan yang dihadapinya. Sikap Aazad yang sentiasa acuh tidak acuh dengan perasaan Ainan semakin mendera emosi Ainan dan membuatkan Ainan semakin tertekan. Keculasan Aazad dalam pemberian nafkah juga telah mendera emosi Ainan. Tidak cukup dengan itu, sikap Aazad yang mula naik tangan membuatkan Ainan semakin tertekan. Sikap ambil berat Ridhwan telah membuahkan rasa kasih dan cinta di dalam hati Ainan. Namun mengenangkan statusnya sebagai isteri orang, Ainan terpaksa memendam perasaan. Ridhwan yang telah tertarik dengan Ainan ketika kali pertama bertentang mata turut terluka apabila mengetahui apa yang telah menimpa Ainan. Satu hari Ridhwan bertindak berani dengan meluahkan rasa sayang dan cintanya kepada Ainan. Apakah penerimaan Ainan saat mengetahui bahawa Ridhwan juga mempunyai perasaan yang sama? Apa pula yang berlaku dalam rumahtangga Ainan dan Aazad? Menyintaimu adalah satu anugerah. Jika aku mampu memilikimu, tidak mungkin akan aku sia-siakan. ~Ridhwan Hadirmu mendamaikan hatiku. Membuahkan rasa bahagia yang selalu aku dambarkan. Terasa sentiasa disayangi dan dihargai. Namun aku sedar siapa aku. ~Ainan Memilikimu sebagai suri hatiku adalah anugerah yang terindah dalam hidupku. Kau hadirkan rasa bahagia yang tidak pernah aku kecapi. Maaf kerana aku gagal membahagiakan mu. ~Aazad
103.6K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Miliki Bayangmu (Malaysia)

Miliki Bayangmu (Malaysia)

Flizwn 33
"Walaupun saya masih hidup, awak boleh berkahwin dengan orang lain, kan?" Hanzalah berpaling ke belakang, memandang Khadeeja yang tegak berdiri merenungnya tanpa segarit senyuman. Cuba memahami ayat yang diluahkan isterinya itu. "Tapi... kalau saya nak kahwin dengan orang lain, awak kena mati dulu... kan?" Tenang Khadeeja bersuara dengan mata yang terkedip lemah. Nafas perlahan terhembus di antara dua bibir yang terbuka sedikit. Hanzalah menelan air liur apabila tekak terasa kering. Matanya menangkap pemutar skru yang dicari sedari tadi, kini digenggam erat di tangan Khadeeja. _______________________________________ Kejadian misteri yang terjadi semakin menguji perkahwinan tanpa cinta mereka. Bergelut untuk meneruskan kehidupan bersama dan mencari sebab untuk mengekalkannya Memang susah bila hidup dengan dia yang asing. Memang susah untuk berkongsi kehidupan peribadi. Memang susah bila terasa kita berjuang sendiri. Tapi sebenarnya, lebih susah bila kita tak pernah usaha untuk membuka hati.
102.4K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
YES, AKU BUDAK COMOT ITU! (BAHASA MALAYSIA)

YES, AKU BUDAK COMOT ITU! (BAHASA MALAYSIA)

Princess mawar
Helena Ukasyah, seorang gadis comot, gemok dan berkulit kusam. Dia sering dijadikan bahan ejekan kawan-kawannya di sekolah. Siapa sangka disebabkan dia sering dijadikan bahan ejekan dia bangkit dan menanam tekad yang tinggi bagi menjadikan dirinya setaraf dengan gadis-gadis cantik di luar sana. Adam Daniel, maksud namanya tersangat lah indah tapi siapa sangka perangainya tidak seindah namanya. Dia seorang yang nakal, kejam, gila dan perangainya sering membuatkan orang-orang disekeliling menggeleng kepala. " Oii gemok, mari kau datang sini sekejap. " - ADAM DANIEL " Apa salah aku sampai korang buat aku macam gini?! " - HELENA UKAYSAH Saat Helena terpuruk jatuh tergapai-gapai ada satu tangan menghulurkan bantuan... " Hye girl, don't cry. You are beautiful girl. I'll help you, smile... " - HARRIS ADHAM " Huh! Tak sangka dulunya budak gemok sekarang dah bertukar kononnya menjadi princess. " - AYDA MELLISA Saat Helena mula mengecapi bahagia bersama Harris datang pula orang ketiga iaitu bekas tunang Harris, Ayda Mellisa merangkap musuh Helena sewaktu zaman persekolahan dahulu. Adakah Harris akan setia pada Helena hingga ke akhirnya? Kenapa Adam dan Ayda muncul kembali di saat Helena sedang mengecapi kebahagiaannya sendiri? Muslihat apakah yang mereka ingin lakukan?
2.0K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
454647484950
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status