Kerana Aku Istrinya
bisik Hana perlahan, “Mama rindu sangat. Maafkan mama. Walaupun kita belum berjumpa, tapi setiap malam mama kirim doa dan sayang…”
Air mata bergenang, tapi dia cepat-cepat sapu. Tak mahu Emy nampak. Nanti makin panjang ceramah nasihat masuk percuma.
---
Di sofa panjang, Emy sedang khusyuk menonton drama senetron pukul 10 pagi. Pelakon utama baru saja dimasukkan ke hospital selepas dilanggar kereta oleh kekasih gelapnya. Muka Emy ikut semua emosi — dahi berkerut, tangan tepuk-tepuk sofa, kemudian gelak... dan lima saat kemudian nangis pula.
Bab Populer