Lucian D'Ambrosio
Mereka tahu, Sycatt hanya mencuba menenangkan hari semua orang agar tidak begitu resah.
Pada waktu itu, kelihatan sebuah kapal yang besar menghampiri. Mereka semua menjadi kalut, mencuba menarik perhatian kapal itu dengan pelbagai cara. Harapan mereka hanyalah agar dapat keluar daripada keadaan sekarang. Nasib baik, kapal mewah yang besar itu sedang menuju ke arah mereka. Bahkan, kapal yang terukir frasa Lucian D'Ambrosio tersebut berhenti berhampiran mereka. Alex, Verika, Martina dan Sycatt mendongak melihat kapal yang tinggi itu. Dapat mereka lihat kelibat tiga orang lelaki sedang berdiri di dek kapal memerhatikan mereka semua.
.....
Hot Chapters