Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]

PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]

Nursally
Kehidupan Aria Charissa yang dahulunya bahagia kini hancur apabila ibunya meninggal dunia. Tambah pula papanya berkahwin baru membuatkan hatinya bertambah sakit. Hubungan dia antara mama tirinya juga tidaklah begitu baik. Cukup sekadar meraih hati papa. Eiyad Lutfi yang entah dari mana datang mendekati Aria Charissa secara perlahan. Ada rahsia yang disimpannya. Tapi lama kelamaan hatinya tertaut kepada Aria Charissa. Gadis yang lain daripada perempuan lain yang dikenalinya. Bukan hanya Eiyad Lutfi yang menyukainya, Aysar Idlan juga turut menaruh rasa cinta semenjak pertemuan pertama mereka di universiti. Hari demi hari dia ganggu Aria Charissa. Walaupun dia tahu hati gadis itu keras. Tapi dia tak pernah putus semangat daripada mendapatkan cintanya. Tapi kenyataan yang disembunyikan oleh Eiyad amat menyedihkan. Setelah mencintai gadis itu, adakah dendam yang tersemat dalam hati akan dilupakan.
4.6K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)

Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)

Miss Noi
Dibesarkan oleh ibu tunggal membuatkan Falisha membesar menjadi seorang gadis yang kuat dan bertanggungjawab. Fokusnya cuma satu, iaitu membahagiakan ibu dan adiknya, Fariha. Untuk itu, dia bekerja keras demi masa depan mereka sekeluarga. Soal jodoh, biarlah masa yang menentukan. Perkenalan dengan Haziq dan Zarif membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan Falisha. Dia mula belajar menerima seorang lelaki dalam hidupnya. Namun, kerana sebuah rahsia, dia melamar Zarif untuk menjadi suaminya. Keputusan Falisha membuatkan Haziq kecewa. Saat bahagia mula dirasa, rahsia yang selama ini ditutup rapi terungkai jua. Menghancurkan hati yang baru mula belajar mencinta. "You janji nak bagi peluang untuk I, untuk kita. Tapi, kenapa you mungkir janji?"-Haziq "Sorry... let me explain."-Falisha "Aku tak perlukan penjelasan daripada penipu macam kau."-Zarif Apakah rahsia yang Falisha simpan sebenarnya? Abandoned promise, apakah benar janji tinggal janji? Atau ia cuma sebuah akad yang tertangguh?
103.5K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)

SEINDAH PELANGI SELEPAS HUJAN PANAS (BAHASA MALAYSIA)

Iqmal Izzat
Pertemuan antara Amir dan Sofea, menggelopakkan bunga-bunga cinta menjadi kalungan indah. Melakar satu impian untuk direalisasikan bersama. Tetapi, mereka dipisahkan kerana perbezaan darjat yang ibarat langit dengan bumi. Mereka bertemu semula di perantauan setelah bertahun berpisah, tetapi segalanya telah berubah. Sementara Syahir di tanah air, tidak pernah berhenti meneroka ke setiap lorong dan lokasi yang penuh dengan noda dan kegelapan untuk mencari si Salina. Dengan niat untuk menyatukan kembali keluarga sahabatnya, supaya janji yang telah dipateri oleh Amir kepada ibunya dapat ditunaikan. Menyuntik semangat juang tidak semudah menarik rambut di dalam tepung. Sememangnya terlalu payah untuk mencipta bahagia yang seindah pelangi, kerana hujan panas terlebih dahulu membasahi perjuangan mereka.
3.3K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)

MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)

Arena Yidin
“Jika aku salah kerana ada rasa ini padamu, maka salahlah semua apa yang ada di kehidupanku. Jika aku benar melunaskan rasa peduli pada Anak kecil ini hingga tumbuh dewasa, maka benarlah tanggungjawab yang kulakukan sejak dulu.” SUKRI Perjuangan Sukri dan Tini dalam membesarkan Natasha, anak Tina yang telah meninggal dunia menuntut banyak pengorbanan. Hingga satu masa, Tini sendiri merasa lelah untuk terus berjuang. Dia merasa kalah dengan himpitan kasih sayang silam. Begitu juga Sukri, berasa ingin mengundur diri saat keikhlasan dia tidak dihargai. “Tini dah tak sanggup lagi. Tasha bayangkan Kak Tina jadi mama dia. Tini terlupa yang Tini ini cuma pengasuhnya. Tini sudah kalah...” TINI Semuanya jadi berantakan setelah Natasha meningkat dewasa. Dia mempersoalkan semuanya. Bagi Natasha, dia berhak untuk memiliki ibu dan bapa seperti orang lain. Namun kenyataan Sukri dan Tini bukan ibu bapa kandungnya buat dia memberontak dan kecewa. “Kenapa mama dengan ayah nak marah? Tasha berhak tahu siapa ayah Tasha yang sebenar. Tasha tak kira, Tasha nak tahu semuanya...” NATASHA. Akhirnya, sebuah rahsia telah mengungkapkan segalanya. Namun segalanya menyesak dada. Kenyataan tak seindah impian. Hati Natasha dirobek dengan kenyataan yang ayah kandungnya adalah pemilik penghuni penjara. Dia malu dan merasa terhina. Sukri dan Tini pasrah dengan kenyataan. Sebuah dendam lama adalah titik dari segala yang Natasha lalui sekarang. Apakah Sukri dan Tini mampu bertahan, membesarkan Natasha yang sudah hilang semangat untuk meneruskan hidupnya?
103.7K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]

Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]

Feek Adeen
Demi merungkai sebuah misteri kehilangan seorang penulis novel terkenal serta tawaran yang lumayan bagi sesiapa yang dapat mengesan keberadaan penulis tersebut, lima sahabat - mengatur perjalanan - bersama-sama melakukan pengembaraan untuk mencari dan merungkai misteri kehilangan penulis tersebut. Pelbagai halangan, cabaran dan peristiwa yang mereka terpaksa hadapi sepanjang pengembaraan tersebut. Mereka menjejak dan tanpa sedar mereka juga turut dijejak. Siapa sebenarnya penulis tersebut?, yang pasti bukan mereka sahaja yang menjejaknya, ini sebuah perlumbaan! Semangat setia kawan, rasa cinta, pengkhianatan diolah secukupnya dalam Jejak Jiwaria ini.
102.3K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]

Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]

Misz_s
Dia terperangkap dalam situasi yang mendebarkan. Hidupnya musnah dalam sekelip mata sahaja. Dia lari membawa hati yang lara. Masih layakkah aku untuk bersujud menghadap Illahi? Adakah doaku akan diterima lagi. Dia menyesal dengan semua perbuatannya. Dirinya sentiasa dihantui dengan kesilapan silam yang telah dibuatnya. "Kalau awak nak belajar ilmu agama dengan lebih dalam, datanglah rumah saya. Mungkin mak saya boleh mengajar sedikit sebanyak." - Mohd Zaquan "Alisa! Kau ikut aku balik!" - Adam Haris Ya, aku Alisa. Hidup aku boleh dikatakan berada di dalam genggaman lelaki yang bernama Adam Haris. Dia tidak mahu semua itu. Dia benci dengan apa yang lelaki itu telah buat kepadanya. Dia nekad untuk bersembunyi dari Adam. Tetapi lain pula yang terjadi. Hatinya bergetar setiap kali terdengar suara alunan ayat-ayat suci al-Quran di dalam masjid. Hatinya tertanya-tanya, siapakah pemilik suara itu? "Alisa, aku tahu itu anak aku. Tolong jangan lari lagi." "Jodoh itu ketentuan Illahi. Semua makhluk di muka bumi ini dicipta berpasang-pasangan. Sama seperti kisan nabi Adam dan juga Hawa. Walau apa rintangan yang mendatang, mereka tetap akan bersatu. Kerana itu telah tertulis di luh mahfuz. Tapi, andai ada jodoh antara kita, sudikah awak untuk jadi teman sehidup dan semati saya."
102.4K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
202122232425
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status