MasukSa araw, siya ang mahinhin at maparaan na chief secretary, at sa gabi, siya ang malambot at charming na kapares sa kama. Paglipas ng tatlong taon ng mutual support, akala niya ay minahal siya nito. Nagpropose siya sa binata, ngunit narinig niya ang sinabi nito: "Ito ay laro lamang na kasali ang katawan pero hindi ang puso. Sa tingin mo seseryosohin ko to?" Sobra siyang nasaktan at lumingon paalis. Simula non, ang buhay niya ay umangat, umangat din siya sa career, at naging gold medal lawyer na walang sino mang nangahas sa legal community. Merong hindi mabilang na manliligaw sa paligid niya. Pinagsisihan iyon ng binata at tinulak siya sa dingding na may namumugtong mata: "Ang katawan ko, ang buhay ko, lahat ay sayo, will you marry me?" Maliwanag ang mga ngiti niya: "Pasensya na, gumilid ka, hinaharangan mo ang panibagong buhay ko."
Lihat lebih banyakKeluarga Megat Andri adalah keluarga paling dihormati di Taman Tun Dr Ismail. Mereka mempunyai tiga puluh buah cawangan syarikat perusahaan sendiri. Perniagaan mereka berkembang di Malaysia dan turut ke Indonesia, Singapura dan Brunei.
Megat Andri mempunyai lima orang anak iaitu Aafi Azhad, Adi Adham, Aqif Azka, Afiq Aizad dan Adwa Amzar. Kesemuanya adalah lelaki dan mereka menjadi kegilaan gadis Malaysia. Aafi Azhad dan Adi Adham telah berkahwin manakala yang lain masih belajar di tahap universiti dan sekolah menengah.
Pagi itu Aqif Azka mengikuti Megat Andri ke pejabat Tuan Roslan untuk berbincang mengenai projek terbaru ayahnya bersama lelaki itu. Dia menunggu ayahnya di lobi sambil menyumbat ear pod ke telinganya. Dia mendengar lagu kegemarannya iaitu Day 'N' Nite nyanyian Kid Cudi versi Crookers Remix.
Dia menutup matanya sambil bersandar di sofa kerana ingin menghiraukan pandangan-pandangan pekerja perempuan di syarikat itu kepadanya. Dia tidak suka dipandang oleh perempuan walaupun dia memiliki wajah paling kacak di dalam keluarga Megat Andri. Sebab itulah dia jarang menyertai majlis-majlis rakan perniagaan keluarganya. Dia jarang bersosial berbanding adik-beradiknya yang lain.
Usianya kini telah mencecah dua puluh lima tahun namun dia belum mempunyai teman wanita. Bukannya dia tidak berminat kepada perempuan tetapi perempuan yang dicarinya belum ditemui.
Aqif Azka tersenyum senget apabila lagu yang dimainkan oleh telefonnya sudah selesai.
Dia menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar dan menilik jam tangannya. Waktu baru pukul sebelas. Ayahnya selesai bermesyuarat pada pukul dua belas.
Aqif Azka berdiri.
Dia berjalan-jalan di sekitar lobi untuk menghilangkan rasa bosan. Dia melemparkan senyuman kepada pengawal keselamatan yang berdiri di pintu masuk syarikat itu. Pengawal keselamatan itu adalah temannya di universiti. Temannya itu bekerja separuh masa sebagai pengawal keselamatan di syarikat Tuan Roslan untuk menampung kos kehidupan di bandar metropolitan.
"Bila kau habis kerja?"soal Aqif Azka kepada kawannya yang bernama Haikal itu.
"Pukul tiga nanti aku tukar shift dengan Abang Bad. Kenapa? Kau nak belanja aku makan ke?"
Haikal berseloroh. Dia senang berseloroh dengan Aqif Azka kerana lelaki itu tidak sombong dan berkawan baik dengannya walaupun dia datang daripada keluarga susah.
Aqif Azka tersengih. Dia mengangguk.
"Minggu ini adalah minggu terakhir aku di universiti. Aku nak sambung study business di Rusia. Jadi, ini mungkin kali terakhir kut aku belanja kau makan,"ujar Aqif Azka. Nadanya sedikit mengendur.
Senyuman Haikal pudar. Dia sudah tahu tentang keberangkatan Aqif Azka ke Rusia pada minggu hadapan. Walaupun dia adalah lelaki sejati, dia juga sedih dengan perpisahan itu.
Aqif Azka adalah seorang kawan yang baik. Lelaki itu sentiasa membantunya ketika dia kesusahan. Selama sembilan tahun mereka berkawan, dia telah mengenali keluarga Megat Andri dengan baik. Keluarga itu juga baik dengannya. Dia pernah menginap di rumah keluarga itu ketika dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk pulang ke kampung.
"Qif, jujur aku cakap, aku sedih bila dapat tahu yang kau akan pergi ke Rusia. Mesti kita tak dapat nak jumpa lagi selepas ni,"ucap Haikal meluahkan perasaannya.
"Ya, aku tahu ramai sedih dengan berita aku nak pergi ke Rusia. Alah, kau jangan risaulah. Aku ni bukan kacang lupakan kulit. Lepas aku balik dari Rusia, kita akan berjumpa lagi. Bukannya lama sangat aku pergi sana. Tiga tahun aje,"kata Aqif Azka pula.
"Tiga tahun aje? Tiga tahun memang sekejap aje, kan? Ibarat tiga bulan." Haikal menyindir.
Mereka ketawa.
Begitulah persahabatan mereka. Berkawan bukan kerana rupa atau harta tetapi keikhlasan. Apa yang dilalui demi rakan-rakan kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan tetapi itulah yang menjadikan persahabatan begitu indah.
"Tapi kenapa kau pilih Rusia? Bukan ke abang-abang kau sebelum ni pergi ke Poland?"soal Haikal.
"Itulah yang kau tak tahu, Kal. Selain pergi ke sana untuk belajar, aku nak cari jodoh kat sana. Perempuan Rusia semuanya cantik-cantik. Tengok mata mereka pun hati dah tenang,"jawab Aqif Azka.
"Oh, kiranya kau nak cari jodoh Rusialah ni? Amboi, tinggi jugak taste kau ni. Patutlah kau tak layan budak-budak perempuan universiti kita. Tapi bagus jugak kalau kau nak kahwin dengan orang sana. Mereka cantik. Kau pun hensem. Sesuai sangat,"balas Haikal tanda menyokong kawannya.
"Kau ni kuat sangat puji aku. Kau suka aku ke?"usik Aqif Azka.
Haikal menepuk bahu lelaki itu.
"Kau punya merepek memang dah sampai ke Rusia,"ujar Haikal.
Mereka ketawa lagi.
"Okeylah, Kal. Aku nak naik atas nak tengok papa aku. Mungkin dia dah selesai meeting kut."
Aqif Azka mengundurkan diri dan naik ke atas menggunakan lif meninggalkan Haikal yang kembali bertugas.
"Encik, tunggu!"
Ketika dia ingin menutup pintu lif, seorang perempuan menegahnya. Dia memberi peluang untuk perempuan itu masuk.
Izza Ghadira tersenyum. Dia bersyukur kerana lelaki itu membantunya. Dia masuk ke dalam lif itu untuk naik ke aras lapan.
"Terima kasih,"ucap Izza Ghadira kepada lelaki yang baru ditemuinya itu.
"Sama-sama,"jawab Aqif Azka.
Mereka kembali senyap dan melayani perasaan masing-masing.
Izza Ghadira gugup kerana ini adalah kali pertama dia datang ke pejabat Tuan Roslan. Kedatangannya ini adalah untuk memohon pekerjaan sebagai setiausaha Adi Adham.
Aqif Azka melirik perempuan di sebelahnya. Cantik. Itulah ungkapan yang lahir di dalam hatinya.
"Aqif Azka."
Dia memperkenalkan dirinya.
Izza Ghadira memandang lelaki itu. Dia mengangkat sebelah kening.
"Nama saya Aqif Azka. Awak?"ulang Aqif Azka.
"Oh."
Izza Ghadira tersenyum senget. Ternyata lelaki itu sedang memperkenalkan dirinya.
"Saya Izza Ghadira,"ujarnya pula.
"Izza Ghadira?"
Aqif Azka tercengang mendengarkan nama itu kerana itu adalah kali pertama dia mendengarnya. Sebuah nama yang unik.
"Cantik nama tu,"puji Aqif Azka ikhlas.
"Terima kasih. Nama awak pun cantik,"balas Izza Ghadira.
Aqif Azka terpesona dengan kecantikan yang terdapat pada mata Izza Ghadira. Warna matanya hazel dan jernih. Adakah Izza Ghadira jodohnya?
"Aras awak dah sampai."
Izza Ghadira menyentakkannya.
Dia segera mengalihkan pandangannya dan berlagak serius. Dia keluar dari lif itu tanpa mengucapkan sebarang kata kepada Izza Ghadira. Pintu lif itu ditutup semula dan terus naik ke aras lapan.
TENGKU RIHANNA bersama pembantu-pembantu rumahnya memasak makanan untuk makan tengahari. Sekejap lagi ahli keluarganya akan pulang ke rumah itu untuk makan bersama. Itulah tradisi yang diamalkan di dalam keluarga Megat Andri untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan.
Menu pada hari itu ialah ayam teriyaki madu bijan, bawal goreng serai cili padi dan daging goreng halia.
Rumah itu mempunyai sepuluh orang pembantu rumah iaitu dua orang bertugas di dapur, dua orang bertugas di ruang tamu, tiga orang bertugas di halaman rumah dan tiga orang lagi bertugas di bilik-bilik. Rumah itu juga mempunyai pengawal keselamatan.
Tengku Rihanna bersyukur kerana Megat Andri memilihnya sebagai isteri. Mereka berkahwin kerana keluarga tetapi mereka saling jatuh cinta. Tengku Rihanna tersenyum sendiri mengenangkan kisah cintanya bersama Megat Andri.
"Tengku, tuan dan anak-anak dah sampai,"maklum pembantu rumah yang bertugas di halaman rumah.
"Baiklah, Mak Esah. Kamu semua tolong hidangkan makanan,"arah Tengku Rihanna kepada pembantu-pembantunya sebelum pergi menjemput suami dan anak-anaknya.
Megat Andri menyerahkan briefcase hitamnya kepada Mak Esah. Dia melonggarkan tali lehernya.
Aqif Azka pula terus pergi ke dapur.
"Eh, mana Adi?"soal Tengku Rihanna sambil memandang satu per satu wajah anak-anaknya.
Di ruang tamu itu hanya terdapat Aafi Azhad dan isterinya, Afiq Aizad dan Adwa Amzar.
"Mungkin Adi ada meeting kut, mama,"jawab Sherin.
Dia juga aneh kerana suaminya belum pulang. Selalunya Adi Adham pulang awal sebelum yang lain.
"Sekejap lagi dia baliklah tu. Jom kita makan. Saya dah lapar ni,"kata Megat Andri lalu mengetuai perjalanan ke ruang makan.
"Mama masak apa hari ni?"tanya Adwa Amzar selaku anak bongsu keluarga itu. Dia sangat rapat dengan Tengku Rihanna.
"Hari ni mama masak simple aje,"balas Tengku Rihanna.
Mereka mengambil tempat duduk masing-masing. Tengku Rihanna duduk berhadapan dengan Megat Andri di hujung sana. Aafi Azhad duduk bersebelahan dengan isterinya berhadapan dengan Aqif Azka.
Sherin pula duduk bersebelahan dengan isteri Aafi Azhad. Afiq Aizad dan Adwa Amzar pula duduk di sebelah Aqif Azka. Di hadapan Adwa Amzar kosong kerana Adi Adham tiada.
Disebabkan ahli keluarga mereka ramai, mereka menggunakan meja makan panjang agar dapat makan dengan selesa.
Aqif Azka mengambil lauk ayam sahaja kerana dia ada alahan terhadap ikan dan daging. Dia pernah mengalami kegatalan kulit yang teruk kerana makan ikan dan daging. Dia mendapat alahan itu sejak kecil.
"Aqif, petang nanti boleh tak teman mama pergi kedai kek?"pinta Tengku Rihanna.
"Petang nanti Aqif kena balik ke hostel,"jawab Aqif Azka.
"It's okay, mama. Adik boleh temankan,"pelawa Adwa Amzar sambil mengangkat tangan kirinya.
Seluruh ahli keluarga tahu tentang perangai manja Adwa Amzar. Kadangkala dia berkelakuan seperti anak kecil.
"Okeylah. Kalau macam tu, mama pergi dengan adik. Aqif kena pergi pukul berapa?"tanya Tengku Rihanna lagi.
"Pukul lima,"balas Aqif Azka.
Aqif Azka agak dingin dengan Tengku Rihanna kerana sebaik dilahirkan, Aqif Azka diletakkan di bawah jagaan Nenek Puspa. Dia mula dijaga oleh Megat Andri dan Tengku Rihanna ketika dia tamat zaman persekolahan kerana Nenek Puspa meninggal dunia.
Aqif Azka mengambil masa beberapa tahun untuk mesra dengan keluarga itu. Ahli keluarga yang rapat dengannya ialah Megat Andri dan Adi Adham.
"Adi pergi mana? Selalunya dia yang balik awal,"kata Aafi Azhad.
"Itulah. Mama pun pelik. Abang, dia ada meeting dengan projek besar ke?" Tengku Rihanna memandang suaminya.
"Tadi waktu saya berjumpa dengan Roslan, takde pulak dia beritahu saya. Saya pun tak sempat nak singgah masuk ke bilik Adi sebab sibuk uruskan projek baru,"jawab Megat Andri.
Adi Adham merupakan anak kesayangan keluarga itu kerana dia telah banyak membanggakan nama keluarga. Bermula dari zaman sekolah dia memperolehi kejayaan cemerlang, melangkah keluar dari universiti dengan keputusan tinggi dan menjadi ahli perniagaan berjaya. Megat Andri telah berjanji untuk membantu Adi Adham membuka syarikat sendiri jika anaknya itu berjaya menguruskan projek terbesar di antara syarikatnya dengan syarikat Tuan Roslan.
Namun kelemahan Adi Adham sangat menjejaskan kredibiliti keluarga itu. Dia adalah seorang kasanova. Walaupun telah berkahwin dengan Sherin, sikap kasanovanya tidak hilang. Itulah yang merisaukan Sherin. Dia risau jika Adi Adham menduakannya.
"Aqif, kenapa tak ambil ikan dan daging? Ikan bawal goreng tu dan daging goreng halia adalah masakan mama yang paling sedap. Rugi kalau Aqif tak makan,"ujar Tengku Rihanna.
Dia tetap berusaha untuk bermesra dengan Aqif Azka meskipun anaknya itu tidak berminat.
"Aqif allergy,"maklum Aqif Azka. Pinggannya sudah licin.
"Allergy? Sejak bila?"soal Megat Andri.
"Sejak kecil lagi. Aqif pernah kena kegatalan kulit yang teruk sebab makan ikan dan daging. Nenek Puspa cuma beri Aqif makan telur dan ayam untuk elakkan kegatalan,"jawab Aqif Azka sopan. Dia lebih menghormati ayahnya berbanding ibunya.
"Jadi Aqif tak pernah makan ikan dan daging?"tanya Marini iaitu isteri Aafi Azhad.
Aqif Azka sekadar menggeleng.
Timbul rasa bersalah di dalam hati Tengku Rihanna kerana tidak mengetahui penyakit anaknya. Dia akui menyesal kerana tidak menjaga Aqif Azka sejak kecil.
Dia terpaksa meninggalkan Aqif Azka di bawah jagaan Nenek Puspa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka. Terdapat sebuah pergaduhan berlaku di dalam keluarga itu menyebabkan dia perlu memilih Aqif Azka sebagai taruhan.
ADI ADHAM menyarungkan semula bajunya ke badan. Nafsunya sudah puas. Dia tersenyum sinis memandang perempuan cantik yang tidak sedarkan diri di atas sofa.
Dia mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja. Dia sudah terlewat untuk makan tengahari bersama keluarga. Tetapi pengorbanan itu sangat berharga untuk sesuatu yang cantik. Adi Adham berdiri.
Sebelum pulang, dia meminta pengawal peribadinya menguruskan perempuan itu. Dia tidak akan sesekali bertanggungjawab terhadap perkara yang berkemungkinan akan berlaku kepada perempuan itu. Dia cuma ingin memuaskan diri. Dia meninggalkan perempuan itu dan kembali kepada keluarganya.
Nang makita ng ina ni Lyxus na siya ang tinuro ng binata, parang tumigil ang pagtibok ng puso niya sa takot subalit nanatili parin ang gulat sa mukha nito."Lyxus, apo ko rin ang tinutukoy mo kaya pano ko naman magagawa yon? Baka naman sinabi lang sayo yon ni Eva para sakin mapunta ang sisi kase diba galit siya sakin. Wag ka maniwala sa kanya." Mahinang natawa ang ina ni LyxusNanatili ang malamig na tingin sa mga mata ng binata at hindi mapigilan na maitikom ng mahigpit ang mga labi.Hindi niya alam kung nasaan na ang ina, na dati naman ay mahal na mahal siya at ang kapatid niya nung mga maliliit pa sila dahil para bang ibang tao ang kaharap niya simula nung insidente na iyon."Enrique Ramirez."Nang marinig ng ina ni Lyxus ang pangalan na iyon, nanlamig siya ng walang dahilan at kumalma din kaagad."Sa kanya ako lagi kumukuha ng gamot. Anong problema? May problema ba?" Sagot ng ina ni Lyxus"Pamilyar ka ba sa matanda na si Ginoong Dizon?" Tanong ng binata"Oo, nagkaroon ako ng matin
Nagmamadaling nagmaneho si Lyxus pauwi at hindi mapalagay ang puso niya.Sa isip-isip ni Lyxus, 'Sigurado ako may koneksyon iyon sa pagkawala ng anak ko.'Pakiramdam niya ay lalabas ang puso niya sa sobrang lakas ng kabog nito at derederetso niya minaneho ang kotse papunta sa tapat ng tahanan nila.Nang makita naman ang binata, kaagad ito binati ng isa sa mga katulong."Sir, nung inayos ko po yung cabinet niyo ngayon-ngayon lang, aksidente ko po nakita yung gamot na iniinom po ni Miss Eva dati pero may halo po iyon na pwede pong magdulot ng pagkalaglag kung mainom po ng buntis."Nang marinig ang sinabi nito, kaagad na napalitan ng lamig ang tingin ni Lyxus.Madalas magsabi sa kanya dati si Eva tungkol sa pananakit ng tiyan nito kaya humanap siya ng doktor para makatulong sa dalaga.Mahigit tatlong buwan din ininom ng dalaga ang gamot na nirekomenda ng doktor na iyon.Tinitigan niya ang bote ng gamot na nasa kamay ng katulong."Paano ka nakakasigurado?""Yung lolo ko po, medicine pract
Pumalpak ang plano ni Lea na iframe up si Eva at panigurado ay ipapadala na siya sa maliit na bahay sa sementeryo nila upang magbantay.Bad mood si Lea at lumabas muna para uminom kasama ang mga kaibigan. Nang marami na siyang nainom, tumawag ang dalaga ng isang taxi upang makauwi.Nang makasakay siya sa loob ng taxi ay kaagad niyang ibinigay ang address niya at sumandal sa upuan tsaka umidlip.Hindi alam ni Lea kung gaano katagal bumiyahe ang sasakyan bago ito tuluyang tumigil at akala niya ay nakauwi na siya, kaya binuksan niya kaagad ang mga mata niya.Subalit ang tanging nakita ng dalaga ay isang lugar na walang katao-tao at kaagad niyang naunawaan na naloko siya.Babalik na sana si Lea sa loob ng taxi, nang biglang isang itim na tela ang tumaklob sa ulo niya at kasunod nito ay sunod-sunod na suntok at sipa.Pakiramdam ni Lea ay isa-isang nasisira ang laman loob niya at sa sobrang sakit ay gusto niyang sumigaw, subalit may nakabusal na kung ano sa bibig ng dalaga at sa sobrang bago
Sa sandaling nakita ni Lyxus si Eva, pakiramdam niya ay may humampas na kung ano sa puso niya.Hindi siya makahinga.Ang ilaw mula sa poste ng ilaw na nasa itaas lang ng binata ay unti-unting nagpapalinaw sa sakit na nararamdaman ni Lyxus.Hindi siya nakaramdam ng sakit nang ang sindi ng sigarilyong hawak niya ay umabot na sa daliri niya at tanging nakatitig lang kay Eva.Natatakot siya, na baka ang dalagang nasa harap niya ay biglang mawawala na parang bula. Gusto niyang tanungin ang dalaga kung nanaginip nanaman ba ito ng hindi maganda at gusto niyang yakapin ito para pagaanin ang nararamdaman nito.Habang mas ninanais ni Lyxus na gawin ang mga ito, mas lalo siyang nasasaktan at hindi niya namalayan na naikuyom niya na ang mga palad kahit hawak pa niya ang sigarilyo na nakasindi.Ang hapdi ng paso na nagmumula sa sigarilyo na nakasindi ay unti-unting nagpalinaw sa isip ni Lyxus.Kaagad niya nilabas ang telepono niya at magpapadala sana ng mensahe kay Eva upang magtanong kung anong n
Malamig na nagtaas ng tingin si Lyxus."Ano ba inaasahan niyo?"Sinipa siya ni Felix"Napakawalang kwenta mo talaga, pumunta ka don at agawin mo si Eva. Kung hindi ka gagawa ng paraan ngayon, baka pagsisihan mo pag nagpadala na sayo ng wedding invitation si Eva."Biglang nasaktan si Lyxus sa mga hu
Hindi pa nakaranas ng ganito si Lea dati. Nahihirapan siya at nagmura: "Eva, ang lakas ng loob mo saktan ako, sa maniwala ka o hindi, hahayaan kong mamatay ang tatay mo sa kulungan!"Nang marinig niya ang tungkol sa ama, lalong nagalit si Eva at tinindihan ang lakas ng kamay."Dahil hindi naman ka
Ang mga dokumento ay may mantsa at may mabahong amoy.Si Lyxus ay may matinding mysophobia. Pag ang dokumento na ito ay ibinigay sa kanya, kahit sino ay madaling maiisip kung anong sunod na mangyayari.Ang daliri ni Eva ay namuti habang hawak nito ang mga dokumento.Si Lea Evangelista, ang laki sa
Nang iminulat ni Eva ang mata at nakita ang pamilyar na mukha, tila nabunutan siya ng tinik. Hinawakan ng mahigpit ang damit ng lalake gamit ang dalawang kamay, at nanghihinang sinabi, "Kuya, ilayo mo ko dito."Ayaw niyang makita siya ni Lyxus sa ganoong estado ng kahihiyan. Ayaw niyang makita na k












Maligayang pagdating sa aming mundo ng katha - Goodnovel. Kung gusto mo ang nobelang ito o ikaw ay isang idealista,nais tuklasin ang isang perpektong mundo, at gusto mo ring maging isang manunulat ng nobela online upang kumita, maaari kang sumali sa aming pamilya upang magbasa o lumikha ng iba't ibang uri ng mga libro, tulad ng romance novel, epic reading, werewolf novel, fantasy novel, history novel at iba pa. Kung ikaw ay isang mambabasa, ang mga magandang nobela ay maaaring mapili dito. Kung ikaw ay isang may-akda, maaari kang makakuha ng higit na inspirasyon mula sa iba para makalikha ng mas makikinang na mga gawa, at higit pa, ang iyong mga gawa sa aming platform ay mas maraming pansin at makakakuha ng higit na paghanga mula sa mga mambabasa.
Ulasan-ulasan