Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
MY HEROINE TUANKU PUTERI

MY HEROINE TUANKU PUTERI

Angel_k20
WARDAH AZKIYA - Setelah tiga tahun berkelana di negara orang, akhirnya dia pulang ke tanah air. Namun, tugasnya sebagai doktor psikiatri tiba-tiba bertukar berat apabila hanya dia sahaja yang boleh menyedarkan kapten pasukan Psychic Eagle daripada koma. AHWAZ ZULFAN - Disebabkan permainan maya bernama RS, atlet e-sport negara yang disegani dunia ini terkandas di dalam dunia digital. Gara-gara Reaper, jasadnya statik di alam realiti, namun jiwanya terperangkap di dalam BTA2121. "Sudikah tuan hamba mengikut beta pulang, Kazz?" - Puteri Indah Kencana. "Siapa kau sebenarnya... tuanku puteri?" - Sultan Nadim Alam. Di saat Wardah berjaya mengembalikan memori Ahwaz, Reaper muncul menuntut dirinya. Kata lelaki itu, Puteri Indah Kencana adalah miliknya. Baik Ahwaz ataupun lelaki lain, mereka semua tidak boleh menjadikan Wardah sebagai isteri mereka. Masa kian menghambat, Wardah tertambat. Jika dia terlambat, maka Ahwaz akan bersemadi di dunia digital. Dia... tidak mahu perkara itu terjadi. Selama-lamanya, jejaka itu adalah belahan jiwanya walaupun hubungan mereka tidak direstui. Jadi, walau apa pun yang berlaku, dia bertekad untuk menjadi heroin yang akan menyelamatkan heronya. Bunny kan, hanya milik Kazz seorang!
3.3K DibacaTamat
Baca
Tambahkan
Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]

Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]

Misz_s
Dia terperangkap dalam situasi yang mendebarkan. Hidupnya musnah dalam sekelip mata sahaja. Dia lari membawa hati yang lara. Masih layakkah aku untuk bersujud menghadap Illahi? Adakah doaku akan diterima lagi. Dia menyesal dengan semua perbuatannya. Dirinya sentiasa dihantui dengan kesilapan silam yang telah dibuatnya. "Kalau awak nak belajar ilmu agama dengan lebih dalam, datanglah rumah saya. Mungkin mak saya boleh mengajar sedikit sebanyak." - Mohd Zaquan "Alisa! Kau ikut aku balik!" - Adam Haris Ya, aku Alisa. Hidup aku boleh dikatakan berada di dalam genggaman lelaki yang bernama Adam Haris. Dia tidak mahu semua itu. Dia benci dengan apa yang lelaki itu telah buat kepadanya. Dia nekad untuk bersembunyi dari Adam. Tetapi lain pula yang terjadi. Hatinya bergetar setiap kali terdengar suara alunan ayat-ayat suci al-Quran di dalam masjid. Hatinya tertanya-tanya, siapakah pemilik suara itu? "Alisa, aku tahu itu anak aku. Tolong jangan lari lagi." "Jodoh itu ketentuan Illahi. Semua makhluk di muka bumi ini dicipta berpasang-pasangan. Sama seperti kisan nabi Adam dan juga Hawa. Walau apa rintangan yang mendatang, mereka tetap akan bersatu. Kerana itu telah tertulis di luh mahfuz. Tapi, andai ada jodoh antara kita, sudikah awak untuk jadi teman sehidup dan semati saya."
102.6K DibacaOn going
Baca
Tambahkan
JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)

JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)

Airin Abdul
Kata orang tua-tua, yang dibenci itulah bakal menjadi jodoh kita. Walau sejuta langkah kita cuba melarikan diri, tetap juga dia datang menghampiri. Begitulah ikatan yang terbina antara Iman Afina dan Nazrul Haq. Tetapi yang lebih membengongkan jiwa, ikatan itulah juga yang sebenarnya permulaan jodoh mereka. "Hoi! Alihkan motosikal kau ni. Aku nak keluarlah. Abang makan panda!" - Iman Afina. Pertemuan pertama mereka sudahpun mencetuskan rasa benci yang mendalam. Terus terbenam ke dalam jiwa seorang Iman Afina dan Nazrul Haq. "Buat pengetahuan kau, aku bukan abang makanan panda! Aku adalah pengeran muda yang diminta untuk menghantar makanan!" - Nazrul Haq. Seorang gadis kasar dan seorang lagi jejaka poyo. Bisakah terbibit rasa cinta dan kasih pada diri mereka? Apakah yang mengunci perasaan mereka agar terus menyakiti?. "Dalam hati ini, ada namamu. Nama seorang insan yang aku rindu ..." - memori. Demi sebuah janji, mereka menoktahkan rasa. Demi sebuah rindu, mereka terperangkap di dalam celahan memori yang pernah tercipta. Adakah ini satu kebetulan?
102.5K DibacaOn going
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
111213141516
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status