Akhiri Penderitaanku
Aireen Arianna
Difitnah dan ditinggalkan oleh si suami menjadi titik permulaan derita hidup Roselle Riana. Lebih teruk lagi apabila dia disahkan hamil.
"Macam mana nasib anak aku nanti! Macam mana Hana! Aku tak kuat!"- Roselle Riana.
"Aku yakin kau mampu Ros, aku sentiasa ada untuk kau. Bangkit demi anak kau!"- Hana Umaira
Empat tahun berlalu, Roselle bahagia bersama anaknya namun dugaan lain pula datang menimpa.
"Ziyad perlukan pembedahan segera, nyawa nya dalam bahaya"
Bagaimana? Bagaimana dia mahu mencari duit sebanyak dua puluh ribu? Suaminya dijumpai demi menyelamatkan nyawa si permata hati.
"Kalau awak masih tak percaya Ziyad tu anak awak, pergi buat ujian DNA. Itu akan menjadi bukti yang saya tak pernah bersalah"- Roselle Riana.
"Baiklah aku akan bantu kau, tapi... ada syaratnya" - Zhafran Cairil
Ingatlah bahawa peluang kedua tidak ada bagi yang tidak pernah menghargai.