Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]

Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]

nurshaza
Hidup penuh dengan unsur kemisterian membuatkan kehidupannya terumbang-ambing. Sekejap ke sini kemudian sekejap ke sana. Seorang demi seorang yang wujud dalam hidupnya sehingga terjadinya cinta empat segi tanpa sengaja. "Aara, you will be mine. I fall in love with you, my dear." - AHMED IVANDER Tanpa dia sedar, dirinya sudah membuatkan lelaki yang merupakan majikannya sendiri jatuh hati pada dirinya dalam diam. Walhal lelaki itu sudah berumah tangga. "Saya mohon. Bagilah saya peluang. Peluang terakhir." - ARIF HALFI Munculnya suami yang tidak menjadi membuatkan kehidupannya semakin bercelaru. Dirinya sendiri buntu. "Aku nampak air mata kau jatuh. And you can't lie to me. Don't be a liar. I hate it." - RERY EL-SHARIF Berjumpa pula dengan seorang lelaki yang suka menyakitkan hati. Bertambah-tambah serabut hidupnya begini. "Apa yang aku tahu, Tuhan uji kau sebab Tuhan tau yang kau kuat." - RAE EL-SHARIF Si adik kepada lelaki yang menyakitkannya itu pandai pula menenangkan hatinya. Tapi tidak kekal. Tak lama itu, Rae bersikap dingin dengannya. Dia sendiri tidak tahu apa kesilapannya pada lelaki itu. "Aku akan kembali dekat kau. Kau tunggu aku..." - RERY EL-SHARIF Air mata menjadi teman setiap kehidupannya hariannya. Siapa yang sebenarnya berjaya menghuni hatinya? Dan kenapa hidupnya perlu ada perpisahan? Tidak layakkan untuk dia bahagia?
105.1K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
Kerana Kau Milikku

Kerana Kau Milikku

Cherry
Salena Suha - Seorang gadis yang hidupnya tidak pernah lepas dari masalah. Lantaran itu dia cuba untuk terus berdiri dan meneruskan kehidupannya seperti orang lain. Suatu peristiwa hitam hampir sahaja menimpa dirinya. Akhirnya Suha berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh Arhan. Rentetan itu, satu permasalahan yang tak sangka telah dihadapi oleh si lelaki yang sudahpun beristeri. "Ini semua sebab kau perempuan..! Kau penyebabnya ..!" - Ayden Arhan. Arhan dipaksa untuk mengahwini Suha. Menjadi madu dalam keluarga suaminya bukan mudah apabila mendapat tentangan daripada ibu mertuanya yang tidak merestui ikatan itu. "Aku takkan sesekali terima kau sebagai menantu aku " - Puan Seri Asmah. Suha pasrah. Dalam keterpaksaan bergelar suami isteri, layanan buruk telah diterima daripada si suami. Biarpun begitu, Suha tetap kuat dan tabah walaupun Arhan seringkali tidak berlaku adil. Saat usia perkahwinan baru menginjak setahun jagung akhirnya perpisahan jalan terbaik.Suha akur pada takdir bilamana cinta Arhan pernah ada baginya. "Aku ceraikan kau Salena Suha binti Ahmad dengan talak satu " -Ayden Arhan. Suha meneruskan hidupnya tanpa mencari cinta baru. Kenangan bersama Arhan yang masih tersisa menemani hidupnya, sehinggalah munculnya Zayyan Armand dalam hidup Suha. "Bagi aku peluang Salena Suha. Aku akan buktikan yang aku mampu jaga kau." -Zayyan Armand. Keikhlasan cinta Zayyan membuatkan Suha terkedu. Mampukah dia memberi peluang kepada Zayyan..?
104.9K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]

Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]

McSyahira
"Kalau kami kahwin, bumi ini harus dibelah jadi dua! Satu bahagian aku, satu bahagian dia." Memanglah Fatin dan Murad kawan baik. Tapi, macam mana pula dia nak memupuk rasa cinta terhadap satu sama lain kalau sudah memang cinta itu tidak pernah hadir! "Jom, kita cuba!" "Kalau tak boleh juga?" "Apahal pula tak boleh?" "Sebab kau Murad, dan aku Fatin!" Persoalannya, berjayakah Fatin dan Murad menempuhi jalan ke pelaminan kalau sudah kedua-duanya 'hopeless' dalam beromantisan? "Kau orang berdua memang... Hopeless Romantis!"
103.4K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)

TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)

S.SYAZAN
Mengisahkan tentang 3 orang sahabat baik Luqman,Kamarul dan Iskandar yang akrab sejak dari kecil. Hubungan yang seperti kekeluargaan itu diuji apabila hadirnya seorang pelajar perempuan yang baru masuk ke sekolah itu. Ditakdirkan berlakunya tragedi misteri menyebabkan mereka saling menuduh antara satu sama lain sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan lalu memecah belahkan hubungan mereka. Kau rilek jap. Tak kan sebab perempuan nak gaduh ~ Iskandar Ustaz kata kami sesat,entah entah ustaz tu yang sesat ~ Haris Biar aku tamatkan perkara yang telah aku mulakan ~ Luqman
102.9K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Dendam: Darah Perampas Cinta

Dendam: Darah Perampas Cinta

Ameen Typewriter
Ben, lelaki yang aktif di waktu malam dalam melakukan kerja-kerja jahatnya, iaitu membunuh wanita dan lelaki. Setiap mangsanya adalah pasangan yang menjalinkan hubungan sulit di belakang pasangan halal masing-masing. Gerak kerjanya teratur, sehingga sukar dijejaki pihak polis. Oleh sebab itu, beliau mendapat gelaran Vampire of Bad Couple. Kehidupan Irfan Haziq bersama ahli keluarganya runtuh disebabkan hadirnya orang ketiga dalam rumah tangga ibu bapanya. Oleh sebab perasaan cinta, Zulaikha tegar meminta untuk diceraikan hanya kerana ingin bersama dengan kekasih gelapnya, Yusuf. Perkara tersebut menyebabkan dia memasang dendam yang mendalam terhadap ibu dan bapa tirinya.
102.1K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Miliki Bayangmu (Malaysia)

Miliki Bayangmu (Malaysia)

Flizwn 33
"Walaupun saya masih hidup, awak boleh berkahwin dengan orang lain, kan?" Hanzalah berpaling ke belakang, memandang Khadeeja yang tegak berdiri merenungnya tanpa segarit senyuman. Cuba memahami ayat yang diluahkan isterinya itu. "Tapi... kalau saya nak kahwin dengan orang lain, awak kena mati dulu... kan?" Tenang Khadeeja bersuara dengan mata yang terkedip lemah. Nafas perlahan terhembus di antara dua bibir yang terbuka sedikit. Hanzalah menelan air liur apabila tekak terasa kering. Matanya menangkap pemutar skru yang dicari sedari tadi, kini digenggam erat di tangan Khadeeja. _______________________________________ Kejadian misteri yang terjadi semakin menguji perkahwinan tanpa cinta mereka. Bergelut untuk meneruskan kehidupan bersama dan mencari sebab untuk mengekalkannya Memang susah bila hidup dengan dia yang asing. Memang susah untuk berkongsi kehidupan peribadi. Memang susah bila terasa kita berjuang sendiri. Tapi sebenarnya, lebih susah bila kita tak pernah usaha untuk membuka hati.
102.4K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
293031323334
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status