Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
Miliki Bayangmu (Malaysia)

Miliki Bayangmu (Malaysia)

Flizwn 33
"Walaupun saya masih hidup, awak boleh berkahwin dengan orang lain, kan?" Hanzalah berpaling ke belakang, memandang Khadeeja yang tegak berdiri merenungnya tanpa segarit senyuman. Cuba memahami ayat yang diluahkan isterinya itu. "Tapi... kalau saya nak kahwin dengan orang lain, awak kena mati dulu... kan?" Tenang Khadeeja bersuara dengan mata yang terkedip lemah. Nafas perlahan terhembus di antara dua bibir yang terbuka sedikit. Hanzalah menelan air liur apabila tekak terasa kering. Matanya menangkap pemutar skru yang dicari sedari tadi, kini digenggam erat di tangan Khadeeja. _______________________________________ Kejadian misteri yang terjadi semakin menguji perkahwinan tanpa cinta mereka. Bergelut untuk meneruskan kehidupan bersama dan mencari sebab untuk mengekalkannya Memang susah bila hidup dengan dia yang asing. Memang susah untuk berkongsi kehidupan peribadi. Memang susah bila terasa kita berjuang sendiri. Tapi sebenarnya, lebih susah bila kita tak pernah usaha untuk membuka hati.
102.4K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Silent Letters (Bahasa Malaysia)

Silent Letters (Bahasa Malaysia)

Izzahkhai
Dalam waktu singkat semuanya kian berubah. Adakah perasaan gembira hadir saat dia keluar dari duka yang sudah lama dia pendam? Iman Aulia - Hidupnya terasa begitu gelap saat kedua ibu bapa kandungnya sendiri menganggap dirinya adalah punca kematian kakak kembarnya. Begitu pilu sekali hatinya saat dituduh atas tragedi pahit itu. Saat dia menginjak 17 tahun, satu keputusan besar telah dibuat untuk mengubah segalanya. Hanya dengan satu lafaz semuanya telah berubah. Adakah benar keputusannya itu? Arif Raykarl - Sikapnya yang suka membuat masalah itu sering dipandang serong oleh semua orang. Digeruni kerana sikapnya. Ditakuti kerana takut menjadi mangsanya. Apakah benar setiap manusia yang jahat tersimpannya sisi yang baik? Dalam diam dia merindui sahabat kecilnya yang hilang entah ke mana. Dia begitu ingin berjumpa dengan sahabatnya itu. Saban hari dia sentiasa mengingati kenangan di saat mereka menjadi rakan sepermainan itu. "Siapa budak lelaki ini? Kenapa aku langsung tak ingat?" - Iman Aulia "Bila kali terakhir kita jumpa? Aku rasa dah lama sangat kau menghilang" - Arif Raykarl. Antagonis hadir ingin menghancurkan segalanya. Hanya kerana perasaan cemburu, nyawa sanggup dijadikan taruhan. Tragedi hitam berulang kembali. Kini semua kisah manis telah hilang begitu sahaja. "Apa yang aku nak tak ada sesiapa boleh rampas" - Nellysha Umaira
103.0K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]

Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]

Misz_s
Dia terperangkap dalam situasi yang mendebarkan. Hidupnya musnah dalam sekelip mata sahaja. Dia lari membawa hati yang lara. Masih layakkah aku untuk bersujud menghadap Illahi? Adakah doaku akan diterima lagi. Dia menyesal dengan semua perbuatannya. Dirinya sentiasa dihantui dengan kesilapan silam yang telah dibuatnya. "Kalau awak nak belajar ilmu agama dengan lebih dalam, datanglah rumah saya. Mungkin mak saya boleh mengajar sedikit sebanyak." - Mohd Zaquan "Alisa! Kau ikut aku balik!" - Adam Haris Ya, aku Alisa. Hidup aku boleh dikatakan berada di dalam genggaman lelaki yang bernama Adam Haris. Dia tidak mahu semua itu. Dia benci dengan apa yang lelaki itu telah buat kepadanya. Dia nekad untuk bersembunyi dari Adam. Tetapi lain pula yang terjadi. Hatinya bergetar setiap kali terdengar suara alunan ayat-ayat suci al-Quran di dalam masjid. Hatinya tertanya-tanya, siapakah pemilik suara itu? "Alisa, aku tahu itu anak aku. Tolong jangan lari lagi." "Jodoh itu ketentuan Illahi. Semua makhluk di muka bumi ini dicipta berpasang-pasangan. Sama seperti kisan nabi Adam dan juga Hawa. Walau apa rintangan yang mendatang, mereka tetap akan bersatu. Kerana itu telah tertulis di luh mahfuz. Tapi, andai ada jodoh antara kita, sudikah awak untuk jadi teman sehidup dan semati saya."
102.4K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
323334353637
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status