Filter By
Updating status
AllOngoingCompleted
Sort By
AllPopularRecommendationRatesUpdated
Siling ( BAHASA MALAYSIA )

Siling ( BAHASA MALAYSIA )

Halima Abdul Muis
*Di Sini Tempat Persembunyianku* Sebuah bungkusan asing telah menjentik rasa ingin tahu D, seorang remaja lelaki yang bercita-cita ingin menjadi superhero. Isi benda alah berkenaaan menyebabkan dirinya seumpama dihambat keras untuk menyiasat. Pulau Batu atau juga dikenali sebagai Pulau Penyakit dan Pulau Keramat merupakan tempat serta petunjuk dari isi sampul tersebut. Setibanya D di pulau itu, pelbagai kejadian aneh bergentayangan di sana. Selesaikan teka-teki, tumpaskan dalang, selamatkan orang lain, dan sekaligus memecahkan misteri-misteri di segenap penjuru Pulau Batu. Mior dicurigai kerana sejarah lampau tempat tersebut berkait rapat dengan si pak cik angkat. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. D nekad terjun ke dalam kawah maut yang dilumuri dengan kisah duka dan darah.
102.9K viewsOngoing
Read
Add to library
Shh... ( BAHASA MALAYSIA )

Shh... ( BAHASA MALAYSIA )

Halima Abdul Muis
Mahligai Seri Pelangi adalah sebuah tempat yang menggilis nasib dan juga impian para anak yatim piatu berkenaan. Sisi gelap pun muncul sebaik sahaja diri mereka ditempatkan di sana. Ia sekaligus menyebabkan mangsa-mangsa keadaan itu merubah persepsi mereka yang sepatutnya dilindungi jua dikasihi. Cerita mereka tidak seindah yang tertera pada papan tanda rumah kebajikan tersebut. Mereka diseksa-dimarahi serta dipukul setiap hari oleh pihak yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Hal itu membuatkan kesemua mereka ingin lari kerana tidak tahan lagi. Sehinggalah ada sebuah tragedi hitam yang mengakibatkan banyak nyawa melayang. Puncanya tiada siapa yang tahu. Namun begitu, seorang gadis yang bernama Fio telah selamat daripada terus tenggelam dalam lubuk neraka ciptaan manusia berkenaan. Fio berfikir, dia boleh selamat setelah keluar dari sana. Ternyata, tidak. Trauma menghantui. Kekesalan menghambat diri. Perlahan-lahan, segala asbab pun terungkai selepas dia menemui sesuatu iaitu... jeritan maut dari dalam peti.
92.4K viewsOngoing
Read
Add to library
Penerbangan Cinta Kau & Aku (Bahasa Malaysia)

Penerbangan Cinta Kau & Aku (Bahasa Malaysia)

HeyL AryaN
Aryan Syah... Seorang jejaka kacukan melayu dan arab. Berusia 28 tahun dan membesar di Abu Dhabi, UAE. Bekerja sebagai seorang juruterbang. Impiannya untuk berpindah ke Kuala Lumpur Malaysia adalah untuk mencari ayah kandungnya yang terpisah semenjak 25 tahun yang lalu. Dia juga diterima sebagai juruterbang di syarikat penerbangan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Di hari pertamanya menjalankan tugas bersama syarikat penerbangan terbarunya, satu insiden yang telah mempertemukan Aryan Syah dengan Ezma Umaira... "Helo! Apa ni? Lain kali berjalan tu mata pandang depan! Jangan main langgar aje! Apa, ingat kita ni awan ke apa? Main langgar aje!" _ Ezma Umaira. "Err... sorry, I yang silap. Tergesa-gesa sangat tad." _ Aryan Syah. "Sorry-sorry naik lori! Dah... ke tepi sikit, nak cepat ni." _ Ezma Umaira. Tanpa disedari, mereka ditugaskan di dalam penerbangan yang sama. Semenjak itu, mereka kerap berjumpa dan ditugaskan dalam satu penerbangan yang sama. Bermula dari pertelingkahan dan salah faham antara mereka, kini kedua-duanya umpama anjing dengan kucing namun tanpa disedari bibit-bibit cinta juga berputik dan hubungan mereka direstui oleh kedua-dua pihak. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ribut di tengah hari. Di saat kebahagiaan hidup berumahtangga dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka, kehadiran Adriana Sofea, yang sudah lama mengenali Aryan Syah dan menagih cinta dari jejaka itu menyebabkan hubungan mereka dilanda badai taufan. Lebih-lebih lagi ketika Adriana Sofea ditugaskan bersama dalam penerbangan yang diketuai oleh Aryan Syah dan terpaksa berjauhan dengan isteri dan keluarganya, Adriana Sofea mengambil peluang keemasan itu untuk menambat hati Aryan Syah. Berjayakah niat jahat Adriana Sofea untuk mencuri hati Aryan Syah? Bagaimana kesudahannya dan apa yang akan Ezma Umaira lakukan?
102.7K viewsOngoing
Read
Add to library
Dendam: Darah Perampas Cinta

Dendam: Darah Perampas Cinta

Ameen Typewriter
Ben, lelaki yang aktif di waktu malam dalam melakukan kerja-kerja jahatnya, iaitu membunuh wanita dan lelaki. Setiap mangsanya adalah pasangan yang menjalinkan hubungan sulit di belakang pasangan halal masing-masing. Gerak kerjanya teratur, sehingga sukar dijejaki pihak polis. Oleh sebab itu, beliau mendapat gelaran Vampire of Bad Couple. Kehidupan Irfan Haziq bersama ahli keluarganya runtuh disebabkan hadirnya orang ketiga dalam rumah tangga ibu bapanya. Oleh sebab perasaan cinta, Zulaikha tegar meminta untuk diceraikan hanya kerana ingin bersama dengan kekasih gelapnya, Yusuf. Perkara tersebut menyebabkan dia memasang dendam yang mendalam terhadap ibu dan bapa tirinya.
102.1K viewsOngoing
Read
Add to library
MELODI TERINDAH

MELODI TERINDAH

AISY LOVE
Kisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia bersama gadis comel yang bernama Hanan itu dengan lamaran pertamanya, tiba-tiba satu rahsia besarnya terbongkar menyebabkan gadis itu dari cinta bertukar benci terhadapnya. Pelbagai konflik yang terjadi dalam hidup Ahmad Wahyu dan Hanan Falisya. Dugaan demi dugaan terus belenggu hidupnya. Konflik dengan keluarga, putus tunang, kemalangan yang melibatkan nyawa, mimpi pelik. Dan apakah kesudahan kisah hidupnya?Adakah Wahyu akan mendapatkan kembali cintanya yang telah hilang itu?Adakah konflik antara dia dengan keluarganya berterusan tiada berpenghujung? Dan apakah punca kemalangan yang melibatkan nyawa itu?Adakah ada kaitan dengan Hanan?Mimpi apakah yang mengganggu tidurnya saban malam? "Aku berharap cinta kita seindah melodi yang tercipta"-Wahyu "Aku berharap melodi terindah itu sentiasa mengiringi kisah cinta kita hingga ke akhirnya."-Hanan Hanya dengan sebuah lirik cinta yang terindah tercipta telah menyatukan mereka berdua. Dan apa akan terjadi seterusnya? Pelbagai persoalan bermain diminda.Jika ingin tahu jawapannya ,jangan lupa terus membaca novel MELODI TERINDAH yang akan merungkai segala persoalan anda.
102.3K viewsOngoing
Read
Add to library
Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)

Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)

Lucyana
Rapuhnya hati seorang anak lelaki apabila melihat ibu dan ayah seringkali berkelahi antara satu sama lain, menyebabkan dia nekad mahu mengejar impian. Namun, kedatangan seorang gadis bernama Bella Kim telah mewujudkan rasa cintanya yang mendalam. Tetapi... “Apa yang awak buat ni? Saya cuma anggap awak kawan je. Tak lebih dari itu!” – BELLA KIM Pahit perlu ditelan sendiri, dalam waktu yang sama kehadiran seorang gadis bernama Jung Sherin menambahkan lagi api yang sedang marak membara. “Woojin! Saya cuma nak bantu awak, tak lebih daripada apa yang awak tengah fikirkan pasal saya.” – JUNG SHERIN “Dahlah perempuan, jangan masuk campur urusan aku boleh tak?” – NAM WOOJIN. Keeogan yang menguasai, akhirnya memakan dirinya sendiri! Satu-persatu orang yang disayangi pergi menjauhi. Apakah kesudahan Nam Woojin? Mampukah dia hadapi semua itu dengan rasa tenang hati? Semuanya dalam sebuah kisah Cheonsa, Saranghae!
101.3K viewsCompleted
Read
Add to library
PREV
1
...
161718192021
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status