Lucian D'Ambrosio
Dia mengangguk perlahan, sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut.
Di luar bilik, Martina mengeluh perlahan. Dia mengangkat muka, ruang itu sudah tidak ada sesiapa lagi. Hanya dua tiga orang sahaja. Martina melihat sekeliling ruang tersebut. Ia nampak seperti sebuah rumah, lengkap dengan rak makanan di bucu berdekatan pintu masuk. Martina menghampiri rak makanan tersebut, ia mengandungi hanya makanan ringan. Di sebelah rak tersebut, ada satu lagi rak berbentuk kuboid dan berwarna kelabu, seperti sebuah peti kecil. Martina mencangkung di sebelah binaan itu, dia membuka pintu peti tersebut dan mendapati di dalamnya terisi oleh pelbagai jenis bekas yang tidak biasa dilihat. Dalam peti itu m
Hot Chapters