Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)

TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)

Sistqah
Isya Rasyuka jatuh cinta buat pertama kali di dalam hidupnya. Lelaki bertuah itu adalah Aqif Azka. Ketampanan dan sifat gentleman lelaki itu sangat menepati ciri-ciri lelaki idamannya. "Aku nak tegur dia tapi aku takut dia tak layan. Aku nak puji dia hensem tapi aku takut dia label aku pelik pulak. Aku nak beritahu dia yang aku sukakan dia tapi aku takut dia gelak. Wahai Aqif Azka, kalau kau nak tahu, aku selalu senyum macam orang gila bila nampak kau. Bila kau nak notice aku?" - ISYA RASYUKA Bagi Aqif Azka pula, dia langsung tidak rasa bertuah apabila mengetahui dirinya disukai oleh Isya Rasyuka. Dia menyampah kerana Isya Rasyuka sentiasa berusaha untuk mendekatinya. Dia merancang sesuatu dengan rakan-rakannya agar Isya Rasyuka tidak lagi suka padanya. Rancangannya berjaya dan Isya Rasyuka tidak lagi mendekatinya malah perempuan itu pula yang menghindarkan diri daripada bertemu dengannya. "Kenapa dengan aku ni? Takkanlah aku jealous tengok dia dengan mamat tu? Eh, buat apa pulak aku nak jealous? Aku bukan suka dia pun." - AQIF AZKA Kemunculan Adi Adham sebagai penyelamat Isya Rasyuka pada malam rancangan itu berlaku telah membuka ruang hati Isya Rasyuka untuk bercinta lagi. Layanan yang diberikan oleh Adi Adham membuatkan Isya Rasyuka merasakan cinta itu indah. Namun siapa sangka Adi Adham menyimpan sebuah rahsia besar. "I bukan yang terbaik tapi I janji, I akan mencintai you sepenuh hati." - ADI ADHAM Berjayakah Isya Rasyuka menemui cinta sejati? Atau cinta sejati hanyalah cerita dongeng semata-mata?
103.2K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Penerbangan Cinta Kau & Aku (Bahasa Malaysia)

Penerbangan Cinta Kau & Aku (Bahasa Malaysia)

HeyL AryaN
Aryan Syah... Seorang jejaka kacukan melayu dan arab. Berusia 28 tahun dan membesar di Abu Dhabi, UAE. Bekerja sebagai seorang juruterbang. Impiannya untuk berpindah ke Kuala Lumpur Malaysia adalah untuk mencari ayah kandungnya yang terpisah semenjak 25 tahun yang lalu. Dia juga diterima sebagai juruterbang di syarikat penerbangan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Di hari pertamanya menjalankan tugas bersama syarikat penerbangan terbarunya, satu insiden yang telah mempertemukan Aryan Syah dengan Ezma Umaira... "Helo! Apa ni? Lain kali berjalan tu mata pandang depan! Jangan main langgar aje! Apa, ingat kita ni awan ke apa? Main langgar aje!" _ Ezma Umaira. "Err... sorry, I yang silap. Tergesa-gesa sangat tad." _ Aryan Syah. "Sorry-sorry naik lori! Dah... ke tepi sikit, nak cepat ni." _ Ezma Umaira. Tanpa disedari, mereka ditugaskan di dalam penerbangan yang sama. Semenjak itu, mereka kerap berjumpa dan ditugaskan dalam satu penerbangan yang sama. Bermula dari pertelingkahan dan salah faham antara mereka, kini kedua-duanya umpama anjing dengan kucing namun tanpa disedari bibit-bibit cinta juga berputik dan hubungan mereka direstui oleh kedua-dua pihak. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ribut di tengah hari. Di saat kebahagiaan hidup berumahtangga dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka, kehadiran Adriana Sofea, yang sudah lama mengenali Aryan Syah dan menagih cinta dari jejaka itu menyebabkan hubungan mereka dilanda badai taufan. Lebih-lebih lagi ketika Adriana Sofea ditugaskan bersama dalam penerbangan yang diketuai oleh Aryan Syah dan terpaksa berjauhan dengan isteri dan keluarganya, Adriana Sofea mengambil peluang keemasan itu untuk menambat hati Aryan Syah. Berjayakah niat jahat Adriana Sofea untuk mencuri hati Aryan Syah? Bagaimana kesudahannya dan apa yang akan Ezma Umaira lakukan?
102.7K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
1
...
5678910
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status