Satu Bintang (Bahasa Malaysia)
Ana kembali membaringkan dirinya semula di atas katil sambil tangan meraba-raba buku yang disembunyikan di bawah bantal tersebut.
Muka surat pertama diselak dan di angkat buku tebal itu tinggi ke udara, Ana mula membacanya perlahan. "Terdapat seorang lelaki yang bergelar Seeker, telah dikurniakan kuasa paling hebat di dunia. Manusia yang pertama memilikinya adalah keturunan Morrin. Setiap manusia yang mendapat anugerah kuasa terhebat ini akan mengalami hidup yang penuh dengan cabaran pada abad ini atau akan datang. Selagi nyawa Seeker bernyawa dia perlu melaksanakan misi yang telah diamanahkan kepadanya iaitu melindungi keturunan shadow dari musuh mereka." Sejurus membaca muka surat pertama