Filter dengan
Status pembaruan
SemuaSedang berlangsungSelesai
Sortir dengan
SemuaPopulerRekomendasiRatingDiperbarui
The Stupidos (Bahasa Malaysia)

The Stupidos (Bahasa Malaysia)

Izzahkhai
Hazelizz Zachary - Saat mendengar sebaris nama ini, pasti sinonim dengan gelaran si sombong. Tidak mempunyai kawan malah tidak mahu berkawan. Disebabkan kisah lama yang menghantuinya, dia lebih memilih untuk tidak mendekati sesiapa. Berkawan juga tidak. Hidupnya kelam kerana dilema. Apakah yang terjadi saat dia si gadis yang digelar si sombong bertemu dengan 4 jejaka yang boleh dikatakan masuk air? Setiap tingkah mereka membuatkan dia tidak kering gusi. Lucas Harvey. Your badboy. Theo Zander. Your drama king. Ethan Einsteirn. Your genius boy. Jayden Smith. Your ice boy. "Kita akan jadi best friends sampai bila-bila" 'The Friendship Will Never Ends' - THE STUPIDOS
109.5K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
OBSES (BAHASA MALAYSIA)

OBSES (BAHASA MALAYSIA)

S.SYAZAN
Misteri kehilangan wanita secara misteri telah menimbulkan pelbagai persoalan. Dua orang lelaki kembar, Naqui dan Haris Naufal merupakan dalang di sebalik jenayah terancang ini. Mereka menjadi sasaran pihak polis walaupun kes mereka sentiasa di jaga pihak tertentu. Ikmal yang mendapat kes ini cuba merungkai rahsia mereka yang sentiasa menjadi berita utama wartawan. Dunia ini penuh dengan kegelapan dan tangan kotor yang mencemarkan dunia. Maka muncul seorang lelaki yang mempunyai gelaran sebagai malaikat maut membanteras jenayah dengan cara permainan penjenayah. Kejahatan perlu dibalas dengan kejahatan. Tiada lagi peluang kedua. Adakah rahsia mereka akan terbongkar?
3.3K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
Marry You (Bahasa Malaysia)

Marry You (Bahasa Malaysia)

Lucyana
"Ini yang kau nak kan! Puas hati kau sekarang?" - KHAIRUL ADAM Tanpa sedar, ayat itu menusuk ke benak hati yang paling dalam buat Imna Safira. Bukan itu yang dia mahukan dan bukan itu juga yang dia pinta. "Aku undurkan diri dari hubungan ni, bukan untuk kau tindas aku bertubi-tubi!" - IMNA SAFIRA. Namun semuanya sudah terlambat. Melihat orang-orang yang disayangi sedang bergembira. Dia hanya mampu mempamerkan senyuman bahagia. Walhal dalam hati sudah diamah perasaan luka. "Kalau kau nak dia, ambillah. Dengan kau aku percaya." - AISHA HANA Tetapi, prinsip hidup Imna Safira tidak akan sesekali merampas hak seseorang. Apatah lagi, kebahagian orang itu! Mampukah Imna Safira membuat pilihan yang tepat? Memilih untuk kebahagian dirinya sendiri atau pun berkorban demi orang yang dikasihi?
104.9K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)

JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)

ANISYA AZIZ
Satu malam yang sepatutnya menjadi antara satu malam yang terindah buat Aura Felisya bertukar menjadi malam yang mencipta seribu satu kisah kehidupan antara Aura Felisya dan Zaffrel Luftman . AURA FELISYA - Kau siapa? Kenapa kau mengaku yang kau bakal suami aku ? Kau tahu tak dengan tindakan kau ni kau dah buat masalah besar tahu tak ! ZAFFREL LUFTMAN - Kalau aku tak mengaku depan orang ramai tadi masalah akan jadi lebih besar. Aura Felisya bagaikan kebingungan apabila hadirnya seorang lelaki yang menyelamatkan maruah keluarganya dan sanggup berkahwin dengan dirinya. Namun siapa sebenarnya lelaki itu ? Apa motif dia sehingga sanggup berkahwin dengan Aura Felisya ? ZAFFREL LUFTMAN - Janji dengan abang walau apa pun yang jadi, jangan pernah tinggalkan abang AURA FELLISYA- Aura tak akan tinggalkan abang, Abang tetap milik Aura. Dari benci jadi cinta. Bukan namanya cinta tanpa dugaan. Namun Zaffrel dan Aura tetap pertahankan rumah tangga mereka saat dilanda ombak. ZAFFREL LUFTMAN- Aku akan tetap Jadikan Dia Milik Aku
105.6K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]

Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]

Pink Rose
Kisah seorang gadis lorong yang cuba mencari kebahagiaan ditengah perit kehidupan. Terpaksa merelakan diri dijual kepada lelaki bernama Tuan Muaz, seorang duda kaya lantaran himpitan hidup yang makin mencabar. Mampukah Nurul Amani mempertahankan maruah diri dari dinodai oleh lelaki yang lebih layak bergelar bapa kepadanya itu? "Dan aku akan pastikan, kau akan simpan dara kau, hanya untuk aku." Tuan Muaz
108.7K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)

KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)

Airin Abdul
"Esok, tepat jam lapan pagi, kau mesti ada depan office aku. No more excusses Ain Nur Jannah. Kalau kau nak tengok muka gemuk kau viral, silakan bantah cakap aku" - Nuh Al-Edruz. "Huh! Hancur percutian aku. Tak guna betullah kau Nuh Al-Edruz. Dasar peguam gemuk!" - Ain Nur Jannah. Disebabkan satu kejadian yang berlaku, hidup Ain Nur Jannah sentiasa diburu. Langsung tiada ketenangan sejak kehadiran peguam gila Nuh Al-Edruz. Segalanya bagai dirancang dan perancangnya adalah peguam gila itu. "Aku mandul! Semua salah kau! Aku nak kau bertanggungjawab! Jadi isteri aku!" - Nuh Al-Edruz. Dapatkah Ain Nur Jannah menerima perkahwinan atas dasar penipuan? Penipuan yang sengaja dilakukan oleh seorang suami. Benarkah rasa benci tidak akan bertukar sayang? "Jangan tinggalkan abang, sayang. Abang sayangkan Ain. Abang cintakan Ain. Seluruh hidup Nuh Al-Edruz hanya untuk Ain Nur Jannah" - Nuh Al-Edruz. Bila kebenaran terungkap, adakah cinta lenyap? "Kalau kau sayangkan aku, kalau kau cintakan aku, lepaskan aku Nuh. Biar aku hidup tanpa bayangan kau. Kau tipu aku! Kau perangkap aku dalam hubungan gila ni! Atas dasar apa perkahwinan ini perlu dipertahankan lagi?" - Ain Nur Jannah. Kau Aku Kita Gemuk menyingkap rasa cinta yang berbeza. Cinta si gemuk buat si gemuk. Masihkah ada rasa bahagia buat mereka kecapi bersama?
103.2K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Bidadari Encik Mafia [Bahasa Malaysia]

Bidadari Encik Mafia [Bahasa Malaysia]

nurshaza
Hanya kerana satu insiden berlaku dalam hidupnya membuatkan dirinya seratus peratus berubah. Berubah menjadi seseorang yang orang tak pernah terfikir dia mampu berubah seperti itu. Dalam insiden itu juga, dia telah menemui seseorang yang telah memberikan dia semangat untuk berubah. "Dekat dunia ni, janganlah tunjuk diri kau tu lemah sangat. Bangkit dan lawan orang yang hentam kau." - INDIRA CALLISTA Dia tidak sempat bertanyakan nama gadis itu. Raut wajah gadis itu pula hanya samar-samar dalam ingatannya. Namun ayat yang dilontarkan oleh gadis itu terkunci di dalam kotak ingatannya. "Adakah kau gadis yang selama ini aku cari, Indira? Kau dan dia banyak persamaan. Terutamanya keberanian kau. Ketangkasan kau." - TENGKU QARIZH NADIM Misi mencari gadis idamannya itu tidak pernah pudar dalam ingatannya. Langsung tidak jemu menanti kehadiran bidadarinya itu. Pada masa yang sama, dia harus berdepan dengan musuh-musuh yang tak pernah lelah menganggu kehidupannya. "Aku menyesal dengan pertemuan kita ni, Qarizh." - INDIRA CALLISTA Kenapa Indira menyesal dengan pertemuan dia dan Qarizh? Berjayakah Qarizh menawan hati bidadarinya setelah sekian lama menanti?
109.3K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
Shh... ( BAHASA MALAYSIA )

Shh... ( BAHASA MALAYSIA )

Halima Abdul Muis
Mahligai Seri Pelangi adalah sebuah tempat yang menggilis nasib dan juga impian para anak yatim piatu berkenaan. Sisi gelap pun muncul sebaik sahaja diri mereka ditempatkan di sana. Ia sekaligus menyebabkan mangsa-mangsa keadaan itu merubah persepsi mereka yang sepatutnya dilindungi jua dikasihi. Cerita mereka tidak seindah yang tertera pada papan tanda rumah kebajikan tersebut. Mereka diseksa-dimarahi serta dipukul setiap hari oleh pihak yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Hal itu membuatkan kesemua mereka ingin lari kerana tidak tahan lagi. Sehinggalah ada sebuah tragedi hitam yang mengakibatkan banyak nyawa melayang. Puncanya tiada siapa yang tahu. Namun begitu, seorang gadis yang bernama Fio telah selamat daripada terus tenggelam dalam lubuk neraka ciptaan manusia berkenaan. Fio berfikir, dia boleh selamat setelah keluar dari sana. Ternyata, tidak. Trauma menghantui. Kekesalan menghambat diri. Perlahan-lahan, segala asbab pun terungkai selepas dia menemui sesuatu iaitu... jeritan maut dari dalam peti.
92.4K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
The First Snow (Bahasa Malaysia)

The First Snow (Bahasa Malaysia)

Lucyana
Amsyar Munirah, seorang gadis remaja yang masih menuntut di sekolah tinggi sama seperti remaja lain. Sikapnya yang lasak dan seakan-akan lelaki menyebabkan semua orang menyangka dirinya benar-benar seorang lelaki. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menyembunyikan identiti perempuannya. Sehinggalah muncul seorang lelaki yang secara tidak sengaja mengetahui dia adalah seorang perempuan. Kasyaf Safwan, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam kehidupan Amsyar Munirah. Merupakan pelajar pertukaran dari Malaysia ke Korea Selatan. Kemunculannya sering kali membawa masalah dalam kehidupan Amsyar Munirah yang pada awalnya dia sangkakan adalah seorang lelaki. "Boleh tak, kau jangan masuk campur hal aku? Rimaslah!" - KASYAF SAFWAN. "Masalahnya, kau yang suka tarik aku dalam masalah kau! Banyak mulut pula!" - AMSYAR MUNIRAH Dalam waktu yang sama, terdapat sekumpulan pelajar lelaki yang dianggotai 7 orang pelajar berpengaruh di sekolah tersebut telah mengetahui identiti sebenar Amsyar Munirah secara tidak sengaja. Tetapi, dua daripada anggota kumpulan itu mempunyai kesengalan yang agak luar biasa. "Ni semua salah kau, kalau kau tak tekan suis tu tadi. Tak adanya dia pengsan!" - PARK JAEBUM "Tak sengajalah, nak buat apa ni?" - PARK JINYOUNG Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah identiti Amsyar Munirah akan diketahui ramai? Semuanya dalam The First Snow!
103.5K DibacaCompleted
Baca
Tambahkan
HASRAT (BAHASA MALAYSIA)

HASRAT (BAHASA MALAYSIA)

Iqmal Izzat
NADZMI SAAD, hidupnya tidak pernah ada istilah bahagia. Dipisahkan dengan ibu kandungnya sejak berusia lapan tahun, ianya bukanlah sesuatu yang mudah diterima olehnya. Zaman kanak-kanaknya berlalu begitu sahaja, bersama kenangan pahit dan penuh derita baginya. Sejak dahulu lagi, hubungan Nadzmi dengan ayahnya begitu dingin. Dia sendiri tidak mahu selalu bertegur sapa dengan ayahnya termasuklah ibu tirinya. Baginya merekalah punca kepada derita yang dihadapinya sekarang. Umurnya kini 15 tahun. Dia berfikir, hasrat yang selama ini dipendam untuk membebaskan diri daripada 'penjara derita' ini perlu dia laksanakan meskipun tidak dia ketahui akan segala onak dan durinya. Penderitaan itu sudah tidak mampu ditanggung lebih lama lagi, ianya sudah semakin kuat mencengkam dirinya. Adakah hasratnya itu tercapai demi sebuah kebebasan dan kasih sayang yang telah dia dambakan selama ini?
103.7K DibacaOngoing
Baca
Tambahkan
Sebelumnya
123456
...
8
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status